Pages


Ads 468x60px

Wednesday 19 December 2012

~CeRiTeRa UsRaH~

assalamualaikum warahmatullah...

masyaAllah,, umpama sebiji batu besar yang terhempap di atas kepala, umpama sebilah pedang yang menembusi dada, semuanya berlaku tanpa diduga, hadirnya tarbiah dari Allah direct terus memanah jiwa, di dalam sebuah halaqah bak taman syurga, terasa  begitu kerdil diri ini lantaran akulah antara hambaNya yang hina.... 

teettt....tetttt...1 new message received..

" assalamualaikum, dik, bagitau pada adik beradik halaqah kita malam ni 
boleh tak kita buat usrah pukul 9? free tak? "

-kak liana-

" waalaikumussalam, free..... "

-ana-

senyumanku melebar.. yeye,,ada usrah.. alhamdulillah.. sebenarnya ana dah lama tak jumpa adik beradik usrah ana masa short sem ni.. maklumlah, masing-masing jadual padat dengan kelas..kelas pun lain-lain.. memang susah nak jumpa.. rindu sangat.. tiba jua masanya, Allah ingin menyatukan hati-hati yang kian lama tak bertemu, di dalam satu halaqah mudah-mudahan insyaAllah sentiasa di bawah naungan dan rahmatNya,, hatiku berbisik, "sampaikan hajat kami semua untuk bertemu.."  yang dari mahallah Khadijah sanggup datang malam-malam, mahallah Zainab pun datang, demi menyahut satu seruan "mencari mardhotillah"... moga setiap langkahan kaki yang melangkah ke surau mahallah Aisyah ini mendapat barakah.. 

bermulalah tautan usrah kami dengan saling bertukar cerita pahit manis sepanjang short sem.. seronok mendengar cerita, bergelak ketawa, maklumlah lama tak jumpa, bila dah bertemu,, mulalah mulut tak lekang dengan pelbagai cerita dan pengalaman.. akak naqibah pun tak lekang dengan senyumannya bila melihat ragam adik-adik.. semua wajah ceria-ceria.. stress study berlalu begitu sahaja.. kepala terasa ringan.. iman pula meronta-ronta ditambahkan topupnya (pengisian ilmu agama).. subhanAllah,, indahnya sebuah pertemuan keranaNya ! 

seperti biasa, sebelum memulakan tajuk, kami akan mentadabbur al Quran sama-sama.. surah yang dipilih ialah surah as Saff.. bermula dari ayat 1 hingga 12.. anda semua juga digalakkan selalu membaca ayat ini.. kerana dengan ayat inilah Allah telah menegur kami semua, di mana ketika selesai sahaja sesi memahami ayatnya, kami dipinta untuk mengutarakan mana-mana ayat yang memberi kesan sangat-sangat.. inilah hasilnya, 3 ayat yang kami rasakan memberi impak kepada kita semua..

( wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan)
-ayat 2 & 3-

ana begitu terpana dengan teguran Allah ini.. zzzzuuuuupppppp !!! terus menyusup ke dalam jiwa.. terus terang ana katakan, ana antara orang yang mengatakan sesuatu tapi ada yang tak buat.. teori buat itu dan ini memang mudah tapi nak aplikasikannya sebagai amali memang payah.. mudahnya nak suruh orang ' cintai Allah dan Rasul ' tapi sejauh mana kita sendiri telah mempraktikkannya? Astaghfirullah, terasa sangat kerdil diri ini, mengenangkan orang yang mengatakan sesuatu tapi tak kerjakannya, itulah orang yang dibenci oleh Allah.. nauzubillah.. mujurlah Allah menegur.. dan ada satu peristiwa di mana seorang lelaki telah dihumban ke dalam neraka, lalu dikisar perutnya.. seluruh penghuni neraka ketika itu terkejut mengapa lelaki itu diazab? lalu mereka pun bertanya " mengapakah kamu berada di sini? bukankah kamu dahulu orang yang selalu mengajak manusia melakukan kebaikan? " maka jawablah lelaki itu, "ini disebabkan perbuatan aku sendiri.. bila mana aku menyuruh orang berbuat baik, tapi aku sendiri tak buat.. " astaghfirullah wa nauzubillah min zalik.. meremang bulu roma ana mendengarnya.. harapnya dengan kisah ini, membuka mata dan keimanan hati kita untuk next time, SAYA CAKAP SAYA BUAT... moga Allah sentiasa membantu usaha kita.. 

( wahai orang-orang yang beriman ! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui )
-ayat 10 & 11-

ayat di atas dipilih menjadi antara ayat yang memberi kesan,, menyorot perasaan sahabat seusrah ana, dia berkata.......

"sebenarnya sebelum saya nak pergi usrah, rasa malas sangat.. berperang antara nafsu tidur dengan nak pergi usrah.. tapi bila pikir balik, dah lama tak pergi usrah, jumpa akak dengan sahabat-sahabat, saya turun jugak.. jika nak diikutkan ayat ni maknanya orang yang beriman pasti mampu bermujahadah lawan nafsu.. tapi saya? ternyata iman saya masih lemah.. "

subhanAllah,, satu pengakuan jujur.. ana sendiri turut merasakan ayat ini ternyata mengetuk jendela iman ana supaya sedarlah, bangunlah wahai hati ! Allah sedang berbicara denganmu.. bukan sebarangan orang yang dipilih oleh Allah untuk berada di majlis ilmu.. apabila Allah telah memilih nama kita untuk berada di sebuah taman syurga, kitalah orang yang beruntung.. begitu jua dengan orang yang mampu bermujahadah melawan nafsu.. benarlah bahawa MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.. bukankah Allah telah menjanjikan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul serta berjihad di jalan Allah menyelamatkan kita dari azab yang pedih? jommm,, kita cuba untuk bermujahadah, walau payah, teruskan menyokong antara kita.. selagi sang mentari masih menyinar, selagi itulah jangan kita toleh ke belakang, teruskan harungi walau apa jua rintangan di perjalanan, kerana kemanisan perjuangan sedang menanti kita di hadapan....

setelah Allah menegur kita dengan satu teguran yang cukup hebat, dan telah Allah menyediakan cara bagaimana untuk dijauhkan dari azabNya, lalu Allah memujuk kita pula dengan ayat ini......

( nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. itulah kemenangan yang agung )
-ayat 12-


Allah menegur kita lalu menyuruh kita beriman dan berjihad sebabnya tak lain tak bukan Allah nak bagi kita syurga.. Allah hidangkan tempat tinggal yang indah, sebagai ganjarannya.. tapi adakah kita beriman dan berjihad semata-mata kerana syurga sahaja? letakkanlah matlamat gapaian itu satu-satunya kerana Allah.. jadikan matlamat LILLAHI TAALA itu yang teratas.. manisnya cinta Allah yang hadir dalam jiwa, rasa rindu saat bertemu denganNya, ketenangan yang dirasa tatkala merasakan Allah ada di mana-mana.. subhanAllah, perasaan yang luar biasa.. so, jika kita rasa kita adalah hamba Allah yang biasa, apa kata lepas ni kita cuba untuk jadi hamba yang luar biasa? usaha yang luar biasa + ikhtiar yang luar biasa = hamba yang LUAR BIASA.. insyaAllah,,, biiznillah...


ceritera indah sepanjang halaqah banyak mengajar ana terutamanya hubungan dengan Allah dan manusia.. sebenarnya banyak ana nak ceritakan tapi, mungkin ana akan sambung lain kali.. ni pun curi-curi masa nak menulis, sebab jadual kelas padat, balik kelas dah penat, imtihan pula semakin dekat.....


renunglah kembali, tanyalah diri, apa khabar iman hari ini? topuplah iman kita selalu di mana-mana pun, Allah bagi free je.. terpulang kepada diri kita sama ada nak atau taknak je... 


Sahabatku ,
Kehebatan usrah bukan pada namanya ,
namun pada siapa yang di dalamnya .

Sahabatku,
Rasulullah saw kecintaan kita berusrah,
Mencari kekuatan tunjang sebuah kebangkitan ummah. '

Sahabatku,
Usrah bukan mengalirkan masamu pergi sia-sia,
Usrah mengalirkan pahala buatmu setiap detik kalian bersama .

Sahabatku,
usrah bukan bererti kalian berhimpun dalam sebuah bulatan kecil semata-mata,
Usrah membina seorang muslim yang mukmin dalam diri kalian.




cukup setakat ini, moga bertemu kalian kembali, wallahu a'lam.....
syukran lakum...... hayakumullah  ^__^ 

Saturday 15 December 2012

oh my ARABIC !

bismillahirrahmanirrahim... apa khabar semua?? 

emm,, dah dekat nak 2 jam ana terpaku depan laptop.. kenapa jari jemariku kali ini tidak lagi rancak menarikan keyboard seperti biasa? niat di hati nak update blog tapi tak tau nak berbicara mengenai apa.. no idea.. lepastu ana close, buka tweeter, emm,, takde yang menarik.. buka pula facebook, tengok news feed, banyak juga pengisian yang ana dapat.. tazkirah, isu semasa dan juga perkembangan terkini sahabat-sahabat ana.. alhamdulillah, jika kita gunakan dengan baik, kita akan mendapat manfaatnya.. jangan sampai kita terleka ditelan arus zaman yang semakin melekakan.. bahaya tu !!

lalu, duduk punya duduk, tiba-tiba ana terpandang buku TATBIQ NAHU (sebuah kitab arab) kat atas meja.. aik, laju aje tangan ni nak mencapai buku tu.. belek punya belek, ana pun bacalah.. masyaAllah, lepastu terkeluarlah ayat-ayat ni "panjangnya nak i'rob.. eh ni apa benda pulak ni? tak pernah dengar pun.. oh macam tu ke,, apasal pulak mauqi' nya begini? peninglah.. oh macam tu ke, baru tau.. selama ni tak perasan pun.... " tak lama lepas tu,, ana pun tutup.. satu keluhan berat dilepaskan.. ana beralih ke katil sambil memeluk buku TATBIQ NAHU di dada.. sambil bersandar di dinding, mataku dihalakan terus ke luar tingkap.. ana terus berfikir.. susahnya bahasa arab ni.. makin lama makin susah pulak rasanya..

Astaghfirullah, kenapa aku cakap macam tu? tak boleh,, ana kena kuatkan semangat.. ana adalah seorang muslim.. tambah-tambah lagi ana mengambil jurusan bahasa arab di UIA.. pada masa yang sama, satu amanah telah terpikul di bahu ana.. bila habis je study kat universiti, ana bakal berhadapan dengan masyarakat luar.. jika ana sendiri tak memahami bahasa arab ni sungguh-sungguh, macam mana ana nak mengajar generasi akan datang? jika ada saudara  baru yang berminat untuk mempelajari Islam, apa yang ana nak jawab? tiba-tiba, ana terfikir, dulu ada sahabat-sahabat ana berkata...


"serius, aku tak suka belajar arab ni... susah kot.. kalau subjek bahasa arab ni aku tak skor dalam SPM kali ni pun takpe, tak penting.." 

"emm,, lepas PMR aku bertekad nak pindah sekolah sains tulen atau sekolah biasa sebab aku taknak belajar bahasa arab lagi.."

"kalau aku terus belajar bahasa arab pun takde gunanya, sebab aku minat profesion yang mencabar macam perubatan, aku nak jadi doktor.. kalau aku amik subjek bahasa arab untuk SPM, mesti mencacatkan slip exam aku je..."

hatiku sayu.. mataku berkaca-kaca apabila teringatkan kata-kata sebegini yang pernah diucapkan oleh sahabat-sahabat ana dulu.. sedih.. jika nak diikutkan time zaman sekolah menengah, ana nak amik kos math masa dekat U nanti.. sebab ana minat sangat dengan math.. bagi ana, kalau tak dapat A+ math atau add math,, umpama fail.. itu perasaan ana dulu.. pada masa yang sama ana minat jugak bahasa arab, kedua-dua subjek yang ana bersemangat bila belajar dalam kelas.. kalau ngantuk pun ana akan cuba lawan.. alhamdulillah sehinggalah tiba waktu result SPM diumumkan,, ana berjaya dapat A+ dalam subjek math, addmath, bahasa arab dan selebihnya tiga subjek lain... saat tu ana rasa puas sangat, haza min fadhlillahi rabbi.. syukur.. ingatkan bila dah rasa happy ni lega sikit tapi...... aduh, ya Allah, manakah pilihan yang lebih baik bagiku? math atau bahasa arab? bahasa arab atau math? 

serentak itu kata-kata ustaz  ana mula terngiang-ngiang di telinga "sekarang ni bilangan ustaz atau ustazah yang mahir dalam bahasa arab semakin sikit (terutamanya di bahagian negeri ana lah..ana akui tu).. kalau boleh saya nak ada antara student saya yang terus memperjuangkan bahasa arab ni.. setakat ni belum ada lagi student sekolah kita yang menjadi pensyarah bahasa arab..." serentak itu, anak mata ana bertembung dengan mata ustaz.. satu renungan yang mempunyai makna yang tersurat dan tersirat.. apakah ana yang..... ??? 

bila nak isi kos di borang UPU, terteralah subjek math, statistik..wahh, bestnya.. lepastu, ana scroll bawah lagi, bahasa arab.... ana agak lama terpaku di situ.. antara BAHASA ARAB dan MATH, mana satu jadi pilihan? bila ana dah berfikir dengan masak semasak-masaknya, sambil berdoa memohon pertolongan, inilah hasilnya....

1. BAHASA ARAB (UIAM)
2. .........................................
dan seterusnya.....(ana tak ingat pulak)

apa yang ana nak highlightkan, ana tetapkan pendirian, ana akan terus mempelajari dan menguasai bahasa arab.. asalnya ana dah mohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan namun, keluarga ana tidak mengizinkan.. ana redha, mungkin tiada rezeki buat masa sekarang, tapi ana percaya bahawa doa itu adalah aura positif.. keinginan yang begitu kuat untuk berada di Jordan, ana pendamkan dulu,, dalam hati ana, ada satu sudut yang ana simpan khas buat bumi anbiya' itu, sungguh ana rindu untuk berpijak di bumi Jordan.. tetapi,, perancangan Allah itu lebih baik kan? Allah bagi pula ana peluang untuk berada di UIA.. ya,, di sinilah ana sekarang.. semata-mata kerana bahasa arab, ana kuatkan semangat.. ana yakin, pasti terbuka peluang untukku untuk ke sana satu hari nanti, jika bukan atas sebab belajar, mungkin atas sebab lain kan?? insyaAllah,, mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk ke sana.....

kullu min ajliha, lughah arabiyah.. kecintaan yang kian menebal terhadapnya, ana akan harungi jua.. susah pun susahlah.. baru permulaan, jika dah mahir nanti mudahlah.. bagi sahabat-sahabat yang mungkin takde basic, ana tahu, memang susah nak faham.. biar kita takde basic asalkan jangan pernah kata "aku tak suka bahasa arab"... at least, kita ada keinginan nak mempelajari bahasa al Quran.. bahasa arab ni sangat unik sebenarnya, lain daripada yang lain,  ianya satu bahasa yang sangat indah.. keindahan sasteranya sangat memukau.. disebabkan itulah Allah menggunakan bahasa arab sebagai bahasa al Quran.. bahasa arab menjadi mulia kerana menjadi bahasa al Quran dan juga al Hadis... rasulullah S.A.W pun bercakap dalam bahasa arab.. bahasa rasmi agama Islam juga adalah bahasa arab.. so kita sebagai muslim? sangat perlu untuk mempelajarinya.. tak kisahlah, kita ni bakal doktor, engineer, polis dan sebagainya,, ilmu bahasa arab itu perlu ada dalam diri.. biarpun tak mempelajarinya secara mendalam, cukuplah sekadar asas-asas... 

walaupun bahasa arab adalah bahasa yang sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya iaitu al Quran. ini berbeza dengan kitab suci lain, sebagaiman bible misalnya. keuniversalan al Quran dibuktikan sengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). walaupun ianya terdiri dari ribuan ayat, dalam sejarah selalu saja ramai orang yang mampu menghafaznya secara cermat dan tepat. hatta dia orang buta atau kanak-kanak pun, al Quran mudah dihafaz aatau dilagukan dengan gaya apapun..



AYUHHHHH !!!! belajarlah bahasa arab kerana ianya bahasa al Quran..

sahabat, belajarlah bahasa ini, meskipun dengan hanya sekecil-kecil benda.. kini ku akui,, melalui bahasa arab,, ku menikmati sentuhan kalamullah (al Quran) dan islam yang amat menyeronokkan dan indah.. tak percaya?? mulakan segera dan anda akan merasainya !!! bittaufiq wannajah... ^__^



Friday 7 December 2012

RINDU YANG TAK SUDAH

assalamualaikum warahmatullah,, pembuka bicara buat pembaca sekalian....

bismillahirrahmanirrahim, marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla kerana dengan nikmatnya kita masih lagi dapat menikmati nikmat Islam dan Iman, serta masih diberi peluang untuk terus bertaubat dan beribadah setelah Allah membangunkan kita setiap hari.. alhamdulillah.. selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, khatimul anbiya' yang turut menjadi kekasih Allah, pemberi syafaat di akhirat kelak untuk ummah tercinta, moga kita semua sentiasa berada dalam naungan rahmat Ilahi ketika ini..

insyaAllah, bicara kali ini berkisarkan soal RINDU.. ya ! rindu yang sekian lama dipendam.. cinta yang tak ku ketahui sama ada berbalas atau tidak.. cinta terhadap seorang lelaki yang tak pernah ana temui, apatah lagi melihat wajahnya.. ana teringin sekali bertemu dengannya.. serius !!!

sebenarnya, ana sudah mula kenal lelaki ini sejak ana kecil lagi.. selalu ana sebut nama 'dia' sambil nyanyi sekali.. setiap kali ulangtahun kelahirannya, semua kawan-kawan sekolah rendah ana sambut.. buat majlis besar-besaran.. istimewanya 'dia'.. sempena dengan hari maulid beliau, semua orang bercuti.. cikgu-cikgu semua sibuk buat preparation nak raikan majlis tu.. dewan dihias indah,, membuatkan ana teruja.. tapi usia ana masih mentah ketika itu, ana cuma tahu namanya tapi ana belum rasa yang ana jatuh hati kepadanya.. yang penting, ana suka semua lagu pasal 'dia'.. sedap tau ! ana siap hafal lagi.. cikgu-cikgu ana semua suka cerita mengenai 'dia'.. siap puji-puji lagi.. hebatkan lelaki ni??

bila dah sekolah menengah, perasaan ana semakin membuak-buak.. ana cuma dapat lepaskan rindu time dengar ustaz dan murabbi ana ceritakan.. maklumlah ana memang tak pernah jumpa 'dia'.. tapi ana memang dah jatuh hati kat 'dia' tahap gaban time tu.. setiap kali ustaz bercerita di depan, ana berangan di belakang sebab asyik memikirkan 'dia'.. kata ustaz, lelaki ni memang baik.. menjaga hak Allah dan hak manusia.. menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, mengasihi haiwan, suka bersedekah, pemaaf, bijak dan romantik juga orangnya... wahh,, terujanya ana !! 

namun sejak dulu lagi ana tahu 'dia' dah berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak.. bertuahkan isterinya.. tapi ana memang tak kisah 'dia' dah berkahwin, cinta dan rindu ana terhadapnya tak pernah berubah.. bahkan saban hari ana semakin merinduinya.. setiap kali ana membaca kisah hidupnya,, menitis-nitis air mata membasahi pipi.. mengenangkan kesusahan dan penderitaannya.. tapi sikit pun 'dia' tak pernah mengeluh.. setiap malam 'dia' akan bagun solat sampaikan kaki bengkak.. even sakit, 'dia' still nak beribadah jugak.. katanya, 'dia' ingin menjadi hamba yang bersyukur.. tersentuh hati ana.. dan yang paling menyedihkan, 'dia' juga pernah disakiti sebab buat benda baik.. pernah dibaling dengan batu sehingga bertakung darah di dalam sepatunya.. pernah dibaling dengan najis unta, dijerut lehernya.. apatah lagi 'dia' selalu dicaci dan dimaki.. jika analah di tempat 'dia' saat itu, tertanggungkah penderitaan itu? sanggupkah ana? sabarkah ana? masyaAllah, diri ana dengan dirinya umpama langit dan bumi.. 'dia' sikitpun tak pernah berdendam.. bahkan masih mampu mengukir senyuman.. siap maafkan lagi orang-orang yang telah menyakitinya.. subhanAllah,, betapa indah akhlaknya..

sehinggalah tiba waktu ajalnya, saat yang ana sebak nak ceritakan.. sebak saat terkenangkan.. walaupun ana takde time tu, tapi ana memang nangis bila mendengarnya.. ketika itu suasana sedih menyelubungi rumahnya.. semua orang menangisi, sedih akan kehilangannya.. bila mana malaikat datang untuk mencabut nyawa, dipintanya untuk menghimpunkan segala kesakitan sakaratulmaut yang dihadapi oleh ummatnya, biarlah 'dia' yang menanggung segala kesakitan tu.. perginya 'dia' dengan kalimah terakhir yang meniti di bibir iaitu ''UMMATI''.. berderai jatuh air mata insan seisi alam, perginya 'dia', alam sudah tiada serinya.. 

adakah anda tahu siapakah 'dia' yang ana maksudkan? dialah nabi Muhammad SAW, tauladan ummah sepanjang zaman.. insan yang tak pernah serik dan jemu dijalan Allah.. biarpun baginda dijamin syurga oleh Allah, itu bukanlah alasan untuknya tidak beribadah.. makannya, pakaiannya, rumahnya taklah semewah mana.. semuanya ala kadar.. jika nak dibandingkan dengan ana, memang jauh bezanya.. ana pernah makan sedap-sedap dan mahal, tapi rasulullah? makanannya cuma tepung yang diuli dan buah tamar.. ana tidur atas tilam yang empuk tapi rasulullah? hanya pelepah tamar menjadi alasnya.. 

 Allahu rabbi,, ampuni daku seandainya aku terlupa untuk mensyukuri nikmatMu,, nikmat yang Engkau beri selama ini tak terhitung banyaknya,, namun seringkali ku alpa
untuk melafazkan kalimah syukur...
>jadikanlah aku antara golongan yang sedikit<


duhai kekasih Allah, pada diriku tiada apa-apa, yang ada cumalah sekeping hati yang terlalu merinduimu, namun ke serahkan perasaan ini pada Allah, biarlah Dia menjadi pengantara antara kita.. kerana aku yakin, aku pasti menemuimu, bukan di sini, tapi di SYURGA negeri abadi... nanti yang berlumba-lumba ke arahmu bukan diriku sahaja, tapi kamu akan dikunjungi oleh ramai insan yang turut mencintaimu.. siapalah aku untuk menjadi orang pertama menemuimu, ku cuma insan yang hina.. biarpun lewat, semoga kamu takkan pernah jemu menanti, dan diriku di sini masih persiapkan diri..... insyaAllah...






malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat 
di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona 
kerana budinya aku jatuh cinta 
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga

sesungguhnya apa yang ku dambakan 
hanyalah cinta Allah yang Esa
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah....

> dia kekasih Allah <

firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)

di sini ana ingin selitkan bingkisan kisah menyentuh kalbu dari ukhti syamimi,, pernah tengok ?
kisah ini sudah tersebar luas.. seorang insan yang diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa dengan nabi Muhammad atas berkat kesabarannya yang menanggung penyakit misteri.. meh nengok >>>>






akhir kata, semoga Allah mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW.. wallahu a'lam... jazakumullahu khair ! ^__^

Tuesday 4 December 2012

mampukah aku menjadi wanita solehah ?




mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama.......

dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong ketika kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan......

mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan ayahnya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga......

ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah
tabah jiwa setabah umi nabi Ismail
mengendong anaknya 
mencari air penghilang dahaga
diterik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar.......

mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah, keharuman tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah.....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...