Pages


Ads 468x60px

Wednesday 29 May 2013

All Is Well !! ^_^

tett...tett...irama mesejku berbunyi ~

''salam..enti jangan lupa ya group kita gerak pukul 5.30 petang dan pastikan 5.20 dah ada depan pagar..please jangan lambat ! jangan zalimi masa orang lain..ok? jumpa nanti"

papp !!

henset dicampak atas katil.. aku terduduk di atas katil sambil menekup muka..perlahan-lahan air jernih mula membasahi pipi..menangis semahunya..bergema esakan kecilku namun mujurlah aku seorang sahaja yang wujud di dalam bilik ketika itu..opss, lupa bahawa cuma diriku sahaja yang wujud di level itu..maklumlah semua sudah bergembira di rumah sedangkan diriku ??? taknak cakap !!!! sedih !!! ku pandang beg baju yang telah ku sediakan untuk pergi ke 'sana'...buku-buku yang telah ku beli untuk persediaan tsaqofah turut ku pandang sama...mengapa hatiku ini terasa berat untuk pergi?? mengapa?? kehibaan jelas terasa di saat tiada lagi insan yang sanggup mendengar isi hati..Allahu akbar !! hanya kalimah itu saja yang mampu ku lafazkan sekuat hati...

nafas ditarik dan dihembuskan perlahan,, laluuuuu

henset diraih kembali, mencari-cari nama akhowat untukku lepaskan rasa yang terbuku di hati...jari jemari terus rancak menaip huruf dengan pantasnya, sederas air mata yang mengalir bagaikan tiada hentinya...

"tabah ye dik..cuba cari kekuatan tu dari Allah..kekuatan itu milikNya..akak tau adik akak ni 
kuat !"

"sabar ye..moga tadhiyyah ni dibalas dengan ganjaran yang paling bermakna dalam hidup"

"bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu, melainkan Dia tahu apa yang terbaik untukmu..saya doakan awak ye"

berderet-deret kata-kata ini masuk dalam inbox mesejku...tersenyumku seketika...rindunya aku pada insan-insan tak tertanggung...sabarnya mereka melayani kerenahku, menasihatiku...nostalgia mula terlayar di minda membawa ku jauh sebentar dari segala macam perkara yang semakin berat menghempap diri...





SABAR !! SABAR !! dan SABAR !! 

sedikit demi sedikit kekuatan itu hadir, barangkali keberkatan doa insan-insan yang ikhlas mendoakan..jazakumullahu khairan jaza' ~~ ^_^

tepat jam 5.30 petang, ku sudah bersiap sedia di hadapan pagar menanti sahabat-sahabat untuk pergi 'berjuang'...dan bermulalah perjalananku menuju ke 'sana' medan perjuangan..sepanjang perjalanan kami dibekalkan dengan taklifat...sentiasa tajdid niat, tadabbur surah as saff, zikir 7 100x, menghayati ayat seribu dinar serta menikmati keindahan alam !! 
TARBIYAH MAKAN DALAM (uhuk uhuk)

alhamdulillah, masuk sahaja ke dalam LRT masih ada bangku kosong memuatkan kami berempat..tafsir al quran dikeluarkan segera dan ana terus menyelak surah as saff...tiba di satu stesen kelihatan seorang makcik (area dalam 30an atau 40an) memimpin dua orang anaknya masuk ke dalam LRT...mereka duduk berhadapan denganku..makcik itu ditengah, dua orang anaknya sepasang lelaki dan perempuan duduk di sebelahnya..entah kenapa dari tadi mataku berminat untuk fokus memerhatikan mereka bertiga..semacam ada perkara yang.........entahlah.....ana sendiri tidak tahu...eh cukup ! takde apa tu... bisikku ke dalam hati perlahan..lalu ana kembali meneruskan taklifat yang belum selesai....

setibanya di sebuah stesen, sekali lagi mataku ini berminat untuk menonton aksi mereka...nak tau sebab apa?? emm,, ketika orang sibuk keluar dan masuk dalam LRT, kelihatan kelibat seorang makcik yang agak berumur di tengah kesesakan orang yang berdiri...daannnn tiba-tiba.......................

"makcik, meh duduk sini" budak lelaki itu menarik sedikit baju makcik berumur tadi..dia bingkas bangun..makcik itu pun menoleh...

"takpe nak, duduk je" makcik itu menolak lembut...

"makcik, meh la..takpe, biar saya yang berdiri" sekali lagi budak lelaki itu mempelawa...lalu makcik itu tersenyum dan terus duduk...

ku pandang wajah si ibu (makcik muda tadi)...sangkaan anda mesti si ibu ni beragama kan sebab anak dia baik macam tu?? yeke?? tapi sangkaan itu salah ! si ibu ni  bukanlah wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tapi sifatnya sangat baik !! segan ana di situ ~~~

makcik agak tua dan makcik agak muda itu pun berbual-bual..terdengarlah ana bahawa si budak lelaki itu baru darjah lima dan kakaknya itu darjah 6..jelas kelihatan kasih sayang yang melimpah si ibu ni terhadap anaknya dengan tidak henti-henti mencium dua buah hatinya itu...begitu juga si kakak, mencium pipi si adik...kalau ana?? takde maknanya nak buat depan orang macam tu...dalam hati segan yang amat ! padahal keluarga sendiri je kut ~~~ lalalalala........ dan kisah inilah mengingatkan ana tentang kisah yang diceritakan sahabat ana ketika kami sedang berjalan-jalan di masjid jamek mencari buku tsaqofah, di mana kita jangan ingat kita ni pakai tudung labuh dah cukup baik, solat full berjemaah dah cukup soleh tapi kadang-kadang kita tak sedar pengemis di tepi jalan, orang yang tidak menutup aurat atau yang kita nampak tak berapa bagus dari kita, mana tahu doa mereka lebih makbul...mana tahu jika mereka ini wali Allah...so, jangan hukum seseorang dengan luaran sahaja, yang berhak menilai seseorang itu cuma Allah..yang berhak menentukan baik buruk seseorang juga Allah....

ketika itu juga..........mataku terpandang ayat ini....... 

"wahai orang-orang yang beriman ! 
mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

sesungguhnya itu sangatlah dibenci oleh Allah 
jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"


( surah as saff : 2 & 3 )

kata sayang mak ayah, tapi apa yang kita buat selama ni mak ayah suka tak? redha tak?? mereka gembira tak dengan diri kita sekarang?? Allahu akbar !!!! macam tu juga dengan amanah...jangan pandai cakap je sanggup terima amanah, tapi tak tunaikan sebaiknya.....perjalanan kita di dunia ini sentiasa bersamanya amanah....amanah apa??? KHALIFATURRAHMAN !! khalifah Allah....ya,, itulah amanah terbesar kita...ana nak memetik sedikit kata-kata makan dalam ~~~ hehe

"dakwah bukan satu pilihan, tapi ia WAJIB buat"

so, jangan asyik kata kita ni tak layak, tak bersedia,, kalau jawapan itu masih wujud dalam diri,, cuba tanya balik diri sendiri,, sampai bila aku taknak bersedia?? sampai bila aku ni tak layak?? haaa?? nak tunggu sampai sakaratulmaut datang menjemput ke baru aku nak bersedia?? kalau macam tu semua orang takkan pernah rasa layak..takkan ada orang yang nak teruskan rantaian perjuangan rasulullah kalau asyik kata diri tak layak ! tak bersedia ! 

itulah pentingnya TARBIYAH !! hidup bertarbiyah menjadikan kita lebih baik, lebih baik dan terus jadi lebih baik...itulah yang dapat ana konklusikan setelah ana jalani program tarbiyah selama 5 hari.. RELA DITARBIYAH...terasa semangat baru terus menular dalam saraf dan nadi...amboi ayat tak boleh over lagi ke? bukan main lagi..hehe...taklah cumanya nak pesan seperkara ~~

bila mana diuji oleh Allah, 
jika kita rasa tak mampu nak menanggungnya,
terduduk lemah bila dihempap ujian sebegitu rupa,
bukalah alquran dan bermainlah dengan ayat-ayat Allah,
janganlah terlalu mengikut kata hati dan emosi,
dan dari situlah,
terdidiklah erti kebergantungan kepada Allah dalam diri,
DAN ...
jangan lupa kita ada Allah !!
jangan lupa kita ada Allah !!
jangan lupa kita ada Allah !!





bila kekeringan idea telah melanda, bila si penulis sudah mula blur, maka cukup setakat ini sahajalah nampaknya...hehe...apa pun, INTANSURULLAH WAYANSURUKUM ( bantulah Allah nescaya Allah akan membantumu ) NAHNU ANSARULLAH !!! NAHNU JUNDULLAH !! NAHNU KHALIFATULLAH !! TAKBIRRRR !!!!!!!! maaf2,, semangat terlebih2 pulak..habis cerita dah,, gerak dulu,, jumpa lagi !! wasalam ~~



Wednesday 15 May 2013

DerAiaN AiR MatA ~~

air mata ini berderai lagi..
puas ku tahan namun ia tetap tumpah
remuknya hati, lemahnya jiwa
saat ujian datang menghempap diri yang faqir ini
terasa seperti ingin ku berteriak menjerit sekuat hati..
mengapa semua ini ditimpakan kepada aku??
mengapa aku?? mengapa?? mengapa??

terdudukku menangis hiba di bawah pancaran air..
air mata dan air pancaran itu telah bersatu
air jernih itu menyembuhkan kembali air mata
dek hati yang semakin pedih dan sakit
dengan ujian yang Allah hadirkan ini..

walaupun payah, ku tetap cuba ukir senyuman
namun pahit yang ku rasakan
bekas tangisan pada mataku ini seolah-olah masih mengalirkan airnya..
menangis,, menangis,,,dan menangis,, bilakah akhirnya??

tetapi itulah kesetiaan air mata,
tetap setia menemani diri ini setiap ketika..
aku bukan menangis kerana lemah
namun, ku sedang cuba mencari kekuatan
kekuatan yang amat sukar ku bina...

ku amat bersyukur dengan adanya air mata
dialah peneman setia
penawar duka......

ya Allah !
ku tahu kekuatan itu milikMu..
hanya padaMu ku meminta, ku merayu
agar pandanglah diriku yang hina ini dengan pandangan penuh rahmat
hambaMu ini tidak kuat untuk bertahan lama
jangan biarkanku rebah tanpa kekuatan untuk bangkit semula..

jika aku diberi waktu sedetik lebih
pasti ku memilih untuk tidak bernafas lagi pada hari ini
kerana semakin hari ujianMu semakin hebat..
sehinggakan terduduk hambaMu ini dek tak tertahan menanggungnya..

namun pertolonganMu hadir tanpa disangka-sangka
hadirnya insan menawar duka, 
membangunkan semula semangat yang kian lemah
kini ku sudah mampu tersenyum kembali..
meskipun hati ini masih menangis
namun ku akan tetap memilih untuk terus tersenyum..
senyum,, senyum dan terus tersenyum
senyuman indah buatMu dan insan yang menyayangiku...

senyumlah !! hapuskan air matamu... ^_^

ini adalah luahan hatiku pada malam ini.. setelah apa yang ku lalui, ternyata memberi tamparan yang sangat hebat.. tak tahu sama ada ego untuk menerima atau masih lagi tidak bersedia.. hanya Allah yang tahu sedangkan diriku masih lagi keliru ! Astaghfirullah.....


melayan perasaan seketika bersama 
NURUL FATIN ASFIAH ~~~

Thursday 9 May 2013

kisah pendakwah cilik ~




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah  amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya (tazkirah sebelum solat Jumaat). Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhlukNya yang penyayang.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya sungguh besar pahala si anak kecil yang sanggup meredah hujan semata-mata ingin menyampaikan risalah dan dakwah kepada manusia supaya kembali beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Dengan izin Allah SWT dapat menyelamatkan satu jiwa yang sedang menuju ke neraka (kerana hendak bunuh diri). Walaupun ayahnya seorang berilmu tidak mampu menghadapi halangan yang kecil (hujan). Namun anak kecil yang jiwanya bersih daripada noda dan dosa bersedia untuk memikul amanah yang besar iaitu amar makruf nahi mungkar.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di Neraka Jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di Neraka Jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di Neraka Jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” 
(Hadis Riwayat. Muslim, 109)

Bagaimana kita? Adakah kita sanggup untuk menyelamatkan manusia yang sedang tersesat dalam perjalanan menuju distinasi yang abadi? Mereka yang sedang hayal dan leka dengan kehidupan dunia yang mempersonakan perlulah disedarkan bahawa hidup di dunia adalah sementara dan akhiratlah tempat yang kekal abadi.

dalam DAKWAH, jangan bertangguh-tangguh.. masih ramai yang memerlukan khidmat kita sebagai Muslim di luar sana.. selamat berjuang !!! jazakumullahu khairan jaza' ^_^

ALLAH, terimalah cintaku !




Dengan nama Tuhan yang memegang hati-hati makhlukNya,
Dengan nama Tuhan yang kasih-sayangNya melebihi segala apa yang berada di langit, di bumi dan apa yang ada di antara keduanya .
Dengan nama Tuhan yang menghidupkan dan mematikan setiap jiwa yang bernafas di atas muka bumi ini,
Dengan nama Tuhan yang mewujudkan segala perasaan dalam hati setiap hambaNya,
Sesungguhnya, tiadalah siapa yang berhak disembah, dipuja, dicintai, dirindui melainkan Dia, Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Allah, Tuhan yang menghadirkan perasaan cinta dalam hati manusia. Tiadalah diciptakan sesuatu perkara itu melainkan perkara itu memberi manfaat kepada hambaNya.

Dengan cintaNya, udara masih lagi dapat dihirup,
Dengan cintaNya, bumi ini masih beredar mengikut aturannya,
Dengan cintaNya, angin masih lagi bertiup menyapa dedaunan yang menghijau,
Dengan cintaNya, biasan cahaya mentari masih lagi menerpa hangat tubuh hambaNya,
Dan dengan cintaNya juga, manusia saling mencintai dan merindui antara satu sama lain.
Bukankah cinta itu anugerah terindah yang diberikan Tuhan kepada makhlukNya?

Kerana cinta yang diberiNya, seorang ibu sanggup bergadai nyawa demi melahirkan buah hatinya.
Kerana cinta yang diberiNya, seorang guru sanggup berkorban masa demi mengajar anak muridnya.
Kerana cinta yang diberiNya, seorang sahabat sanggup menangis bersama di kala ujian menimpa.
Kerana cinta yang diberiNya, seorang kekasih sanggup setia menunggu bidadarinya yang tidak kunjung tiba.

Bukankah semua itu terjadi hanya kerana cinta yang diberiNya?
Jadi, salahkah seorang hamba itu bercinta?
Jika cinta itu dapat menghadirkan rasa rindu si hamba pada sang Pencipta ?
Allahu.

Mengapa perlu hadir dalam hati ini rasa cemburu pada mereka yang dapat merebut cinta makhlukMu?
Sedangkan pada saat mereka berjaya merebut cintaMu, diriku hanya kaku tanpa perasaan?
Tidak layakkah diriku ini untuk mencintaiMu Tuhanku?

Tuhanku, diriku tahu langkah kakiku ini begitu perlahan,
Di saat mereka berlari dan terus berlari menuju cintaMu,
Aku masih lagi merangkak, dan kadang-kadang terpaksa berhenti.
Aku terlalu alpa mengejar cinta dunia, cinta makhlukMu yang tak abadi.

Tuhanku, aku insan lemah,
Aku sering tergoda dengan cinta makhlukMu,
Aku selalu lupa akan janjiku untuk mencintaiMu melebihi segalanya,
Masih lagi ada rasa cemburuku pada cinta makhlukMu,
Hinakah aku Tuhanku?
Tuhanku, tiada daya lagi dalam diriku untuk mengejar cinta makhlukMu,
Cukuplah padaMu saja aku serahkan hidup dan matiku,
Cukuplah padaMu saja aku serahkan urusan hidupku,
Tiadalah lagi kuberharap melainkan hanya padaMu.

Tuhanku, tidak mahu lagi aku berpaling kebelakang,
Aku mahu terus berlari dan berlari menuju cintaMu,
Jika ada cinta makhlukMu untukku, akan ku terima seikhlas hatiku
Namun kini, hanya cintaMu yang kudambakan,
Sudikah Kau menerima cintaku oh Tuhanku?

~  pengemis cinta ILahi ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...