hari ini bermulalah sem 2 ana di cfs IIUM ni... dengan semangat baru, wajah semua orang pun agak baru sebab duduk di level 1, yang tak pernah jumpa masyaALLAH,,teramatlah ramai.. orang hanya menetap di level 1 dan 2 je,, level 3 dan 4 kosong, kalau malam-malam tu memang gelap + sunyi.. memandangkan roommate ana takde 3 orang, rasa hilang sikit kemeriahan tu..rasa lain macam sikit.. takde teman nak main-main, sesi luah perasaan,, emm,, takpelah, sem ni je..
tapi, alhamdulillah,, musolla level 1 ni semakin ramai penghuninya.. time nak suruh jadi imam tu,, tak tau nak panggil akak/awak.. tak tau mana satu 1st year dan 2nd year.. pendek cerita,, masing-masing mulalah "awaklah jadi imam, awaklah, saya taknak.." emm,, ana?? imamkah?? tak, ana macam biasalah sedaya upaya untuk memberi peluang kepada orang lain untuk menimba pengalaman berada di atas sejadah imam.. bukan nak kata ana selalu jadi imam, tapi kali ini takde yang jadi penyelamat lah.. hehe..
berbekalkan nasihat dari keluarga dan sahabat-sahabat, ana gagahkan diri untuk terus bermujahadah di medan tarbiyah ! insyaAllah, berkat doa kalian moga kheir2 sahaja.. taknak cakap banyak pun tapi ana nak tinggalkan satu puisi bagi sahabat-sahabat yang singgah di blog ini..
TASBIH UKHWAH KITA
Ukhwah ini umpama tasbih
Punya awal namun tiada akhirnya
Andai tasbih ini berhenti
Rasa cinta dan mahabbah di hati
Sentiasa membara di dalam diri
Yakin dan pasti...
Sedikit masa nanti...
kita akan mengulangi tasbih ini
kembali
Kerana cinta yang tertanam
sentiasa bersemi
Kerana tasbih ini tautannya
cinta Rabbi
Kerana kasih ini sentuhannya
rahmat Ilahi
Zat yang sempurna kekal abadi
Untaian tasbih ini untuk
mengingati-Nya
Diulang dan diratib demi meraih
redha-Nya
Seakan ukhwah bertemu dan
berpisah
Hanya untuk menyemai cinta di
hati
Agar gelap pada pandangan cinta
dunia
Jelas pandangannya pada nafsu
yang sering berkuasa
Sungguh ukhwah ini bukan
sekadar nama
Akan hidup dan mati
hingga ke hujung nyawa
Saling memerlukan sesama kita
Kerana fitrah kita tiada
sempurna
"Nasihat-menasihati sesama
manusia"
Suruhan Ilahi muhasabah jiwa
Bimbinglah diri agar tasbih ini
kekal di hati
Jangan biar ia sunyi dan sepi
Bawalah diri mengingati Rabbi
Bawalah hati saling mencintai
Ketika uhkwah ini bertasbih
Cahaya petunjuk memancarkan
seri
Dalam hidayah kasih bersemi
Sedar kita adalah bersaudara
Berpisah di dunia untuk bertemu
semula
Sesungguhnya dunia itu ladang
meraih taqwa
Moga bertemu meraih jannah
itu sahaja bicara ana untuk post kali ini.. sebelum jari jemari ini tak mampu menulis, sebelum mata ini tidak boleh melihat, sebelum telinga ini tak boleh mendengar, sebelum ana pulang dijemput Ilahi,, maafkan segala kesalahan ana ye.. jazakumullahu khair !
UHIBBUKUNNA FILLAH ~~~