Pages


Ads 468x60px

Wednesday 19 December 2012

~CeRiTeRa UsRaH~

assalamualaikum warahmatullah...

masyaAllah,, umpama sebiji batu besar yang terhempap di atas kepala, umpama sebilah pedang yang menembusi dada, semuanya berlaku tanpa diduga, hadirnya tarbiah dari Allah direct terus memanah jiwa, di dalam sebuah halaqah bak taman syurga, terasa  begitu kerdil diri ini lantaran akulah antara hambaNya yang hina.... 

teettt....tetttt...1 new message received..

" assalamualaikum, dik, bagitau pada adik beradik halaqah kita malam ni 
boleh tak kita buat usrah pukul 9? free tak? "

-kak liana-

" waalaikumussalam, free..... "

-ana-

senyumanku melebar.. yeye,,ada usrah.. alhamdulillah.. sebenarnya ana dah lama tak jumpa adik beradik usrah ana masa short sem ni.. maklumlah, masing-masing jadual padat dengan kelas..kelas pun lain-lain.. memang susah nak jumpa.. rindu sangat.. tiba jua masanya, Allah ingin menyatukan hati-hati yang kian lama tak bertemu, di dalam satu halaqah mudah-mudahan insyaAllah sentiasa di bawah naungan dan rahmatNya,, hatiku berbisik, "sampaikan hajat kami semua untuk bertemu.."  yang dari mahallah Khadijah sanggup datang malam-malam, mahallah Zainab pun datang, demi menyahut satu seruan "mencari mardhotillah"... moga setiap langkahan kaki yang melangkah ke surau mahallah Aisyah ini mendapat barakah.. 

bermulalah tautan usrah kami dengan saling bertukar cerita pahit manis sepanjang short sem.. seronok mendengar cerita, bergelak ketawa, maklumlah lama tak jumpa, bila dah bertemu,, mulalah mulut tak lekang dengan pelbagai cerita dan pengalaman.. akak naqibah pun tak lekang dengan senyumannya bila melihat ragam adik-adik.. semua wajah ceria-ceria.. stress study berlalu begitu sahaja.. kepala terasa ringan.. iman pula meronta-ronta ditambahkan topupnya (pengisian ilmu agama).. subhanAllah,, indahnya sebuah pertemuan keranaNya ! 

seperti biasa, sebelum memulakan tajuk, kami akan mentadabbur al Quran sama-sama.. surah yang dipilih ialah surah as Saff.. bermula dari ayat 1 hingga 12.. anda semua juga digalakkan selalu membaca ayat ini.. kerana dengan ayat inilah Allah telah menegur kami semua, di mana ketika selesai sahaja sesi memahami ayatnya, kami dipinta untuk mengutarakan mana-mana ayat yang memberi kesan sangat-sangat.. inilah hasilnya, 3 ayat yang kami rasakan memberi impak kepada kita semua..

( wahai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan)
-ayat 2 & 3-

ana begitu terpana dengan teguran Allah ini.. zzzzuuuuupppppp !!! terus menyusup ke dalam jiwa.. terus terang ana katakan, ana antara orang yang mengatakan sesuatu tapi ada yang tak buat.. teori buat itu dan ini memang mudah tapi nak aplikasikannya sebagai amali memang payah.. mudahnya nak suruh orang ' cintai Allah dan Rasul ' tapi sejauh mana kita sendiri telah mempraktikkannya? Astaghfirullah, terasa sangat kerdil diri ini, mengenangkan orang yang mengatakan sesuatu tapi tak kerjakannya, itulah orang yang dibenci oleh Allah.. nauzubillah.. mujurlah Allah menegur.. dan ada satu peristiwa di mana seorang lelaki telah dihumban ke dalam neraka, lalu dikisar perutnya.. seluruh penghuni neraka ketika itu terkejut mengapa lelaki itu diazab? lalu mereka pun bertanya " mengapakah kamu berada di sini? bukankah kamu dahulu orang yang selalu mengajak manusia melakukan kebaikan? " maka jawablah lelaki itu, "ini disebabkan perbuatan aku sendiri.. bila mana aku menyuruh orang berbuat baik, tapi aku sendiri tak buat.. " astaghfirullah wa nauzubillah min zalik.. meremang bulu roma ana mendengarnya.. harapnya dengan kisah ini, membuka mata dan keimanan hati kita untuk next time, SAYA CAKAP SAYA BUAT... moga Allah sentiasa membantu usaha kita.. 

( wahai orang-orang yang beriman ! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui )
-ayat 10 & 11-

ayat di atas dipilih menjadi antara ayat yang memberi kesan,, menyorot perasaan sahabat seusrah ana, dia berkata.......

"sebenarnya sebelum saya nak pergi usrah, rasa malas sangat.. berperang antara nafsu tidur dengan nak pergi usrah.. tapi bila pikir balik, dah lama tak pergi usrah, jumpa akak dengan sahabat-sahabat, saya turun jugak.. jika nak diikutkan ayat ni maknanya orang yang beriman pasti mampu bermujahadah lawan nafsu.. tapi saya? ternyata iman saya masih lemah.. "

subhanAllah,, satu pengakuan jujur.. ana sendiri turut merasakan ayat ini ternyata mengetuk jendela iman ana supaya sedarlah, bangunlah wahai hati ! Allah sedang berbicara denganmu.. bukan sebarangan orang yang dipilih oleh Allah untuk berada di majlis ilmu.. apabila Allah telah memilih nama kita untuk berada di sebuah taman syurga, kitalah orang yang beruntung.. begitu jua dengan orang yang mampu bermujahadah melawan nafsu.. benarlah bahawa MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.. bukankah Allah telah menjanjikan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul serta berjihad di jalan Allah menyelamatkan kita dari azab yang pedih? jommm,, kita cuba untuk bermujahadah, walau payah, teruskan menyokong antara kita.. selagi sang mentari masih menyinar, selagi itulah jangan kita toleh ke belakang, teruskan harungi walau apa jua rintangan di perjalanan, kerana kemanisan perjuangan sedang menanti kita di hadapan....

setelah Allah menegur kita dengan satu teguran yang cukup hebat, dan telah Allah menyediakan cara bagaimana untuk dijauhkan dari azabNya, lalu Allah memujuk kita pula dengan ayat ini......

( nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. itulah kemenangan yang agung )
-ayat 12-


Allah menegur kita lalu menyuruh kita beriman dan berjihad sebabnya tak lain tak bukan Allah nak bagi kita syurga.. Allah hidangkan tempat tinggal yang indah, sebagai ganjarannya.. tapi adakah kita beriman dan berjihad semata-mata kerana syurga sahaja? letakkanlah matlamat gapaian itu satu-satunya kerana Allah.. jadikan matlamat LILLAHI TAALA itu yang teratas.. manisnya cinta Allah yang hadir dalam jiwa, rasa rindu saat bertemu denganNya, ketenangan yang dirasa tatkala merasakan Allah ada di mana-mana.. subhanAllah, perasaan yang luar biasa.. so, jika kita rasa kita adalah hamba Allah yang biasa, apa kata lepas ni kita cuba untuk jadi hamba yang luar biasa? usaha yang luar biasa + ikhtiar yang luar biasa = hamba yang LUAR BIASA.. insyaAllah,,, biiznillah...


ceritera indah sepanjang halaqah banyak mengajar ana terutamanya hubungan dengan Allah dan manusia.. sebenarnya banyak ana nak ceritakan tapi, mungkin ana akan sambung lain kali.. ni pun curi-curi masa nak menulis, sebab jadual kelas padat, balik kelas dah penat, imtihan pula semakin dekat.....


renunglah kembali, tanyalah diri, apa khabar iman hari ini? topuplah iman kita selalu di mana-mana pun, Allah bagi free je.. terpulang kepada diri kita sama ada nak atau taknak je... 


Sahabatku ,
Kehebatan usrah bukan pada namanya ,
namun pada siapa yang di dalamnya .

Sahabatku,
Rasulullah saw kecintaan kita berusrah,
Mencari kekuatan tunjang sebuah kebangkitan ummah. '

Sahabatku,
Usrah bukan mengalirkan masamu pergi sia-sia,
Usrah mengalirkan pahala buatmu setiap detik kalian bersama .

Sahabatku,
usrah bukan bererti kalian berhimpun dalam sebuah bulatan kecil semata-mata,
Usrah membina seorang muslim yang mukmin dalam diri kalian.




cukup setakat ini, moga bertemu kalian kembali, wallahu a'lam.....
syukran lakum...... hayakumullah  ^__^ 

2 comments:

  1. salam kenal dari bunda, cantek blog dia..

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah,bunda..biasa2 je , yg penting manfaatnya..terima kasih ya singgah n follow..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...