Pages


Ads 468x60px

Monday 2 December 2013

catatan HATI




*hujan lebat membasahi bumi.. tiada hentinya.. tubuhku dingin kesejukan ditampar angin bayu pagi*

fikiran terus menerawang.. teringat memori semalam.. bagaikan mimpi.. ya! umpama mimpi aku kembali semula ke sana.. ke satu tempat yang tersimpan seribu satu cerita antara aku dan dia..

hati yang keresahan saat berjauhan, kini sudah mulai tenang setelah pergi menemuinya.. rindu yang bersarang kini sudah mula terubat setelah mendengar suara dan tawanya..

mengapa aku sayang? *maaf* tiada jawapan yang mampu dituturkan.. namun ketahuilah bahawa bukan semata-mata kebaikan dan kepandaian yang ku cari tapi sebuah HATI yang tulus menyayangi diri..

ku ingin kau tahu
ku ingin kau selalu
dekat denganku setiap hariku

sudahkah kau yakin 
untuk menyayangiku
ku ingin hanya satu untuk selamanya

ku tak melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh sayang kerana hatimu

sayangku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih 
dari apa adanya dirimu
selalu...
sayangku terasa sempurna kerana hatimu
selalu menerima kekuranganku

indah sayangku...oh sungguh indah sayangku!


*diuji* satu hari itu, tersentak seketika bila dipersoalkan tentang isu "HEBAT"!! _aku tak sehebat kau_
Allah ya Rabbi.. sedangkan perasaanku jauh mengatakan dia lebih hebat.. sedangkan Allah telah mengangkat darjatnya berada dalam golongan terpilih iaitu dunia Angry Birds, lalu diberikan lagi amanah besar untuk berkhidmat dalam T**RIN! sedangkan aku? aku tak seperti dirimu.. aku cuma terlibat di bahagian kecil sahaja.. Allah ingin memuliakanmu.. kita tak dapat mengagak siapa lebih hebat, itu cuma Allah saje yang tahu.. baik buruk seseorang dinilai dari sudut berbeza oleh Allah.. who knows??

biarlah.........

ku tahu kau mampu.......

untuk jadi seorang yang luar biasa.....

satu hari nanti..........


*arghhh! sakitt!*
Jojo tersentak setelah menulis sesuatu di blog buruknya.. ada sesuatu terasa semakin mencucuk di dada.. Jojo melekapkan tangannya ke dada sebelah kiri.. denyutan jantung semakin laju, hembusan nafas semakin pantas..

terlintas di benak Jojo, adakah begini pengakhiranku? *tersenyum*

terus wajah Jaja terlayar di ruang mata.. tiba-tiba dapat jawapan mengapa Allah menjadikan daya ingatanmu terhadap seseorang agak kurang Jaja.. lebih-lebih lagi diriku, wajahku yang semakin kabur ditiup kabus awan mendung di hatimu sehingga membuatkan kau tak mampu nak ingat sangat wajahku.. sekurang-kurangnya bila satu hari nanti aku harus pergi, kau tak kan ingat dan kau akan mudah melupakan aku.. ya itu hikmahnya!

:: aku tak tahu sampai bila aku mampu terus bertahan begini ::
Jojo

kegembiraan semakin terbit di hatiku.. di saat aku melangkah pergi, dia semakin sembuh.. alhamdulillah seinfiniti syukurku padaMu ya Allah.. pengalaman menjaganya, berada di setiap detik sakitnya, membuatkan aku puas dapat memberikan sesuatu pada dirinya..

aku takkan kembali selagi dia tak sembuh.. itu janjiku.. satu penangguhan yang begitu lama.. masa subsidi untuk menumpang di bilik kecil itu.. semuanya bagaikan mimpi.. satu mimpi yang sangat indah..

demi Jaja, Jojo sanggup buat apa sahaja.. kasih sayang Jojo tak mampu ditebus walau dengan apa pun di dunia ini.. kerana sayang pada Jaja, Jojo hilangkan rajuknya, hapuskan marahnya tetapi hari demi hari yang dilewatinya, Jojo berusaha untuk menebalkan rasa sayang pada Jaja.. kekalkan rasa ini ya Allah

*arghh! sakitt!*
sekali lagi dada Jojo bagaikan dicucuk-cucuk.. apakah ini??

Jaja...

aku sayang kau...

kerana Allah...

semoga kita bersama lagi di syurga...

in shaa Allah

ayat terakhir dihabiskan..

*sebelum mata rapat terpejam*

_catatan hati Jojo_


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...