Pages


Ads 468x60px

Tuesday 30 October 2012

JOM JADI ORANG YANG PEMAAF !

assalamualaikum semua !

segala puji bagi Allah, yang masih memberikan kita peluang untuk terus hidup menikmati nikmat iman dan islam,, masih lagi dapat menghirup udara yang segar tanpa sebarang caj,, tambah-tambah lagi Allah masih memberikan kudrat kepada kita untuk meneruskan kehidupan sebagai KHALIFAH,, sebagai DAIE !

pertamanya, selawat dan junjungan kepada Rasulullah S.A.W .....
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُولِÙƒَ النَّبِÙŠِِّ الأُÙ…ِّÙŠِّ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ ÙˆَسلِّÙ…ْ
moga kecintaan kita kepada baginda semakin subur, mekar, dan bercambah hari demi hari.. sebab itulah post ana hari ini berkisarkan tentang sifat nabi kesayangan kita iaitu nabi Muhammad S.A.W, salah satu sifat terpujinya PEMAAF !

wahai sahabat-sahabatku sekalian,,
bagi seorang muslim, kita pasti tidak lepas dari membuat kesalahan kepada Allah dan juga manusia. jika kita berbuat dosa kepada Allah,, sekurang-kurangnya kita tahu Allah pasti ampunkan jika benar-benar ingin bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga nyawa ditarik sehingga ke kerongkong.. tapi bagaimana pula dengan manusia?? ada manusia yang mudah memaafkan, dan tak kurang juga ramai yang sangat sukar untuk memaafkan.. golongan yang sukar memaafkan inilah yang bahaya ! orang yang tidak suka memaafkan ini selalu terjebak dalam beberapa sifat mazmumah contohnya hasad dengki, dendam dan berlakulah fitnah memfitnah. bahaya kan? sebab tak suka memaafkan, lagi bertambah banyak kesalahan yang dibuat.. oleh sebab itu, walau sebesar mana pun kesalahan orang kepada kita,, berusahalah untuk memaafkan.. jika tak mampu,, renungilah sirah ketika hayat rasulullah.. bagaimana Rasulullah yang sangat pemaaf sehingga sanggup memaafkan orang yang telah membunuh ramai sahabatnya, menghinanya, menyakitinya, dan disebabkan itu juga ramai orang memeluk islam kerana keindahan akhlak baginda yang sangat pemaaf...



~memberikan kemaafan kepada mereka yang menyakiti diri kita merupakan sunnah nabi, bukankah Rasulullah itu pemaaf orangnya?

"Andai di dalam hatimu ada rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah saw,jadikan sifat pemaaf sebagai sebahagian dari dirimu sahabat (^_______^)"


jadi, marilah berlapang dada, bersedia memaafkan kesalahan orang, nescaya orang juga akan mudah memaafkan kita. banyakkan berdoa semoga hati-hati kita ini lembut, mudah memaafkan.. sedangkan nabi pun ampunkan umatnya, inikan pula kita? 

MARI BERSIFAT PEMAAF ! ^____*




Thursday 25 October 2012

manisnya ukhwah kerana Allah !!!


insyaAllah,,pada post kali ini masih lagi berkisarkan mengenai SAHABAT !

Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Ana yakin, anda pun tahu. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.

Ana juga mengimpikannya dan ingin merasainya. Manisnya saat berukhuwah. Berukhuwah dengan ibubapa, abang dan adik, jiran tetangga, sahabat, rakan sekolah, guru, dan masyarakat kerana-Nya. Tapi saat ini, kita belajar di alam IPT. Maka itu, kecenderungan hubungan ukhuwah kita hanya kepada rakan-rakan atau sahabat. Berjuang bersama-sama mencapai cita-cita dijalan-Nya. 'Cemerlang Akademik dan Cemerlang Dakwah.'
umpama menambah perasa dalam masakan,,begitu jualah kita perlu menambah perasa dalam sebuah UKHWAH ! perasa yang macam mana tu?? jom ikutinya di bawah :~~~~
Dalam membina persahabatan, terdapat beberapa tip menjadi sahabat sejati dan mendapatkan sahabat sejati. Bukan main hentam saja. Sebab itulah ada sesetengah kawan kecewa dalam persahabatan. Kecewa seperti putus cinta dan ditinggalkan kekasih. Seakan-akan kawan sedia ada tidak wujud baginya kerana sahabat yang disayanginya pergi meninggalkannya.

ana tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri kita. Maka itu, kita mesti ada resepi-resepi untuk membina persahabatan. Antaranya ialah;

-Bersahabat kerana Allah SWT.
Dalam persahabatan kita perlu ikhlas. Ikhlas ini hadir apabila niat dan hati kita bersih. Bersih daripada perkara-perkara yang Allah SWT tidak redha. Bersahabat kerana Allah SWT bukan kerana harta, kepintaran, keturunan, nafsu syahwat, pengaruh, kuasa dan sebagainya. Kita bersahabat untuk mendapatkan pahala daripada Allah SWT bukannya mengharapkan kebaikan kita dibalas oleh sahabat kita.

-Bersahabat perlu berlapang dada.
Sahabat adalah orang yang sangat rapat dengan kita. Boleh dikatakan aktiviti harian kita diketahuinya. Kekadang kita banyak persamaan dengannya seperti makanan dan minuman kegemaran, sukan, hobi dan prinsip hidup.
Oleh itu, hati kita mudah tersentuh dan terguris apabila sahabat kita berubah perilaku dan berkasar bahasa dengan kita. Jadi, cara untuk mengatasi masalah hati ini agar tidak terkecewa dan persahabatan terus berkekalan ialah berlapang dadalah. Cubalah untuk memahami. Berdoalah kepada Allah SWT agar persahabatan itu berkekalan.

-Mampu beritsar dalam persahabatan.
Itsar merupakan peringkat Ukhuwah (persahabatan) yang tertinggi. Itsar bermaksud melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Mampu tak! ana yakin kita mampu buat. Paling penting teruskan pergantungan kepada Allah SWT dan berusaha mencapai ke arah itu.
Ini pernah dibuktikan oleh kaum Ansar dengan kaum Muhajirin semasa peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
Bagaimana dengan diri kita?
Mampukah?
Terserah kepada diri masing-masing. Sekiranya bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Tidak mustahil anda akan mendapatkannya.

-Wujud kefahaman yang sama berkenaan makna persahabatan.
Ada juga antara kita masih kurang memahami erti persahabatan. Ada juga memahami erti persahabatan tetapi kefahamannya hanya untuk dirinya. Manakala sahabatnya pula tidak memahami erti persahabatan. Pendek kata 'bertepuk sebelah tangan, tidak  mungkin berbunyi.'
Kita sudah berbaik dengannya, tetapi dia tidak menghiraukan kita. Kekadang, kehadiran kita tiada erti baginya.
Sekiranya kita berhadapan situasi ini. Ana sarankan jangan cepat menghukum dan berputus asa. Kemudian nekad tidak mahu mencari sahabat. Jangan begitu kawan.
Mungkin dia tidak faham maksud kita bersahabat dengannya atau dia tidak tahu apa erti persahabatan dalam kehidupan.
Jadi, peranan kita yang tahu erti persahabatan, fahamkan apa itu persahabatan. Kenapa perlu ada sahabat. Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan seperti hadiahkan buku berkenaan kisah persahabatan, ajak makan bersama, beriktikaf bersama, dan jalan-jalan bersama. InsyaAllah, sekiranya perkara tersebut dilakukakan hanya mencari keredhaan Allah SWT. Tidak mustahil anda akan bahagia dan tenang bersama sahabat anda.
Begitu juga dengan mereka yang tidak faham erti persahabatan. Jangan duduk diam. Berusaha dan korbankan sedikit masa membaca buku dan artikel berkenaan persahabatan. Aktif bertanya jika perlu.
InsyaAllah anda akan menemui nilai persahabatan.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."
(Surah ali Imran ayat 103)

Selamat Mencuba!

Doaku, buatmu sahabat


Ya Allah jernihkan niatku.

Ya Allah, aku insan yang lemah memerlukan pertolongan makhluk setelah memohon dengan-Mu.
Ya Allah, kini aku berada jauh daripada keluarga tercinta.
Aku hanya berharap perhatian dari-Mu.
Namun, aku inginkan teman sebagai sahabat.
Saat aku diberjauhan dengan keluarga tercinta,
Aku ingin berdamping dengannya, agar aku kuat menghadapi dugaan dijalan-Mu.
Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang tidak sempurna dan serba kekurangan.
Maka itu,Ya Allah, Hadirkanlah seorang sahabat yang soleh untukku.
Seorang sahabat sebagai pelengkap akan kekuranganku.
Amien Ya Rabbal 'alamin.

Bersahabatlah kerana Allah SWT, kerana Allah SWT pemilik sekalian makhluk. Dialah yang menemukan kita dengan sahabat sejati kita.

Itulah hakikat seorang sahabat. Susah senang setia bersama. Berasa tenang ketika bersama. Berasa kekurangan ketika terpisah. Semua itu terjadi jika bahan binaannya adalah iman. Apabila ikatan ukhuwah atas dasar iman.

Bersahabatlah semata-mata mencari redha Allah SWT. Tidak lebih dari itu! Nescaya Allah SWT akan menenangkan jiwamu. Meneguhkan kedudukanmu. Merapatkan saf atau barisan dakwahmu agar tercapai impianmu iaitu mati syahid dijalan-Nya.

Monday 22 October 2012

antara 'DUA' cinta...mana satu yang bertakhta di hati ??


Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”.Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya. Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu. Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya sahaja ketika itu. “Dahaganya hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’, hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu lagi cinta Daniel. Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai waktu boleh diundur Ya Allah..”.
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS, bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar dan kadangkala memberi pendapat kepada ‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’ tetapi saling menasihati dalam agama islam. ‘Couple islamik’ kata orang. Lebih sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna akan terjatuh dalam perangkapnya. “setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada rakannya yang ber’couple’. Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang arif perlulah memberi kesedaran kepada yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata. Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan ‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita.. Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’ segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas, gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur. Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah. Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu mencintai Penciptanya. Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya. Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal. Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..” dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya. “ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”. Husna bersujud di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah, izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih padaMu Ya Allah. Amin.
p/s : antara dua,,, manakah pilihan anda?? tepuk dada tanyalah iman... 
moga kita sentiasa memilih untuk mencintai Dia dalam apa jua keadaan  :)
jom sama-sama cari cinta Allah wahai sahabat-sahabatku sayang !!! ^_^

Friday 19 October 2012

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan 


Bagaikan terdengar bisikan rindu 

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu 

Menyalakan obor pengharapan 


Tika ku kealpaan 

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan

 Saat ku kehilangan keyakinan 

Kau nyalakan harapan 

Saat ku meragukan keampunan Tuhan 

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 


Menitis airmataku keharuan 

Kepada sebuah pertemuan 

Kehadiranmu mendamaikan 

Hati yang dahulu keresahan 


Cinta yang semakin kesamaran 

Kau gilap cahaya kebahagiaan 

Tulus keikhlasan menjadi ikatan 

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

 

Titisan air mata menyubur cinta 

Dan rindu pun berbunga 

Mekar tidak pernah layu 

Damainya hati Yang dulu resah keliru 

Cintaku takkan pudar diuji dugaan 

Mengharum dalam harapan 

Moga kan kesampaian kepada Tuhan 

Lantaran diri hamba kerdil dan hina 



Syukur sungguh di hati ini 

Dikurniakan teman sejati 

Menunjuk jalan dekati-Nya 

Tika diri dalam kebuntuan 


Betapa aku menghargai 

Kejujuran yang kau beri 

Mengajarku mengenal erti 

Cinta hakiki yang abadi 


Tiada yang menjadi impian 

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 

Yang terbias pada ketulusan 

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman


CORETAN UNTUKMU SAHABAT

bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah,,Allah masih memberikanku kesempatan untuk menikmati nikmat Iman dan Islam pada awal pagi ini.. dingin,,nyaman,,terasa amat mendamaikan dan menenangkan jiwa..tambahan lagi baru lepas hujan..Nikmatnya !!! syukur ya Allah..

mulai hari ini, tamatlah sudah sem 1 ana di asasi UIA ni.. final exam sudah ana hadapi dengan penuh usaha,seiring dengan doa dan tawakal kepadaNya.. moga natijahnya kheir2 sahaja..insyaAllah..


di sini,, ana ingin coretkan serba sedikit cerita suka dan duka, gembira dan sedih, tawa dan tangis antara ana dengan sahabat-sahabat tersayang.. nak mula dengan yang mana dulu ya?? 

mestilah ana mulakan dengan roommate dulu sebab merekalah antara insan yang pertama ana kenal.. ketika tubuh kerdilku ini berdiri di hadapan mahallah aisyah, ana menarik nafas panjang.. begitu 'unik' mahallah aisyah ni ye.. tapi,,tak apalah, ana sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.. lalu ana melangkah jua masuk ke dalam bangunan mahallah aisyah.. secara zahirnya memang mahallah aisyah ni tak setanding dengan mahallah lain yang lebih terserlah kemodenannya tapi jauh dasar hati ana ada keistimewaan yang tersimpan di dalam bangunan 'unik' ni.. lalu, setapak demi setapak kudaki anak tangga,,alhamdulillah dapat level 2.. mataku mula melilau mencari di manakah bilik 207.. akhirnya, dalam keadaan teruja ana sudah berdiri di hadapan bilik 207.. pintu bilik diketuk,,salam diberi.. seorang sahabat menguak pintu..sayup-sayup ana dengar ada satu suara jerit 'pakai tudung semua,ada lelaki'..lelaki itu adalah abang ana yang tolong mengangkat barang-barang berat.. abang mula menjauhkan diri,,berada si sebalik pintu.. kemudian, mataku kembali fokus memandang wajah-wajah baru dihadapanku kini.. dengan lafaz bismillah ana melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan 8 orang.. ramainya !! kufikirkan dalam 4 orang je.. emm,, takpelah dulu kat asrama sampai 20 orang pun takde masalah.. barang-barang yang sangat banyak tu kususun di tepi katil dahulu.. selepas bersalaman dengan ahli roommate,, ana turun untuk mengiringi pemergian mak dan ayah.. kolam air mataku ini bergenang.. menanti saat untuk tumpah tapi sedaya upaya kutahan.. ana tak mahu tengok mak ayah ana sedih jugak.. ana cuba ukirkan senyuman paling manis buat 2 buah hatiku ini.. tak lama kemudian kereta ayah meluncur pergi.. saat itu jua kaki ini melangkah semula ke bilik untuk mengemas barang-barang.. 

sayang mak dan ayah .. insan yang banyak berjasa dalam hidupku

selama seminggu ana telah menjalani taaruf week.. ketika itulah ana ambil masa mengenali sahabat-sahabat baru yang sebilik, satu kos dan semua warga mahallah aisyah.. haa,, tak lupa juga kepada kakak comitte yang sporting, baik dan macam-macam lagi lah.. semua terBAIKKK !!!! 

berbalik semula kepada kisah roommate..alhamdulillah sehingga ke hari ini ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat sejati.. kami ibarat sebuah keluarga, ada mak (hazwani jamal), kaklong (mizah) dan seterusnya.. mereka inilah yang telah menceriakan hari-hariku..

sebelah kiri: azura,shahirah,hamizah,hazwani & sebelah kanan: ena,shaliza,khalidah,puteri

SHAHIRAH,, mula-mula nampak macam serius tapi bila dah kenal hati dia,, rupa-rupanya agak childish.. suka spongebob,, dengar lagu balada,, dan yang paling penting,, kami sekepala iaitu kami gila bola dan tak layan korea.. banyak persamaan antara kami sampai tak dapat nak disenaraikan.. mungkin disebabkan itu kami agak rapat.. shahirah ni kos nursing tapi dia sendiri tak tau kenapa ambil kos nursing.. katanya nak buka syarikat minyak ala-ala petronas satu hari nanti.. inysaAllah mudah-mudahan sebab rezeki Allah datang tanpa dapat disangka arahnya..  antara sahabat yang selalu mendengar luahan hati ana, mendengar cerita ana bila balik usrah,, ana akan kongsikan dengannya.. moga ingat lagi dan bermanfaat !! maklumlah orang rajin baca buku ni..:) insan ini jualah yang selalu mengambil berat terutamanya ketika ana demam.. jelas terpancar kasih sayang seorang sahabat.. 

PUTERI,, dari kos engineer tukar ICT.. seorang yang berpewatakan lembut, selalu menjadi penyelamat bila di'appoint' jadi imamah.. maafkan saya.. kadangkala perasaan gementar jadi imamah ni membuatkan diri ini tak mampu nak melangkah ke tikar sejadah imamah.. tiba-tiba jadi parkinson sekejap tapi taklah teruk sangat.. :D bila waktu subuh rajin kejut.. antara insan yang selalu juga memotivasikan diri ana especially buku.. bila tengok dia baca buku,, hati ini mula melompat-lompat nak baca jugak.. akhirnya,, novel SUAMI AKU USTAZ dan SULTAN MUHAMMAD AL FATEH telah ana beli.. setiap kali ke midvalley,, tak sah kalau tak singgah MPH.. ada je buku yang nak beli.. itulah kami !! :)

KHALIDAH,, maaf ye ida ana guna nama penuh walaupun rasa macam something wrong je dengan panggilan tu..hehe.. idalah orang pertama yang ana kenal.. ingat lagi time kita jumpa di AMF untuk register.. tukar-tukar nombor telefon (maklumlah teruja jumpa orang satu kos) .. ingat jumpa kat situ je rupa-rupanya kita ditakdirkan sebilik.. wahh !! menambahkan keterujaanku.. time taaruf week asyik jalan dengan ida je sebab ana tak biasa dengan orang yang tak kenal.. di situlah ana mula mengenali sahabat-sahabat yang kos bar.. boleh tahan ramai juga yang ambil BAR.. alhamdulillah,, kami pemegang panji Islam.. nak mengenali ISLAM,, orang akan cari kita untuk memahaminya.. subhanAllah.. lagi satu,, ida seorang yang sangat suka keluar jalan-jalan.. hampir setiap minggu bayangnya mesti tak wujud.. kemana lagi kalau bukan rumah abang atau kakak atau balik muar.. antara tiga tu lah.. :)

HAMIZAH,, kos engineer.. digelar 'kaklong' dalam kalangan kami sebab mungkin dia agak matured kot.. hehe.. orang kedah, gaya loghatnya selalu dilakonkan semula oleh syahirah tapi tak berapa nak jadi..:) hehe.. tapi dia tetap bersabar.. emm.. suka hindustan dan dia jugak sangat suka berlakon.. pernah satu hari ni dia berlakon jadi watak mak si shahirah.. mantap ! boleh masuk rancangan pilih kasih dah.. jadi penceria suasana..

HAZWANI,, makkk !!! panggilan mak tu dekat bilik je,, kat rumah tu emak sejati dunia akhirat.. digelar mak sebab agak lebih tua berbanding kami yang agak muda ni..takdelah ana gurau je.. jangan marah mak.. kos nursing.. seorang yang sangat concerned time ana tak sihat.. memanglah sebab dia kan mak ! hehe.. selalu buatkan kami air time sarapan dan kadang-kadang malam.. rajin sangat ke kedai kak yah sebab dia memang ada share dengan pemilik AC shop tu.. :)  gurau-gurau.. 
 
AZURA,, kos engineer.. tapi semenjak puasa tempoh hari tahap kesihatannya tak menentu.. masalah gastrik yang agak teruk.. risau kami dibuatnya.. makan muntah, tak makan pun muntah.. masa 1st time dia cakap sakit perut,, hantar pergi ppum naik ambulans.. tapi,, tiap kali gastriknya datang,, kami tak mampu nak buat apa dah.. ada la satu kisah ni seseorang tu bersungguh-sungguh doakan kesihatannya.. yang tahu mula-mula ana dengan mizah tapi dah tersebar kot rasanya.. tak perlu dimentionkan siapa dia,, dia segan ! azura berasal dari selangor,,boleh tahan juga selalu balik.. untunglah dekat kan ! emmm...

SHALIZA,, orang ganu.. senyum sokmo ! kos nursing.. tak berapa nak banyak cakap tapi bila cakap boleh tahan ! dengan loghat ganu, apa pong boleh.. suka tengok running man,, lepas tu mulalah gelak sorang-sorang.. alhamdulillah setakat ni ana tak tersangkut lagi dengan korea.. dalam bilik ni yang tak layan korea cuma ana dan shahirah.. tak tau kenapa.. walau apapun,, ana banyak belajar bahasa ganu dengan dia.. boleh ghoyak sikit kang hokkk !!! :) hehe

makan-makan di the chicken rice shop ! bukan sekadar nasi ayam ~~


oh ya ! sebelum terlupa insan ini turut bermakna dalam hidup ana.. bilikmu bilikku jua.. bila rasa bosan, bilik merekalah ana tuju.. berbual-bual.. tumpang tidur..
sangat ambil berat,, itulah dia wan syafiqah ore kelate dan athirah oghang peghok.. :)
mereka sebahagian daripada keluarga bilik kami..
kiri athirah & kanan syafiqah

itulah serba sedikit cerita mengenai roommate ana.. hakikatnya banyak perkara yang ana tak tau pasal mereka.. memandangkan masing-masing akan bercuti panjang, rasa hati ni sangat berat nak berpisah.. sejujurnya antunna semua pelangi dalam hidup ana.. ana takkan pernah lupakan memori terindah sepanjang sem 1 ni.. di musolla,, kita solat berjemaah sampaikan jadi kebiasaan,, bila takde salah seorang tak lengkap rasanya.. di cafe kita selalu makan sama-sama.. selalu main di court sama-sama walaupun tak berapa nak terer main badminton.. dan selalu jugak kita keluar jalan sama-sama especially midvalley.. semua kenangan ni takkan pernah luput dari ingatan ana.. jadi,, ana nak mohon maaf atas kekhilafan diri ini.. ana terlalu banyak kelemahan dan banyak sangat buat salah dengan antunna semua.. mana tahu jika ini adalah pertemuan terakhir buat kita,, ana mohon halalkan semuanya.. kadang-kadang ana tak perasan tersalah ambil barang kepunyaan antunna,,terguna ke.. kesalahan dengan manusia kena minta maaf dengan manusia.. dan ana tak lupa juga nak mengucapkan terima kasih sangat-sangat atas kebaikan antunna.. sanggup jaga ana time demam,, caring n semualah.. ana gembira dipertemukan dengan antunna.. alhamdulillah ! hanya Allah sahaja yang mampu membalas..jazakunnallahu khair :)


saat kisah ini dicoretkan,, antunna semua sedang enak dibuai mimpi.. ana tak tidur sebab nak tinggalkan sesuatu pasal KITA.. sudi-sudilah baca dan apa yang terkurang atau terlebih tu ana mohon maaf sekali lagi..

terimalah ini sebagai ingatan tulus ikhlas dari ana :)
moga kita bertemu di sem 2 dan sem 3..
SAHABAT FILLAH <3 ~~~















Thursday 18 October 2012

salam perkenalan

Assalamualaikum warahmatullah.....


alhamdulillah,,,akhirnya, akhirnya, akhirnya dan akhirnya berjaya juga buat satu blog yang sangat simple..walaupun simple,,insyaAllah padat dengan informasi dan thaqafah yang bermanfaat...ana cuba..


keinginan nak meng'create' blog ini sudah lama,, sejak zaman sekolah lagi tapi sekarang baru berkesempatan memandangkan rutin sebagai mahasiswa muslim yang agak busy membantutkan sedikit naluri itu.. jadi, sekarang ana ingin memulakan sesi taaruf memandangkan ia amat penting bagi individu yang baru nak memulakan persaudaraan.. tak kenal maka tak .... ??? apa?? cinta?? salah tu.. tak kenal maka taaruf ! :)


nama ana simple2 saja..ena binti ab manaf..sekarang semakin hampir untuk mencapai umur 18 tahun,,insyaAllah pada 29 disember nanti..berasal dari jelebu,negeri sembilan..memiliki 5 orang adik beradik, 2 kakak dan 2 abang,, dan ana merupakan anak bongsu..kesemuanya sudah mendirikan rumah tangga kecuali ana..nak tahu kenapa?? jarak antara ana dengan kakak yang nombor 4 means, atas ana tu 13 tahun..alhamdulillah,,dah dapat pangkat mak usu kepada 6 orang anak saudara yang comel-comel..insyaAllah bakal menjadi tujuh tahun depan..:D sekarang bergelar pelajar jurusan bahasa arab di pusat asasi uia selama setahun setengah lebih kurang,,dan insyaAllah akan ke main kampus di gombak.. cita-cita?? emm,, dalam perancangan nak jadi pensyarah/guru atau penterjemah.. biiznillah ~~~


cukuplah sekadar itu sahaja taarufnya untuk tatapan anda semua.. besar harapan ana untuk menggunakan medium ini dengan sebaiknya..baru-baru ini ana amat terkesan dengan kata-kata seorang ukhti,, katanya "walau di mana kamu berada,,tegakkanlah ISLAM".. Allahuakbar !! hinggakan tiap waktu kata-kata ini bergema bukan setakat di telinga sahaja tapi di hati.. sejak tu ana mula terfikir,,merenung sejenak, apakah sepanjang kehidupanku ini hanya tahu belajar,tidur,bangun,kahwin,mati tanpa ana tinggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk manusia? JOM !! sama-sama kita mengimarahkan medium ini dengan mengekspresikan bicara kata Ilahi..MARI sumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada ummah walaupun sikit..INGAT,,man qola LAILAHAILLALLAH fahua DAIE.. AYUH para duat  sekalian ! jadilah seorang muslim yang luar biasa...berMUJAHADAHLAH kerana Allah,,Allah pasti akan membantu..wa kafa billahi wakila wakafa billahi nasiro....


sekian,ku hulurkan salam ukhwah,moga anda menyambutnya kerana Allah..


syukran :)




Kalau ada Jarum yang Patah, Jangan disimpan di dalam Peti…


Antara kita pasti pernah merasa wujudnya dendam dalam diri. Apabila berbicara soal dendam, setiap daripada kita pasti punyai alasan yang tersendiri kenapa perlu dendam itu melekat di dalam hati.
Baiklah, kali ini saya ingin berbicara soal dendam.. somehow, perkataan ini sering berlegar-legar di dalam fikiran dan hati saya sejak akhir-akhir ini. Kenapa ya? Mungkin pengalaman-pengalaman yang dikutip samaada pengalaman orang lain mahupun pengalaman diri sendiri mempengaruhi mood, cara berfikir dan emosi saya.
Mari kita selami apa erti dendam yang sebenarnya. Saya kira, semua sudah sedia maklum bagaimana rasanya memiliki perasaan dendam itu. Tapi, apa kata kita cuba mendalami erti dendam dari segi definisi pula. Dendam mempunyai dua definisi yang berbeza. Definisi yang positif ialah;
dendam berahi perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang
dan definisi yang negatif;
dendam hati keinginan (perasaan) hendak membalas kejahatan
Aneh bukan, satu perkataan yang sama punyai erti yang sangat bertentangan. Satu pengertian membawa ke arah keharmonian dan kebahagiaan dan satu pengertian membawa kepada penderitaan hati yang tiada penghujung!.
Dalam hidup kita pastinya berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan dendam itu wujud dengan sendirinya. Suka atau tidak, ia bukanlah pilihan kita. Sudah pasti tindakan dan persepsi kita selepas peristiwa tersebut akan sentiasa berkaitan dengan dendam tersebut. Oh ya, dendam yang ingin saya perhalusi pada kali ini ialah dendam dari perspektif yang negatif. Kenapa? Kerana ia banyak memberi kesan yang negatif dalam hidup kita.
Saya punyai seorang sahabat. Jalan kehidupannya bukanlah mudah. Penuh ranjau dan duri. Hinggakan saya sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan saya lakukan sekiranya saya berada di tempatnya. Ujian kehidupan yang diberikan-Nya kepada sahabat saya, pada saya terlalu sukar. Ujian yang bagaimana; biarlah rahsia. Tetapi, sudah tentu kita tidak dapat menanggung perasaan dendam apabila kepercayaan yang kita berikan dikhianati dan kebaikan kita diambil kesempatan. Malah lebih dari itu, pendirian dan prinsip kita tidak dihormati. Terasa maruah diri dipijak-pijak. Sudah pasti kita tidak akan terlepas dari menyimpan perasaan dendam yang menggunung itu.
Tapi, mungkin kita tidak sedar, dengan wujudnya perasaan dendam itu, kita tidak mungkin akan bebas dari kenangan-kenangan silam yang terlalu pahit untuk ditelan. Sampai bila-bila kepahitan itu akan sentiasa berada di dalam mulut kita. Tidak mahu kita telan dan tidak pula mahu kita luahkan. Terasa seolah-olah diri hidup dalam sengsara. Perasaan dan fikiran mula diasak dengan pertanyaan, “kenapa aku perlu hadapi perasaan yang tidak enak seperti ini? Aku ingin sekali bebas dari perkara yang ‘remeh’ macam ni.. tapi kenapa ia datang mengganggu hidup aku lagi?”
Ya, ingin sekali membebaskan diri daripada belenggu kenangan silam yang terlalu pahit untuk ditelan dan meneruskan hidup yang lebih gemilang. Sudah bertahun lamanya dibelenggu perasaan ini. Terasa seolah-olah tiada peluang dan harapan untuk mengecapi kegemilangan dalam kehidupan. Perasankah kita kenapa kita seolah-olah tak boleh nak move on?
Ya.. kerana kita berdendam.. kita sentiasa menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan kita untuk meneruskan kehidupan dengan gembira. “Ni semua dia punya pasal la.. kalau dia tak kacau aku, takde la aku jadi macam ni” atau; “kenapa la dia ni macam tak boleh tengok aku senang je, apa yang aku buat, dia nak buat.. macam nak sabotaj aku je, huh!” Ohhh.. sungguh ironi sekali, jelas di situ kita yang berprasangka (walaupun mungkin apa yang kita sangkakan itu adalah tepat 100%) apa salahnya kita bersangka baik dengan orang lain. Mungkin mereka tidak sengaja menyakiti kita (walaupun sebenarnya memang mereka sengaja). Bukankah memberi kemaafan itu lebih baik daripada terus berdendam dengan kesilapan orang lain terhadap kita.  Memaafkan bukanlah sesuatu yang senang. Mulut berkata; “aku maafkan kau” tapi sebenarnya dalam hati, masih tersimpan sekelumit dendam itu. Akhirnya, kita sendiri yang binasa akibat tidak mampu untuk meninggalkan sejarah silam. Sedangkan mereka yang membuat onar itu hidup dengan bebas gembira. Ahhh.. sungguh, bukan senang untuk memaafkan..
Firman-Nya:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran: 133-134)
“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah Asy-Syura: 40)
Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy)
Daripada ayat-ayat dan hadis di atas, dapat kita ambil pengajarannya bahawa sesungguhnya memberi kemaafan itu lebih utama daripada terus menyimpan dendam marah di atas kesilapan orang lain. Anggaplah kesilapan-kesilapan mereka terhadap kita itu sebagai pengajaran dan mungkin sebagai kifarah di atas segala kesilapan kita juga. Sentiasa ingat; kita tidak punyai apa-apa keuntungan pun selagi kita terus menyimpan rasa dendam itu. Bahkan ia menjadi satu liabiliti yang terbesar dalam diri. Ya, bukan senang untuk memadamkan luka di dalam hati. Bukan senang untuk melupakan kepedihan yang dialami. Tetapi, hati tanpa sebuah dendam lebih menjanjikan kecemerlangan dalam kehidupan. Sudah pasti kehidupan yang terasa disia-siakan selama bertahun-tahun ini tidak terus menjadi sia-sia.
Sukar sekali menjatuhkan ego dalam diri; terasa seolah-olah maruah diri diperkotak-katikkan. Tetapi, sebenarnya kita yang memperkotak-katikkan diri kita kerana bergantung kepada orang lain untuk mengubah hidup kita. Orang lain merupakan faktor luaran yang sudah tentu kita boleh abaikan andainya kita mahu.
“Manusia mampu berubah demi orang yang mereka cintai. Tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita mampu untuk berubah kerana tekad dalam hati kita yang mendambakan sebuah perubahan. Semuanya kerana diri kita sendiri bukan orang lain.”
(dipetik dari sini)
Dari itu, maafkanlah.. lupakanlah.. dan mulakanlah langkah yang pertama untuk menjadi seorang insan yang lebih cemerlang di dunia dan pastinya cemerlang di akhirat. Kenangan semalam, simpanlah ia di dalam lipatan.. simpanlah ia di dalam safety box, kuncinya buang ke laut. Jadikanlah ia satu pengajaran agar kita tidak lagi tergelincir dan tersasar apabila menghadapi situasi yang hampir sama pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya pengalaman itu mengajar kita erti hidup; melatih kita untuk bersedia menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi di masa akan datang.
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.
Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang..
Buanglah dendam itu, insya Allah kebahagiaan dan kejayaan pasti menyusul. Insya Allah, pintu kecemerlangan dan kegemilangan itu pasti akan terbuka akhirnya, andainya kita sanggup melangkah keluar daripada pintu dendam kenangan silam. Kerana kita yang menentukan hidup kita gembira ataupun tidak. Bukanlah dengan kehadiran halangan-halangan yang berbentuk manusia dan perbuatan mereka itu penghalang kita daripada mengecapi kebahagiaan. Bergantung haraplah kepada Allah, nescaya kita tidak akan kecewa selamanya. Insya Allah..
Maafkanlah dan lupakanlah kesilapan dan kesalahan orang lain kepada kita tetapi sentiasalah kenang jasa dan budi baik orang lain terhadap kita. Sesungguhnya hidup saling menghargai sesama manusia akan melahirkan tunas keharmonian kehidupan bermasyarakat. Namun, tiada siapa yang pernah dan akan sempurna dalam dunia ini. Kerana dengan ketidaksempurnaan dan kesilapan manusia itu merupakan bukti tandanya kesempurnaan ciptaan Allah S.W.T. Semoga tiada lagi dendam yang menyelubungi diri, kerana kita juga seorang manusia yang tidak pernah akan terlepas dari melakukan kesilapan kepada manusia yang lain juga. Sekiranya kita tidak dapat memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita serta melupuskan dendam yang tersimpan, maka janganlah terasa apabila orang lain juga tidak mampu untuk memafkan dan berdendam dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan terhadap mereka. Because we always get back what we give to others.
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam redha dan rahmat-Nya.. amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...