Pages


Ads 468x60px

Sunday 20 October 2013

Bingkisan kisah 8 hati ~

bila ku hanya sesaat bagimu
jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
aku tak sanggup jauh darimu 
kerna kau yang membuat aku menyayangmu

uhukk uhukk !! dari jauh nampak ada orang nak baling telur ! ok tipu je...kui3

alhamdulillah, setelah hampir seminggu bercuti kat rumah baru hari ni diberi kekuatan utk mencoretkan sesuatu mengenai 'FAMILY' saya...sebenarnya tak mampu nak ingat satu persatu kenangan kami sebab saya.....errr errrr akan kehujanan...sobb soobbb :'( tapi hari ni saya dah kuat, tabah dan berjiwa kental untuk menggerakkan jemari melakar sesuatu buat kenangan kami bersama...insyaAllah ^_^

detik pertemuan (2 Jun 2012), maha suci Allah yang mengaturkan pertemuan terindah dalam hidupku.. bilik 207 dan 305 mahallah Aisyah sebagai saksi terukirnya sebuah kisah kehidupan 8 insan yang berbeza latar belakang, sejarah hidup dan juga perwatakan.. bagaimana perbezaan ini membibitkan kemesraan antara kami?? wallahu a'lam ~

 


*study plan* bila saya dapat tahu yang saya setahun setengah, waahhh !!! alangkah gembiranya sebab tak perlu nak lama-lama kat CFS sana.. tapi itu mula-mula, hakikatnya kini saya rasa macam nak extend pulak.. sebab saya nak grad sama-sama dengan roommate saya (nak amik subjek ape lagi? sume dah abih dah).. kena sedar diri, saya sudah tidak bergelar pelajar CFS lagi... expired dah, huhuh.. insyaAllah saya, mizah n puteri bertiga yang gred awal.. lagi lima orang masih berbaki satu sem lagi kat CFS.. heemm kalau semua akan pergi satu kampus takpe jugak, ni ada yang ke Kuantan.. biasalah, ini semua menuntut pengorbanan kan? tsskk tsskk

bila kenangan datang bertamu, ku pandang tidak jemu,
bila sudah terlalu rindu, tak sabar hati ingin bertemu..
ahakss ~

*kenangan* banyak sangat ! tak terhitung banyaknya.. outing, rehlah, jalan-jalan, makan, tengok movie, semua aktiviti kami buat sama-sama.. kalau lah ada orang tanya bilik mana yang ukhwahnya paling erat? nak je saya mengaku "BILIK KAMI !!" hee... happy go lucky, ceria, happening semua ada.. terutamanya sambut befday antara kami.. diprankk kena baling sabun, tabur bedak atas kepala, nyala lilin dalam bilik yang sengaja diblackoutkan.. emm, sayangnya saya tak rasa semua tu (lahir di hujung tahun).. yess ! takpe pun tak kena sebab diorang ni prank dasyat-dasyat belaka, yang paling saya tak tahan tu kena baling air sabun, tak pasal-pasal Liza kena mandi air sabun, dah lah bau sabun tu bau lelaki.. ya Allah ! idea siapalah tu ye ^_^ time makan pula semua akan kumpul kat satu compartment sambil tengok movie.. untunglah dapat bilik besar kan.. kalau tengok movie tu pulak tak tau nak senyap masing-masing especially cerita horror.. haha part ni memang lawak sangat sebab macam-macam gaya hado.. jeritan yang mampu membuatkan eardrum bergegar pun boleh ~ maafkan saya mak hazwani jamal, saya tak niat pun nak mention nama mak tapi tertaip pulak.. hehe

*rehlah* grand rehlah kami ialah ke bukit cahaya shah alam.. sebenarnya banyak je rehlah kami tapi setakat ni itu yang paling jauh.. time kami pergi sana, orang tak ramai pun.. awal-awal dah rancang dah nak naik basikal, tapi tak sangka pulak jalannya berbukit-bukit.. sehinggakan ada yang tak larat untuk meneruskan kayuhan sehingga ke puncak, apakan daya saya pun tak larat je sebenarnya nak terus mengayuh lagi.. penat kut, kalau turun bukit seronok sebab tak perlu kayuh basikal.. berjubah pun still boleh berbasikal lagi, ada je mata orang yang memandang pelik ~ huhu.. disebabkan rumah 4 musim masih ditutup untuk kerja pembinaan, so kami pun tak tau nak pergi mana dah.. check out dari tempat tu petang dalam pukul dua lebih, so plan seterusnya dibincangkan di KL Sentral.. akhirnya semua sepakat nak pergi KLCC untuk beli kek befday kami.. sambut befday semua sekaligus ! senang kan.. memang satu hari berjalan sakan, bila malam mula lah lenguh kaki.. rehlah terakhir, kenangan yang kami cipta sama-sama.. tak taulah dapat diulang kembali moment ni, harap sangat kita dapat bersama lagi satu hari nanti.. insyaAllah

smileee !! 1, 2, 3 

*oktober 2013* minggu exam.. masing-masing busy struggle nak hadapi exam.. math, fizik, kimia, comp, biology, programming, HTC, UI, RIM, BTQ, human sciences, sorof.. inilah antara subjek final kami (gabungan semua kos).. mantap-mantap belaka, so kena struggle lah kan.. insyaAllah kita dah usaha sekadar yang mampu moga-moga Allah bagi natijah yang mumtazah utk semua.. oh ya, bila exam week ni menandakan waktu kami akan berakhir buat sem tu.. lepas ni masing-masing akan bercuti panjang.. dan waktu inilah kami akan berpisah especially saya, puteri dan mizah.. tak bersama lagi di sem 3 dengan mereka..

*detik terakhir* hujan yang turun bagaikan mutiara ! ya, inilah saat yang ditunggu-tunggu.. drama hujan ! heheh.. saya menyaksikan seorang demi seorang melangkah keluar dari bilik sambil membawa beg-beg besar.. bermula dengan liza, after exam terus balik.. entah fokus ke tidak time jawab exam tu, kepala dok fikir balik je dah.. huhu.. sehari lepas liza balik,  lepas tu azura pulak tapi cara dia balik agak tiba-tiba.. azura memang suka tiba-tiba pun.. haha.. time dia nak balik tu, agak sayu sikit.. dia ada bagi mesej kata-kata terakhir kat puteri, mizah dan saya jugak tapi zura kau nak tahu tak yang sebenarnya aku tak dapat mesej tu.. maybe salah nombor kut, banyak sangat nombor satu.. so, tak tahu la dia send mesej apa, tak sempat pulak nak tanya mizah n puteri..( eh dia cakap ape je?) #baru nak tanya sekarang ! hadoyy budak ni >.< keesokannya wani pulak balik, mak kami ! amboi balik dulu ye, apa lah mak ni sepatutnya dia kena balik paling last..ppfffttt.. next ida, yang ni pulak sesuka je buang barang dia yang still elok lagi.. nak jimatkan timbangan beg pun, agak-agaklah makcik hui.. heheh.. then mizah pulak balik.. yang ni tak dan nak feeling lebih sebab kalut nak balik.. so tinggallah saya, puteri dan shahirah bertiga dalam bilik.. kami balik esok harinya.. time tu bilik dah kosong macam rumah tinggal pun ade.. sunyi jangan nak cakap la kan.. hari sabtu pagi tu, saya ingat saya yang balik dulu tapi parents puteri sampai cepat pulak.. tup tup ehh dah nak balik je puteri.. time salam puteri tu rasa nak nangis je, banyak buat salah woo saya ni dgn dia.. sobb sobb.. tinggallah saya seorang diri sambil bersiap nak balik.. shahirah? ohh ketika itu dia pergi berjihad bejuang untuk last paper, tapi before tu dah salam.. salam terakhir, salam yang teristimewa !

*description* meh saya nak describe kan sorang-sorang setelah hampir setahun lebih mengenali mereka..

belakang dari kiri : ida, shera, mizah
depan dari kiri : wani, ena, zura, puteri, liza

NURUL HAZWANI JAMAL-NURSING-JOHOR

tak tahu sejak bila title 'mak' ni mula melekat kat dia.. dah terbiasa kitorang semua panggil wani mak.. mak ada ilmu silat sampai tengok movie pun dia nak praktikkan..*perlu ke? err.. selalu cakap tak betul, ada la certain part cakap dia yang begitu mencuit dan menggelikan hati kitorang.. hahah.. "ingatkan tak perasan tadi", tu lah trademark mak kalau tersalah cakap.. tengah tidur pun sempat bercakap lagi..(er tu maknanya ape tu).. takpe mak, saya akan rindu nak borak-borak dgn mak lagi.. terima kasih sebab sudi mencorakkan kain putih (anak-anak) dengan warna-warna kehidupan yang indah.. dasyat tu dalam bilik 8 orang pun mak still boleh membesarkan kami walau tanpa ayah di sisi.. hahah.. lepas ni kalau mak turun dari katil tak nampak dah anak mak yang comel ni..*perasan ! saya minta maaf eh mak kalau tersalah cakap, terejek, tercubit atau tersakiti hati mak, maafkan saya eh.. halalkan semuanya.. thanks buku nota yang mak hadiahkan, saya akan jaga elok-elok.. demi mak !! luv u mak ^_^ 

NURUL SHALIZA ZAKARIA-NURSING-TERENGGANU

hok ! nama panggilan sebab dia suka cakap hok (ganu kang).. terus melekat sampai sekarang.. bila dah satu copartment, sebelah katil barulah saya tahu hok ni macammana orangnya.. suka ketawa tiba-tiba.. tetiba je nak teringat peristiwa yang kadang-kadang tu lama dah berlaku, pun boleh nak gelak sekarang.. haha.. habislah, lepas ni saya akan rindu gelak dia.. dia la yang membuatkan saya suka variety show korea especially running man.. banyak dah saya copy stok running man utk cuti ni tapi hok, tak bestlah tengok sorang-sorang.. takde yang nak ketawa sama-sama dengan saya.. hok, saya amat hargai ape yg hok pernah cakap ! "hok, nanti kalau aku dah takde kau rindu aku tak?" terus hok jawab "aku rindulah..haaaa ennaaaa".. terharunya dengar jawapan tu.. lepas ni kalau bangun pagi tak nampak dah saya kat sebelah.. takde dah yang nak compete bangun pagi dengan hok.. 'tengok kau tidur lagi, aku pun sambung lah balik".. hahah.. hok, gud luck eh sem depan.. maafkan salah silap saya, terbising, termengata, terguris perasaan, terambil barang tanpa kebenaran, i'm so sorry.. halalkan semuanya.. gonna miss u too hok ! >_<

KHALIDAH HALID-BAR-JOHOR

 ehem-ehem, sebut ida je semakin dekat bau nasi minyak.. dah ade tu jangan tunggu lama-lama eh..heheh.. seronoknya bila ada teman study ambil subjek yang sama.. takdelah kebosanan.. huhu.. ida ni rajin study tak macam saya yang teramat malas nak bukak buku.. mesti result gempak ni, insyaAllah.. ida jenis yang tak boleh duduk diam bila hari weekend.. ada je tempat dia nak pergi outing.. nasib baik KL ni luas.. actually saya n ida ni macam ada satu connection, pernah satu ketika tu, saya pening kepala, aik tak lama lepas tu ida pulak.. sama jugak macam saya, kalau ida sakit kepala, rasa nak demam, saya akan rasa jugak.. dah kenapa entah.. bila saya malas nak study, buat assignment ke, ida la yang akan paksa bagi tekanan untuk menggerakkan saya.. sampai kadang-kadang tu saya pernah kena jerit dgn dia tapi tak tau kenapa macam takde perubahan yang berlaku terhadap diri saya ni.. hee... kalau subuh, dia akan bangun awal, kejut kitorang bangun solat, tapi bila dia balik rumah, tak keruan kami dibuatnya, risau terlajak pulak.. subuh dinasour ! huhu. ya sohabati, bittaufiq wannajah fi fasl dirasi qadim, insyaAllah yusahhil alaiki.. syukran ala kulli hal ida, inni mutaasifah jiddan ala ma fa'alti.. saasytaqu alaiki wa urid an aqul, uhibbuki uhibbuki uhibbuki :-)

AZURA DAPIT-ENGIN-SELANGOR

*minah tiba-tiba sebab suka sangat tetiba je.. kehkeh.. bersemangat untuk memiliki tubuh badan yang ideal ! rahsia dah bocor pun, jangan marah haa ! haha.. aktif bersukan, petang-petang tu rajin turun jogging, tapi bila naik bilik, ehh beli makanan.. err, ada effect ke?? hee.. semenjak zura dah ade laptop ni, dia suka menghabiskan masa lapang dengan tengok movie.. sebelum tidur pun sempat lagi gendong laptop bawak naik atas katil, sambung lagi tengok cerita.. kadang-kadang selalu dipaksa untuk tidur, esok kan ada, esok sambung eh.. *macam pesan kat bebudak kecik pulak huhu.. alhamdulillah, bersyukur sebab zura dah sihat dari penyakit gastrik.. tak macam sem 1 dulu, teruk bebenor keadaan dia, tapi sekarang lihatlah perubahannya ! jaga kesihatan eh, takpe, dalam bilik kita ramai nursing, nak nurse yang mana? syadid? lembut? sume ade.. tak sangka azura yang nampak macam strict ni pun boleh membuatkan kami sayu time balik haritu.. saya mengaku air mata saya menitik..huaaa !! zura, maafkankan salah silap, tersalah cara kejut ke, lepas ni sape yang nak kejut zura eh? pengejut setia dia kaklong takde dah, hope malaikat akan tolong kejutkan ~ thanks zura for everything, love u *_^

SHAHIRAH SHAHROM-NURSING-JOHOR

si budak jawa ni, kitorang suka dengan sambal tempe yang dia selalu bawak.. bila balik kampung, mesti pesan jangan lupa bawak tempe.. dah jadi macam snek pulak.. dia ni agak nakal jugak, suka mengusik orang.. amat menghiburkan hati.. selalu jugak layan sifat tak matured dia tu, terasa hilang tekanan, dok buat lawak je..hehe.. jadi buddyz saya, bukan saya mintak, dan bukan dia mintak tapi Allah yang beri.. agak-agak ada pengganti buddyz tak nanti? carilah yang lagi baik dari saya, jauh lagi baik dari saya.. entahlah kadang-kadang rasa macam tak mampu nak jadi sahabat yang baik.. sejak dia alergik nasi ni, hari-hari terpaksa makan mee.. Allah nak uji, insyaAllah hope perut cepat sembuh.. bagi sesapa yang tak kenal shera, maybe fikir dia ni macam garang, strict.. selalu la first impression orang pada dia, saya pun rasa benda yang sama waktu mula-mula kenal dulu, tapi bila dah jadi rapat,, waahh so sweeettt !! dalam hati ada taman woo.. tengok lagu dalam mp3 yang pernah dia masukkan dulu (fonku fonmu jua), semua lagu meruntun perasaan bakhang ! sampaikan saya tak mampu nak bukak mp3 bila dah kat rumah.. huhu.. agak caring jugak, tapi caring dalam kesyadidan..pun boleh cenggitu.. sem 3 ni sem yang amat mencabar bagi shera.. moga Allah permudahkan semuanya, terus diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan meskipun tiada 'angry birds' dalam bilik kita lagi.. bersyukur sangat, Allah sayangkan ukhwah kita dengan diikatkan kita di bawah satu perjuangan hakiki.. tak siapa sangka kan? tapi Allah lebih tahu segala-galanya.. shera, thanks sudi pinjamkan saya kasih sayang yang melimpah ruah, saya tahu semua itu amat mahal bagi awak untuk awak beri pada orang.. saya mintak maaf seandainya saya gagal memberikan yang terbaik, selalu mengganggu ke, menyusahkan ke, terbebek tak semena-mena.. dont ever forget me k.. jaga ukhwah baik-baik, jaga sahabat, jaga adik beradik, jaga roommate, n fahamilah ukhwah dari hati.. wherever i go, you are always in my heart, love you dear ^_<

HAMIZAH MOKHTAR-ENGIN-KEDAH

mizah, pelakon terhebat sape tak kenal habaq mai ! dalam diam-diam dia jangan disangka dia takde bakat dalam bidang fotografi jugak.. suka snap gambar orang secara senyap-senyap.. lepastu muka orang tu mesti tak de rupa orang dah.. haha.. ramai dah jadi mangsa dia ni (pernah terkena).. suka join layan tengok movie, bila makan tu tak sah tak tengok movie sesama.. tak taulah kenapa selera kita selalu sama.. rasa nak makan western,eh sama lah.. mizah nak makan pizza pun saya teringin nak makan pizza jugak.. dia suka minum teh ais, sampai saya pun dah tersuka minum teh ais dalam plastik ikat tepi tu.. hee.. after exam haritu, muka dia macam tak yakin je, saya perasan semua tu.. jangan risau insyaAllah doa bebanyak eh semuanya akan ok.. huhu.. mizah ni jenis yang selamba je, kalau bab-bab mereka cerita ni serah je kat dia.. bahana tengok fairy tale banyak sangat.. saya suka tolong habiskan makanan dia kalau dia rasa dah tak mampu nak sumbat lagi.. mizah, kat gombak nanti kalau tak habis makanan, roger aku suruh datang habiskan "ena hang mai sini sat, peghabih makanan ceq ni, jenuh ceq nak bagi peghabihkan".. hahah pung boleh.. all the best mizah kat gombak, walaupun satu kampus tapi mesti jarang jumpa kan, kau kat tempat lain, aku kat tempat lain.. tambah lagi masing-masing busy tapi boleh je kalau kita still nak keluar sama-sama.. sorry eh kalau ada terbuat salah, terkasar bahasa atau ape-ape je yang buat kau tak puas hati, i'm really sorry.. rindu kau mizah ;-)

PUTERI ZULAIHA ABD SAAT-ICT-JOHOR

orangnya kecil sahaja tapi bakat yang dia ada masyaAllah segan ana.. kecil-kecil cili padi, berjiwa besar ni.. nama pun student ICT, selalu bermain dengan laptop aje lahh.. kitorang ada kongsi persamaan jugak, suka makan lauk asam pedas dengan ayam goreng.. hampir setiap hari, macam tak pernah rasa muak..hehe.. seorang yang pandai (tengok pointer la subhanAllah), banyak ilmu jugak tapi tak berkesempatan nak dengar ustazah puteri ni bertazkirah depan saya.. bila turn dia kena bagi tazkirah saya selalu takde.. huuhuh.. tapi saya tahu sahabat saya ni hebat sokmo ! waktu dulu kami berdua suka sangat pergi MPH beli buku, pastu tukar-tukar buku, put baca buku saya, saya baca buku put.. tapi la ni bila dah busy, buku-buku tu semua dah jadi pekasam kat atas rak.. huhu.. puteri ni jenis yang tak suka meluahkan, err betul tak? dia lagi suka duduk diam, bermain kata-kata melalui twitter ataupun blog, kadang-kadang dari situlah saya dapat tahu dia ada masalah ke tak.. walaupun dia tak luahkan pada orang, tapi saya anggap dia meluahkan hanya pada satu-satunya pendengar setia iaitu kepada Allah.. Allah sumber kekuatan, itulah yang terbaik sebenarnya.. satu quotes khas untuk Puteri " adakalanya kita jarang berbicara, tapi awaklah antara orang yang saya selalu mention dalam doa" kuatlah puteri untuk teruskan apa yang kita sedang perjuangkan.. mudah-mudahan kita sentiasa bersama dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya iaitu syurga (tempat berehat yang abadi).. dah kat gombak nanti tak tahulah kita dapat selalu bersua atau tak,, jangan lupa saya tau put.. thanks for everything, hanya Allah mampu balas semua kebaikan awak.. salah saya terlalu banyak, tak tahu nak tebus macam mana, ku hanya mampu memohon seinfiniti kemaafan buat diriku yang terlalu lemah ni.. jaga diri eh, bersedia untuk step yang seterusnya (cuak jugak ni),, k all the best put ! insyaAllah jumpa nanti... really missing you >_^

lastly,, ENA AB MANAF-BAR-NEGERI SEMBILAN

untuk melengkapkan sebuah kisah kami berlapan, terpaksa saya memuatkan kisah insan ini sekali..suka-suka je..hemm, minah bebek, sebab suka cakap laju-laju.. biarpun sering dimarah suruh senyap dari terus bebek, dia tetap nak cakap jugak.. kerana itu adalah cara dia kalau nak ingat apa yg dibaca.. caramu dan caraku berbeza.. huhu.. as usual satu bilik tahu  dia ni memang susah nak study.. assignment pun sama suka buat last minute, haih tak tau la bila boleh berubah.. berselera besar, tak tahulah nak cakap perut ape, tapi badan maintain je alhamdulillah.. seorang yang agak sensitif, dan amat cintakan hujan.. hatta tengok cerita sedih pun boleh gugur air mata.. tak boleh nak serius langsung ! lebih-lebih lagi nak hadapi saat-saat menyedihkan ni.. mempunyai impian berpijak di atas bumi jordan, mudah-mudahan satu hari nanti berjaya juga ke sana.. sentiasa inginkan seseorang yang memahami dirinya.. menyayanginya dengan ikhlas dan setia di saat susah dan senang.. amat mengharapkan semangat dari teman seperjuangan, kerana dia amat mudah rebah bila diuji.. dan seorang yang mudah jatuh sayang pada sebuah persahabatan.. insyaAllah moga-moga Allah redha ^_*


*hakikat hari ini* sepi tanpa mereka.. diuji dengan jarak yang jauh, insyaAllah sentiasa dekat di hati... bila jauh diuji kesetiaan, bila dekat diuji kebersamaan.. walau apapun, terimalah suratan hidup, redhalah apa yang terjadi.. sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik dalam hidup kita ~

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu,,, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku cuba tuk hadapi semua ini
meski tanpamu ohh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku di sini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apakah aku selalu di hatinya...

(suara HATI)



selamat meneruskan perjuangan di sem 3, saya, mizah dan puteri harus akur pada takdir Ilahi, kami perlu menamatkan episod kisah kita lebih awal meskipun episod akhir belum pun wujud lagi.. semoga sem 3 korang terus ceria walau tanpa kehadiran kami..  jangan sedih, insyaAllah kita still boleh contact, kalau nak outing ajaklah kitorang bertiga ni sekali.. nak ikut nak ikut ! dekat je gombak tu.. cakap macam rajin je.. huuu.. untuk mengakhiri kisah kami, ingin saya tujukan lagu khas buat korang semua.. terimalahh ~


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini


Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan


Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu 'baby '(dah tua dah, jgn perasan lebih2)
Selamat tinggal 


Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi


Walau ku pergi sayangku 
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...