Pages


Ads 468x60px

Wednesday 5 June 2013

Andai Bersamamu

assalamualaikum warahmatullah...

semenjak ni suka pula ana meneroka youtube mencari lagu-lagu baru.. (maklumlah lambat cakna pasal hiburan,, oppsss !! hiburan yng berunsurkan Islam tau ^^) ketika tanganku sedang ligat mengklik itu dan ini,,, terjumpalah lagu ANDAI BERSAMAMU nyanyian Halim Ahmad feat Che An Dusuki ( penasyid favourite ni ! huhu :-) ) 

sebenarnya ana ni mudah jatuh suka kepada suara yang merdu...bila dengar lagu ni,, bukannya lirik yang dihayati dulu,, tapi suara penyayinya yang gemersik merdu tu dulu menyusup dalam hati... ishh3...jangan tiru macam ni ye,, Astaghfirullah !!  sepatutnya hayati dulu mesej yang nak disampaikan,, tapi ni terbalik pulak.. .>_< dah banyak kali dengar barulah ana hayati lirik lagu ni...

dannnnnnnnnnnnn......................

sememangnya ana turut jatuh cinta pada liriknya...subhanAllah ^_^ ... disebabkan itulah teragak ana nak mengepost lirik ni,, bagi sape2 yg tak pernah dengar lagi,, ana galakkan dengar..tak rugi tunggu internet loading lama-lama, memakan gigs broadband n macam lagi.....memang meruntun hati....rasa nak menitis air mata tatkala bait2nya menggamit kerinduan yang tak terhingga pada Rasulullah....



 Waktu menjadi jarak kau dan aku, 
 Tiada kenangan masa di sisimu,
Hinggaku merasa sungguh berduka lara,
 Kerana kita tidak sempat bersama,
Ingin ku tatap wajahmu sepuasnya.

 Bicara ini ku luahkan kepadamu,
 Di kala ini sendu menghimpit kerana rindu,
 Tiada yang dapat ku pulangkan bagi membalas jasamu,
 Hanya selawat ke atasmu.

 Andai dapat bersamamu kekasih,
 Walau sekejap ingin aku menyatakan,
 Bahawa aku sangat merindui kamu.

 Bicara ini ku luahkan kepadamu,
 Di kala ini sendu menghimpit kerana rindu,
 Tiada yang dapat ku pulangkan bagi membalas jasamu,
 Hanya selawat tulus ikhlas kepadamu...

maaf ana tak dapat nak post videonya, ( ada problem) tapi anda semua boleh la klik link di bawah.. 

https://www.youtube.com/watch?v=RIisMd0X_Es

rindu rasulullah tak?? kalau rindu jom kita sama-sama selawat 'sollu ala nabiy' dan cuba untuk amalkan sunnah baginda semaksima mungkin..... TABARAKALLAH ! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...