Pages

Ads 468x60px

Sunday, 6 October 2013

memori HaLaQaH

bismillahirrahmanirrahim...........

alhamdulillah, selesai jua ana menimba pengalaman menjadi fasilitator/naqibah study circle selama hampir setahun..bermula dari sem 3 (ketika itu ana masih 1st year) sehinggalah kini sem terakhir ana, sem 1 (2nd year), ana dipilih Allah untuk memikul amanah berat ini, maklumlah baru 1st time nak jadi naqibah,, tertelan air liur ana dibuatnya..kecut perut pun ada bila fikirkan tsaqofah yang teramatlah cetek apatah lagi pengalaman pun masih setahun jagung...pergghh,, pernah jugak dulu terfikir nak tolak tapi alhamdulillah ramai sahabat-sahabat ana menyokong n support utk terus jadi naqibah...

ASLIH NAFSAK WAD'U GHAIRAK !! 
(baiki diri kamu, at the same time ajaklah org lain)

inilah kata-kata yang ana pegang..alhamdulillah, diri ini terus diberi kekuatan oleh Allah utk terus tsabat di jalan dakwah :)

pada tarikh 5 oktober 2013, berakhirlah halaqah bersama adik2 yang sangat ohsem...tak tahu nak digambarkan perasaan yang bercampur baur,, tapi jujur ana katakan dunia dakwah terasa begitu indah dan bahagia bila adanya UKHWAH yang sangat mantap !! gelak tawa, kesportingan mereka dalam halaqah,, memang ana takkan lupa sampai bila-bila...adik2 halaqah ana semuanya aliran sains, memang hampir kesemuanya bersekolah biasa, tapi apa yang buat ana kagum,, mereka minat untuk dalami Islam.. minat untuk menjadi seorang DAIE meskipun adakalanya di hati mereka terbit satu perasaan rendah diri...rendah diri ?? itulah antara pengahalang terbesar orang zaman sekarang untuk berada di jalan dakwah... apa yang ana mampu katakan pada mereka,, tak guna kita fikir apa kata orang, hakikatnya bukan mereka yang menilai kita tapi Allah ! kita takkan pernah sempurna di mata orang, tak selamanya mulia di mata mereka...sebab itulah buatlah kerana Allah...insyaAllah mudah-mudahan Allah jua yang memberi ganjaran yang terbaik ~

malam itu, malam terakhir kami bersama, kerana selepas ini ana akan ke gombak..sebelum tu ana bagi task pada mereka "Ini Lambang Diriku"..alhamdulillah, semua melambangkan diri mereka dengan lambang yang baik-baik... antaranya,,,, haaaaa ini yang paling ana suka !!

pasal perlambangan tu, Husna pilih kaca..
pertama, secara fizikalnya kaca nampak mahal kalau nak compare dengan plastik or besi, 
maksudnya Husna nak nampak mahal bukan sombong tapi tak 'murah'..
kedua, dalam bekas kaca selalu isi benda-benda berharga atau cantik, 
maknanya Husna akan cuba cantikkan dalaman Husna dgn sifat-sifat yg baik..
ketiga, walaupun kaca senang berdebu, tapi senang jugak nak bersihkan.means, 
Husna sedar Husna selalu buat silap, 
tapi Husna akan cuba baiki kesilapan tu secepat mungkin or back to the fitrah 
when i accidentally doing something that bring me astray from Allah..
keempat, walaupun kaca tu mahal, tapi dia senang pecah n retak,, 
sama macam Husna yg sangat sensitif dan senang menangis....

kaca oh kaca.. yang masih elok n cantik

bila kaca dah pecah....


ada yang simbolkan diri mereka dengan upin ipin, mawar berduri, TV pun ada...macam2 lagi laa.....tapi cukup berhikmah ! terbaiklahhhh ~~

di penghujung kata-kata ana, ana berdoa agar  ana akan jumpa wajah2 yang sama, iaitu wajah adik2 yang amat ana sayang di SYURGA ALLAH nanti...harap sangat ~~ wassalam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...