Pages


Ads 468x60px

Tuesday 4 February 2014

biarlah ~

fuhhh....... fuhhhhh!!!!!

dengan lafaz bismillah ku mulakan coretan ini..

bagaimana ya inginku katakan.. bicara suara hatiku ini terlalu banyak tetapi di bibir dia membisu.. desakan demi desakan ku terima untuk meluahkan, tapi aku tak mampu jua untuk menuturkan.. biarlah suara-suara hatiku ini terus membeku di dalamnya, ku tak mahu memberi kesan kepada jiwa sesiapa..

akhirnya di blog buruk ini juga ku cari.. sekian lama sejadah dan pakaian solatku basah dibanjiri butiran air yang tiada nilainya, namun tetap tak mampu menahan kolam air di mataku ini dari terus pecah.. tetap bergenang di saat ku menaip bait-bait suara hati ini..

sekeping hati ini mendambakan satu pengertian.. tapi??siapa yang faham? siapa yang mengerti? ya, itu salahku! aku yang tidak mampu untuk berhadapan dengan semua itu.. bilakah aku boleh kuat hadapi? arghh persoalan yang sukar ku temui penyelesaiannya..

duhai hati!
hiburkanlah diriku ini
sungguh ku rasa sepi
tiadanya lagi di sisi
duniaku tiada lagi seri

duhai hati!
temanilah daku
menyusuri perjalanan yang berliku
menuju ke tempat yang satu
tempat yang akan pertemukan semula dia dan aku

hilangku berganti... pergiku mencari erti.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...