Pages

Ads 468x60px

Tuesday, 3 December 2013

saat encik MAUT menjemput!


wahh! banyaknya kereta depan rumah saya hari ni.. sebelum ni tak pernah2 pun..

hemmmm....

Jojo meninjau pula ke dalam rumah.. wah ramainya orang! ada kenduri sape hari ni? mak tak cakap pun..

yang peliknya semua orang buat Jojo seolah2 tak wujud dalam rumah pada hari itu...dah kenapa ya? tiba-tiba masuk seorang lelaki berjubah putih dan berserban sambil membawa tongkat.. mukanya agak kabur pada penglihatan Jojo.. yang pastinya lelaki misteri itu berbual-bual dengan mak ayah.. 

"assalamualaikum.. saya datang ni membawa hajat,," ujar lelaki misteri itu..

"waalaikumussalam.. apa hajat kamu datang ke sini?" balas ayah..

"begini, saya ingin menyunting anak perempuan pakcik yang bernama Jojo tu.. sekiranya encik sudi boleh saya mengahwininya?" 

"emm... boleh tu boleh.. tapi dia setuju ke? dia kenal kamu?"

"kami kenal gitu-gitu je.. tapi saya selalu jumpa dia, tengok apa dia buat setiap hari.. cuma dia tak perasan"

"yeke?"

blablablablabla.............. Jojo semakin tak jelas butir bicara mereka.. siapa lelaki ni??

tapi kenapa muka mak ayah sedih? bukankah lelaki itu ingin berkahwin dengan saya? emm mungkin mereka berat nak lepaskan anak bongsu mereka.. tapi muka lelaki misteri tu pun macam taknak senyum je.. apa sebenarnya dah berlaku? Jojo terus menerus memasang telinga mendengar perbualan mereka..

"boleh saya tahu encik ni sape? tanya ayah.

"saya harap pakcik tak terkejut ye.. sebenarnya saya adalah AJAL yang ingin menjemput anak pakcik pergi menemui Tuhannya"

BBAAAPPP!!! terpana seketika.. apakah benar??

patutlah wajah mak ayah sedih.. patutlah kamar tidurnya tidak dihias indah.. patutlah orang ramai datang hari ini dan tidak menghiraukan kehadirannya..

rupa-rupanya! aku dah mati! terlihat mak membentangkan tilam nipis di ruang tamu.. kain putih sedang digunting mengikut saizku.. bau air mawar semerbak memenuhi ruang tamu.. orang ramai sudah mula duduk bersimpuh dan bersila membacakan surah yasin.. 

ku merenung lagi dengan penuh rasa sayu.. saat kucupan terakhir di wajahku.. ku lihat wajah mak ayah begitu sugul.. kain sapu tangan itu sudah lencun.. ku lihat lagi wajah ahli saudaraku.. sama juga.. ku lihat pula wajah sahabat-sahabatku yang bertandang.. pun sama juga.. andainya dapat aku mengelap air mata mereka dan berkata jangan menangis kerana aku lagi,, tapi apakan daya aku tak mampu nak berbuat apa-apa.. yang ada hanyalah sekujur jasad yang terbujur kaku.. 

suasana semakin hiba.. perlahan-lahan jasadku dimasukkan ke dalam keranda dan terus dibawa masuk ke dalam kereta perkahwinanku iaitu van jenazah.. sekejap lagi aku akan berakad nikah di masjid.. rumah yang kudiami direnung sayu.. selamat tinggal rumah! rumah yang kutinggalkan buat selama-lamanya...




di tanah perkuburan, ya itulah rumah yang akan ku duduk sebelum tibanya hari kiamat.. jauh di perut bumi.. 
ruang yang sempit dan gelap.. dikelilingi tanah dan berdebu.. jasadku dibaringkan dan diletakkan papan di atasku.. suasana terus menjadi gelap.. sayup-sayup kedengaran ku dengar tangisan ahli keluarga dan kaum kerabat begitu juga dengan sahabat-sahabatku.. aku tak mampu berbuat apa lagi... mereka menimbusku dengan tanah-tanah.. meninggalkan aku keseorangan di satu tempat yang gelap.. rasa ketakutan menghimpit diri.. bagaimanakah nasibku nanti? apakah taubatku diterima? apakah selama ini Allah meredhaiku? bermacam soalan bertandang.. semakin cuak tatkala menunggu kehadiran malaikat munkar nakir.. ya Allah tolong aku! ampuni aku!!


# persediaan untuk mati.. bersediakah kita? 

bila-bila masa saje kita akan dipanggil oleh Allah.. 

semoga kita diberi husnul khatimah, sebaik-baik kematian..insyaAllah....

Jojo mengaduh sakit, dada kiri diusap perlahan.. ya Allah seandainya hidup itu lebih baik bagiku, maka berilah kehidupan yang kau redha.. jika mati itu lebih baik bagiku, maka matikanlah aku dengan cara baik... ameen ya rabbal alameen....

tarikh semakin hampirr......

_bakal jenazah @ Jojo_



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...