Pages


Ads 468x60px

Friday 7 December 2012

RINDU YANG TAK SUDAH

assalamualaikum warahmatullah,, pembuka bicara buat pembaca sekalian....

bismillahirrahmanirrahim, marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla kerana dengan nikmatnya kita masih lagi dapat menikmati nikmat Islam dan Iman, serta masih diberi peluang untuk terus bertaubat dan beribadah setelah Allah membangunkan kita setiap hari.. alhamdulillah.. selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, khatimul anbiya' yang turut menjadi kekasih Allah, pemberi syafaat di akhirat kelak untuk ummah tercinta, moga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat Ilahi ketika ini..

insyaAllah, bicara kali ini berkisarkan soal RINDU.. ya ! rindu yang sekian lama dipendam.. cinta yang tak ku ketahui sama ada berbalas atau tidak.. cinta terhadap seorang lelaki yang tak pernah ana temui, apatah lagi melihat wajahnya.. ana teringin sekali bertemu dengannya.. serius !!!

sebenarnya, ana sudah mula kenal lelaki ini sejak ana kecil lagi.. selalu ana sebut nama 'dia' sambil nyanyi sekali.. setiap kali ulangtahun kelahirannya, semua kawan-kawan sekolah rendah ana sambut.. buat majlis besar-besaran.. istimewanya 'dia'.. sempena dengan hari maulid beliau, semua orang bercuti.. cikgu-cikgu semua sibuk buat preparation nak raikan majlis tu.. dewan dihias indah,, membuatkan ana teruja.. tapi usia ana masih mentah ketika itu, ana cuma tahu namanya tapi ana belum rasa yang ana jatuh hati kepadanya.. yang penting, ana suka semua lagu pasal 'dia'.. sedap tau ! ana siap hafal lagi.. cikgu-cikgu ana semua suka cerita mengenai 'dia'.. siap puji-puji lagi.. hebatkan lelaki ni??

bila dah sekolah menengah, perasaan ana semakin membuak-buak.. ana cuma dapat lepaskan rindu time dengar ustaz dan murabbi ana ceritakan.. maklumlah ana memang tak pernah jumpa 'dia'.. tapi ana memang dah jatuh hati kat 'dia' tahap gaban time tu.. setiap kali ustaz bercerita di depan, ana berangan di belakang sebab asyik memikirkan 'dia'.. kata ustaz, lelaki ni memang baik.. menjaga hak Allah dan hak manusia.. menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, mengasihi haiwan, suka bersedekah, pemaaf, bijak dan romantik juga orangnya... wahh,, terujanya ana !! 

namun sejak dulu lagi ana tahu 'dia' dah berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak.. bertuahkan isterinya.. tapi ana memang tak kisah 'dia' dah berkahwin, cinta dan rindu ana terhadapnya tak pernah berubah.. bahkan saban hari ana semakin merinduinya.. setiap kali ana membaca kisah hidupnya,, menitis-nitis air mata membasahi pipi.. mengenangkan kesusahan dan penderitaannya.. tapi sikit pun 'dia' tak pernah mengeluh.. setiap malam 'dia' akan bagun solat sampaikan kaki bengkak.. even sakit, 'dia' still nak beribadah jugak.. katanya, 'dia' ingin menjadi hamba yang bersyukur.. tersentuh hati ana.. dan yang paling menyedihkan, 'dia' juga pernah disakiti sebab buat benda baik.. pernah dibaling dengan batu sehingga bertakung darah di dalam sepatunya.. pernah dibaling dengan najis unta, dijerut lehernya.. apatah lagi 'dia' selalu dicaci dan dimaki.. jika analah di tempat 'dia' saat itu, tertanggungkah penderitaan itu? sanggupkah ana? sabarkah ana? masyaAllah, diri ana dengan dirinya umpama langit dan bumi.. 'dia' sikitpun tak pernah berdendam.. bahkan masih mampu mengukir senyuman.. siap maafkan lagi orang-orang yang telah menyakitinya.. subhanAllah,, betapa indah akhlaknya..

sehinggalah tiba waktu ajalnya, saat yang ana sebak nak ceritakan.. sebak saat terkenangkan.. walaupun ana takde time tu, tapi ana memang nangis bila mendengarnya.. ketika itu suasana sedih menyelubungi rumahnya.. semua orang menangisi, sedih akan kehilangannya.. bila mana malaikat datang untuk mencabut nyawa, dipintanya untuk menghimpunkan segala kesakitan sakaratulmaut yang dihadapi oleh ummatnya, biarlah 'dia' yang menanggung segala kesakitan tu.. perginya 'dia' dengan kalimah terakhir yang meniti di bibir iaitu ''UMMATI''.. berderai jatuh air mata insan seisi alam, perginya 'dia', alam sudah tiada serinya.. 

adakah anda tahu siapakah 'dia' yang ana maksudkan? dialah nabi Muhammad SAW, tauladan ummah sepanjang zaman.. insan yang tak pernah serik dan jemu dijalan Allah.. biarpun baginda dijamin syurga oleh Allah, itu bukanlah alasan untuknya tidak beribadah.. makannya, pakaiannya, rumahnya taklah semewah mana.. semuanya ala kadar.. jika nak dibandingkan dengan ana, memang jauh bezanya.. ana pernah makan sedap-sedap dan mahal, tapi rasulullah? makanannya cuma tepung yang diuli dan buah tamar.. ana tidur atas tilam yang empuk tapi rasulullah? hanya pelepah tamar menjadi alasnya.. 

 Allahu rabbi,, ampuni daku seandainya aku terlupa untuk mensyukuri nikmatMu,, nikmat yang Engkau beri selama ini tak terhitung banyaknya,, namun seringkali ku alpa
untuk melafazkan kalimah syukur...
>jadikanlah aku antara golongan yang sedikit<


duhai kekasih Allah, pada diriku tiada apa-apa, yang ada cumalah sekeping hati yang terlalu merinduimu, namun ke serahkan perasaan ini pada Allah, biarlah Dia menjadi pengantara antara kita.. kerana aku yakin, aku pasti menemuimu, bukan di sini, tapi di SYURGA negeri abadi... nanti yang berlumba-lumba ke arahmu bukan diriku sahaja, tapi kamu akan dikunjungi oleh ramai insan yang turut mencintaimu.. siapalah aku untuk menjadi orang pertama menemuimu, ku cuma insan yang hina.. biarpun lewat, semoga kamu takkan pernah jemu menanti, dan diriku di sini masih persiapkan diri..... insyaAllah...






malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat 
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona 
kerana budinya aku jatuh cinta 
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan 
hanyalah cinta Allah yang Esa
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah....

> dia kekasih Allah <

firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)

di sini ana ingin selitkan bingkisan kisah menyentuh kalbu dari ukhti syamimi,, pernah tengok ?
kisah ini sudah tersebar luas.. seorang insan yang diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan nabi Muhammad atas berkat kesabarannya yang menanggung penyakit misteri.. meh nengok >>>>






akhir kata, semoga Allah mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW.. wallahu a'lam... jazakumullahu khair ! ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...