Pages


Ads 468x60px

Monday 2 December 2013

::sakit JANTUNG::

::Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1::



jom kita kenali tanda-tanda sakit jantung.. 

1. Sakit dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut TDAK SERIUS, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 MINIT hingga 10 MINIT. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa MELAKUKAN AKTIVITI mahupun BEREHAT. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
"Jika anda merasakan gejala seperti sakit di dada 
seperti merasa tertekan di tengah dada selama 30 saat ke 5 minit,
 maka itu sangat mungkin 
anda mengalami gangguan jantung"

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

2. Sesak nafas

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.

Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

3. Mudah berpeluh

Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

4. Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. 


# ini cuma beberapa petanda sahaja, ada beberapa petanda yang lain lagi.. just copy sikit je sekadar untuk pengetahuan diri saya dan anda semua.. 

AWAS ! pesakit jantung mudah MATI secara mengejut !! the KILLERSSS!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...