Pages


Ads 468x60px

Wednesday 21 November 2012

kisah Awan dan Hujan


Hujan,, tolong jangan pergi..... " kata Awan.

" Awan.... ada kalanya melepaskan itu lebih baik. Aku tak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.... " kata Hujan.

" tapi aku masih boleh bertahan.... "  balas Awan.. sedaya upaya Awan pujuk Hujan jangan pergi meninggalkannya.

Hujan tersenyum sambil berkata, " ya, mungkin kau masih mampu. tapi, sampai bila kau akan mampu bertahan ? "

Awan terdiam........

melihatkan keadaan Awan sedih, Hujan cuba memujuk.....

 " aku harus patuh pada perintah Tuhan. dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa berat kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong, menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan 
aku... " pujuk Hujan.

di dada Awan semakin sedih. kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung....

" wahai Awan,,, sungguh kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali... tapi, Allah kan ada? mengapa mahu bersedih ? " kata Hujan pada Awan.... 

Awan sebak menahan sedih....

" pergilah kau Hujan. aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu. hanya demiNya aku redha. terima kasih Hujan. mendengar kata-katamu, membuatkan aku lebih mengenali siapa diriku... " kata Awan.. sebak di dada tidak tertanggung olehnya..

laluuuuu ........

" Allahu rabbbiiiiiiiii..... selamat tinggal wahai Awan. doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain.... Allahuakbar !!!!!!!!!! " jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat.

air mata Awan jatuh tak henti-henti. kerana tersedar lantaran cintanya kepada Hujan melebihi cintanya kepada Allah....

Hujan pun turun bersama air mata. sakit saat melepaskan. tapi Allah lebih tahu segalanya. perasaan ini hanya sementara. mungkin Langit takkan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. tapi belum tentu Langit itu akan faham erti sebuah pengorbanan...

namun, perginya Hujan dari hidup Awan, bukanlah kosong semata-mata. tapi, Hujan hadiahkan sebuah pelangi yang indah. subhanAllah...




Awan, Hujan menghadiahkanmu pelangi. kamu lihat bukan? betapa indahnya sebuah kisah Awan dan Hujan.     

sahabat-sahabatku sayang, kisah ini amat meninggalkan kesan yang mendalam. setiap dari kita pernah bertemu dan berpisah. pertemuan yang telah membuahkan kebahagiaan, mengundang tawa, mendamaikan jiwa. ada insan yang membantu di kala susah dan senang. menyuntik semangat supaya teruskan perjuangan. sentiasa menghadirkan cinta Allah setiap kali bersama, Allahu akbar,, indahnya !!! namun, panas tidak berpanjangan, di saat Allah uji kita dengan takdir sebuah perpisahan, satu ungkapan yang perit untuk dilafazkan, sukar untuk diterima, sudah pasti kita tak rela. kalau boleh, seluruh hidupku ingin dihabiskan bersama-sama sahabat. tapi,, Allah itu mempunyai perancangan yang sangat luas... setiap orang ada manfaat terhadap sebahagian yang lain.. Allah tak ciptakan sesuatu itu sia-sia.. tanyalah diri masing-masing,, "SIAPAKAH AKU SEBENARNYA ? " soalan yang mudah, tapi memang sukar untuk memberikan jawapan yang tepat. 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

di sini ana ingin kongsikan sebahagian daripada lirik LAFAZ YANG TERSIMPAN>>>

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan

<UNIC>




sahabat, percayalah Allah itu tahu apa yang terbaik. satu saat nanti, kita pasti akan dipisahkan dengan sebuah kematian, itu perpisahan sementara, doaku hamparkan kepada Ilahi semoga kita dipertemukan semula di negeri abadi iaitu SYURGA. Allah telah menjanjikan bahawa seseorang itu akan tinggal bersamanya di syurga dengan orang-orang yang dicintainya. jadi, berkasih sayanglah kerana Allah, bercintalah kita seperti seutas tasbih, ada awal tapi tiada penghujung dan terus meratib cintaNya.... 

dan ana sentiasa mengharapkan sebelum perginya ana dari dunia ini, ana nak sangat lihat sahabat-sahabat ana ni hidup bahagia dengan cinta sang Pencipta. saat tu, kalau Allah nak ambil ana pergi, ana redha asalkan ana dah tinggalkan sebuah pelangi kepada mereka.. ana tak harapkan apa-apa melainkan hadirNya sebuah cinta yang kudus dalam sebuah ukhuwah iaitu satu-satunya cinta hakiki iaitu cinta Ilahi.. biarpun untuk melaksanakan misi itu sukar, namun ana tetap akan cuba.. biarpun berubah, jangan rebah.. Allah sentiasa menyayangi kita sebagai makhlukNya yang istimewa. 

sahabat-sahabat yang ana kasihi.......

cubalah untuk mengalirkan air mata sekerap mungkin lalu muhasabahlah. antara tanda kerasnya hati ialah kurangnya menangis kepada Allah. tak percaya? bila kamu semua menangis, siapakah nama yang kamu sebut? sudah pasti ALLAH.. "ya Allah, bantulah aku " dan macam-macam lagi kita mengadu pada Allah. tapi, bukan ketika sedih baru nak ingat Allah, saat senang pun perlu jugak, paling kurang pun ucaplah Alhamdulillah atas nikmatNya yang melimpah ruah selama ini.. Allah ada saat susah dan senang..

pejamkan mata, rasailah kehadiranNya. dekatnya Dia dengan kita, sentiasa mendengar luahan hati kita, kesedihan jiwa namun apa kataNYA?? tunggu !!! kenapa Allah buat kita tertunggu-tunggu padahal kita dah tak sanggup nak hadapi? Allah jawab,, sesungguhnya Aku suka mendengar rintihan hamba-hambaKU.. Aku amat merindui rintihan mereka... jadi,, jangan berputus asa, hadirnya ujian tanda tarbiyah.. in sha Allah, ada sesuatu yang menanti anda.. hadiah dariNya iaitu ?? bakal bertemu denganNya di syurga, itulah nikmat yang tertinggi.. sama2 kita doa dan nantikan !!! ^___^

segala nasihat dan kata-kata ini bukanlah milikku, bukan dariku tapi milik Allah. Allah pinjamkan ia kepadaku. pada diriku tiada apa-apa pun, semuanya adalah milik Allah jua..maka ucaplah Alhamdulillah and say thank you Allah.....


salam sayang dan rindu dari ana kepada antunna ~~ moga ada Allah di tengah-tengah kerinduan ini.. wallahu a'lam ~~~








Wednesday 14 November 2012

kasih sayang wasilah mencari cintaNYA

bismillahirrahmanirrahim...

insyaAllah, pada hari ini ana terpanggil untuk menulis post mengenai KASIH SAYANG.. baiklah, ana analogikan kasih sayang ini ibarat bunga. semua orang suka bunga kan? tapi tak semua bunga subur, berwarna cantik dan menarik perhatian. dan pokok pun takkan nampak sempurna tanpa adanya bunga. sebab tu, untuk menghasilkan bunga yang indah, cantik dan wangi, penjagaannya sangat rapi. pokok bunga itu perlu dibaja, disiram air secukupnya, dan perlu diberi perhatian, barulah pokok bunga akan nampak indah ,segar dan cantik.. seperti itulah jua dalam kehidupan manusia. takkan sempurna dan indah dalam hidup kita tanpa wujudnya kasih sayang. ibaratkanlah pokok itu seperti kita, yang tiada bunga, ada orang nak kata 'wah, cantiknya pokok ni?'. kalau ada memang jarang sebab takde keindahan. betul tak?

Allah ciptakan sifat kasih sayang itu dalam setiap diri manusia, rasa sayang terhadap haiwan, alam, manusia dan segala makhluk Allah yang lain. pernah tak kita dengar, kenapa aku tak faham apa tu sayang? apa benda tu? memang, ana pernah dengar orang bertanya soalan seperti ini. sebenarnya setiap orang merasai kasih sayang bermula semenjak di alam rahim lagi. bagaimana seorang ibu mengambil berat terhadap kandungannya, betapa sang ayah berhempas pulas mencari rezeki untuk menyara isteri dan anak-anak yang bakal lahir, di saat kelahirannya, ibu dan ayah gembira dan mengharapkan anaknya bakal menjadi seorang yang hebat. pernah tak kita rasa? semua orang pernah rasa kan? rasa bahagia tak? of course bahagia sangat-sangat dengan limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka. itu baru kasih sayang mak ayah. namun, kita kena ingat Allah itu bersifat Pemurah dan Penyayang. atas dasar rasa sayang kepada setiap hamba-hambaNya, Dia tidak terhadkan pintu kasih sayang yang terbuka untukNya saje, tapi Allah bukakan kepada setiap makhluknya. betapa luasnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. takde limit.

dalam konteks mengenai kasih sayang, Allah amat menekankan kepentingan terhadap HABLU MINALLAH WAHABLU MINANNAS (hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia).. memelihara hubungan dengan Allah, kita cukup faham definisinya iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi, amal maaruf nahi munkar, dan semua yang kita lakukan mesti diniatkan lillahi taala. sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mengaut keredhaan Allah. orang yang sentiasa meletakkan Allah di hadapan dan terpahat kukuh di hatinya, takkan kecewa kerana cinta Allah tak pernah mengecewakan. tetapi yang berat untuk dipikul ialah hubungan sesama kita iaitu manusia. tak semua hamba Allah diciptakan sempurna dengan wujudnya semua sifat kebaikan, bak kata omputih, nobody is perfect, tetapi Allah hanya anugerahkan kepada sesetengah orang sahaja. ada yang suka menderma, ada pula yang kedekut, ada yang kaya, ada juga yang miskin, ada yang pandai, genius, tetapi tak kurang juga ada yang kurang bijak. kenapa Allah ciptakan manusia ini berbagai-bagai?



“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

kita diciptakan berbagai-bagai sebab untuk saling melengkapi dan mewarnai kehidupan. cuba bayangkan jika semua orang pandai, siapa yang nak sebarkan ilmu? kalau semua orang kaya, siapa yang nak bekerja? kalau setiap hari orang mempunyai citarasa yang sama je, satu dunia pakai baju sama, corak sama, semua sama, indah tak dunia? betapa Allah itu amat mengetahui atas setiap sesuatu perkara yang diciptakan. 

jom baca berikutnya,, memahami sifat kasih sayang yang dikehendaki,,
 Kasih-sayang sesama Islam (seaqidah)
Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Ta’alimnya : “Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah s.w.t. : “dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.” (surah Al-Hasyr ayat 9).
seseorang yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya (orang lain). Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. “Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain.” Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.”


Kasih sayang dan cinta adalah fitrah manusia yang normal yang dikurniakan

oleh Allah SWT. Dalam Islam fitrah sedemikian mestilah disalurkan mengikut

jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Perhubungan yang baik dan suci
sesama manusia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan hubungan manusia
itu dengan Pencipta iaitu dengan Allah SWT.Oleh yang demikian setiap
manusia mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT demi
memastikan hubungan yang baik diperolehi sesama manusia. Sebagaimana
maksud Firman Allah SWT, " Pasti ditimpa kehinaan ke atas mereka (manusia)
di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang mempunyai hubungan yang
baik dengan Allah SWT dan manusia". Surah al-Imran, ayat: 112

masih ikuti ana lagi? kalau nak dikupaskan mengenai kasih sayang sampai esok tak habis, belum masuk kasih sayang khusus antara individu lagi tapi ana ringkaskan merangkumi semua. biar semua orang faham konteks kasih sayang dalam Islam. banyakkan mendalami kitab-kitab yang membicarakan soal ini untuk memantapkan kefahaman, ya sahabat !

ana ingin kongsikan pengalaman ana bersama sahabat perjuangan di sini. Nurul Fatin Asfiah, sahabat dunia akhirat fillah. banyak ana belajar dalam diri dia. dia seorang yang ada sedikit kontra dengan ana, soal keberanian. Fatin sentiasa ada idea, dan dia mesti berfikir dulu sebelum dia cakap, seorang yang tenang, aktif dan mempunyai fikrah Islam yang agak tinggi. suka pergi talaqi, dan adakalanya dia mesti ajak ana join tapi, ana tak pergi pun. tapi insyaAllah ana akan usahakan untuk menghadiri talaqi lepas ni. dia sangat suka beri sokongan pada ana, dan dapatkan sokongan dari ana. apa yang membuatkan ana terharu, time rehearsel untuk speaking test. dia toleh belakang, pandang ana, mula-mula ana blur kenapa pandang ana ni? tapi lepas tu bila dia dah selesai, dia bagitau macam ni ' ena, saya nak dapatkan semangat dari awak, tu yang saya pandang awak tadi ! ' saat tu rasa nak nangis je sebab terlampau terharu.. dan banyak perkara yang membuatkan ana menghargai kewujudan dia di sisi ana. sejujurnya ana menghargai dia sebagai sahabat. segala pujian bagi Allah kerana menganugerahkan sahabat seperti dia. alhamdulillah. betapa ana menyayangi dia sangat-sangat....

dan satu lagi kisah, roommate ana, ya, Shahirah Shahrom. nanti kalau ana cerita pasal fatin je jeles pulak. em,takdelah gurau. ana memang nak memuatkan kisah mereka berdua sebagai contoh... sahabat fillah ana  ni, dulu sekolah biasa je. tapi apa yang membuatkan ana kagum, dia solat awal, rajin hafal quran, dan yang paling penting, bila ajak buat baik, dia takkan tolak, ajak qiam, dia sanggup, wahh,, ana memang tak sangka.. kadang-kadang tu rasa malu sebab dia lagi baik dari ana. dan,,,haaa,, ada satu lagi yang ana nak cerita. sahabat ana ni seorang yang susah nak ingat, bukan pelupa tau, cuma dia tak ingat je.. emm,, disebabkan dia kurang ingat terhadap seseorang, ana ada jugak tolong ingatkan dia apa yang dia tak ingat. contohnya roommate kami, saat-saat terindah kami sebagai roommate.. semua ni mendidik ana supaya lebih sabar.. Allah hadirkan dia sebagai tarbiyah jiwa ana supaya lebih kuat untuk menghadapi ujian Allah yang lain. dan perkara ini jugak,  membuatkan ana mengargai setiap detik kami bersama, kerana selepas ini kami bakal berpisah, ana ke Gombak dan dia ke Kuantan. setahun je lagi sebab sem 1 depan sem last ana, entah bila lagi dapat bertentang mata dengannya, berbicara dengannya.. emm,,, taknak sedih-sedihla tapi ana selalu bagitau pada dia. dia selalu minta maaf sebab selalu susahkan ana ingatkan dia banyak benda tapi ana cakap kekurangan dia yang satu ni ada seribu satu kelebihan yang tersingkap di sebaliknya. ya, bagi orang tertentu mereka akan faham, dan ana nak sangat tahu something special terhadap diri dia yang membuatkan ana terlalu menyayanginya. dalam tempoh 5 bulan perkenalan, sudah membuahkan rasa rindu yang teramat sangat bila berpisah, ajaibnya perasaan kasih sayang ni kan?

begitu jua dengan sahabat-sahabat ana yang lain,dari sekolah rendah, sekolah menengah sampailah classmate dan roommate di UIA ni, ana amat menyayangi mereka sangat-sangat.. ana tak tahu nak ungkapkan betapa ana hargai dan menyayangi mereka.. subhanAllah,  pertemuan yang Allah aturkan ini sangat indah susunannya dan pelbagai jua ragamnya. berusahalah untuk membina tautan ukhwah yang kukuh antara kita agar mudah dibawa ke jalanNya. banyak sebenarnya contoh kasih sayang antara sesama manusia tetapi ana percaya anda semua mesti ada contoh atau kisah yang lagi menarik kan? bahkan lagi hebat dari ana. ^__^


setiap kasih sayang ini sentiasalah relatekan kerana Allah, supaya kita turut sama memperoleh cintaNya,, bukankah kita ini pencari cintaNya? dan ana amat suka kata-kata ni ~

"sahabat yang baik ialah apabila memandangnya teringat akan Alllah, bila mendengar percakapannya ilmu bertambah dan apabila melihat perlakuannya teringat akan kehidupan akhirat"



 jom sama-sama kita berkasih sayang kerana Allah, tak semestinya kalau sayang kita kena cakap SAYANG tetapi cukuplah perbuatan dan bicara kita menterjemahkan perasaan itu. setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap definisi kasih sayang.. itu terpulang asalkan perasaan itu ditanam benih keimanan dan disirami air ketakwaan..

sekadar ini sahaja, sekiranya tersalah maafkanlah ana, ana cuma insan biasa yang turut lemah mengenai Islam, sudilah berkongsi pandangan dan cadangan atau apa-apa sahaja yang nak diutarakan. insyaAllah, kita bersaudara atas satu aqidah, semoga Islam terus kukuh di dalam diri dan insyaAllah syiar Islam dapat ditegakkan di atas muka bumi.. sekian, wassalam.....

~inni ukhtakum fillah~





Tuesday 13 November 2012

SENTUHAN QALBU





♥ Kisah Wanita Berpurdah Membeli-belah ♥

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut...

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...

ALLAH Ta'ala berfirman, 
ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah ALLAH', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

**Kemana pun Kamu pergi Bawalah Islam bersmamu ♥ ^_^

HIGHLIGHT : "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya." 


>>Sentuhan qalbu..

Monday 12 November 2012

Tasbih Ukhwah Kita

assalamualaikum...

hari ini  bermulalah sem 2 ana di cfs IIUM ni... dengan semangat baru, wajah semua orang pun agak baru sebab duduk di level 1, yang tak pernah jumpa masyaALLAH,,teramatlah ramai.. orang hanya menetap di level 1 dan 2 je,, level 3 dan 4 kosong, kalau malam-malam tu memang gelap + sunyi.. memandangkan roommate ana takde 3 orang, rasa hilang sikit kemeriahan tu..rasa lain macam sikit.. takde teman nak main-main, sesi luah perasaan,, emm,, takpelah, sem ni je..

tapi, alhamdulillah,, musolla level 1 ni semakin ramai penghuninya.. time nak suruh jadi imam tu,, tak tau nak panggil akak/awak.. tak tau mana satu 1st year dan 2nd year.. pendek cerita,, masing-masing mulalah "awaklah jadi imam, awaklah, saya taknak.." emm,, ana?? imamkah?? tak, ana macam biasalah sedaya upaya untuk memberi peluang kepada orang lain untuk menimba pengalaman berada di atas sejadah imam.. bukan nak kata ana selalu jadi imam, tapi kali ini takde yang jadi penyelamat lah.. hehe..


berbekalkan nasihat dari keluarga dan sahabat-sahabat, ana gagahkan diri untuk terus bermujahadah di medan tarbiyah ! insyaAllah, berkat doa kalian moga kheir2 sahaja.. taknak cakap banyak pun tapi ana nak tinggalkan satu puisi bagi sahabat-sahabat yang singgah di blog ini..

TASBIH UKHWAH KITA
Ukhwah ini umpama tasbih
Punya awal namun tiada akhirnya
Andai tasbih ini berhenti
Rasa cinta dan mahabbah di hati
Sentiasa membara di dalam diri
Yakin dan pasti...
Sedikit masa nanti...
kita akan mengulangi tasbih ini kembali
Kerana cinta yang tertanam sentiasa bersemi
Kerana tasbih ini tautannya cinta Rabbi
Kerana kasih ini sentuhannya rahmat  Ilahi
Zat yang sempurna kekal abadi

Untaian tasbih ini untuk mengingati-Nya
Diulang dan diratib demi meraih redha-Nya
Seakan ukhwah bertemu dan berpisah
Hanya untuk menyemai cinta di hati
Agar gelap pada pandangan cinta dunia
Jelas pandangannya pada nafsu yang sering berkuasa

Sungguh ukhwah ini bukan sekadar nama
Akan hidup dan mati  hingga ke hujung nyawa
Saling memerlukan sesama kita
Kerana fitrah kita tiada sempurna
"Nasihat-menasihati sesama manusia"
Suruhan Ilahi muhasabah jiwa

Bimbinglah diri agar tasbih ini kekal di hati
Jangan biar ia sunyi dan sepi
Bawalah diri mengingati Rabbi
Bawalah hati saling mencintai
Ketika uhkwah ini bertasbih
Cahaya petunjuk memancarkan seri
Dalam hidayah kasih bersemi

Sedar kita adalah bersaudara
Berpisah di dunia untuk bertemu semula
Sesungguhnya dunia itu ladang meraih taqwa
Moga bertemu meraih jannah


itu sahaja bicara ana untuk post kali ini.. sebelum jari jemari ini tak mampu menulis, sebelum mata ini tidak boleh melihat, sebelum telinga ini tak boleh mendengar, sebelum ana pulang dijemput Ilahi,, maafkan segala kesalahan ana ye.. jazakumullahu khair !

UHIBBUKUNNA FILLAH ~~~

Tuesday 6 November 2012

kisah mak ayah !



bismillahirrahmanirrahim......

terkesima seketika apabila terdengar perbualan ayah dengan jiran sebelah rumah.. saat itu ana sedang membantu emak mengaut lidi untuk dibuat penyapu.. tiba-tiba jiran sebelah,cik Ton yang berumur dalam lingkungan hampir 70 tahun,, setapak demi setapak dia melangkah sambil memegang alat untuk memudahkan dia berjalan.. simpatiku bertandang.. makcik tu sakit kaki, berdiri boleh tapi tak boleh jalan, sebab tu nak jalan kena ada alat tu (tak tau apa benda namanya tu)..

kehadiran cik Ton itu membuatkan ana serba salah.. yelah, dekat situ cuma ada mak, ayah ngan ana je.. bak kata orang, tak manis orang muda dengar perbualan orang tua.. tapi,, lidi mak macammana? kalau tak tolong lambat siapnya.. melihatkan cik Ton seolah-olah nak duduk berborak, ana ambilkan kerusi.. terkial-kial dia nak duduk,, simpatiku bertandang lagi.. lepas tidurkan anak saudara, ana terus sambung semula kerja mengaut lidi..


"macam ni lah kita Nap (ayah), dah tua-tua ni. tapi mak aku tu sihat lagi", ujar cik Ton..

"itulah, beza orang tua zaman dulu dengan orang tua zaman sekarang. umur dah 80 tahun pun sihat lagi, boleh berjalan. tak macam aku ni nak solat pun solat duduk. kaki aku ni sakit kak Ton," balas ayah..

memang tak dinafikan kaki ayah semakin teruk.. dah tak berapa nak kuat.. bila datang rumah orang, ayah tak boleh bersila dekat atas lantai, mesti kena ada kerusi.. tapi ana kagum dengan semangat ayah, setiap kali solat 5 waktu, ayah tak pernah miss solat di masjid walaupun terpaksa mengusung kerusi mini.. mujurlah masjid tu dekat je.. ayah jugak tak boleh menggenggam sesuatu dengan kuat.. haritu ayah nak angkat beg tapi terlepas.. kata ayah tangannya sakit nak genggam.. lalu ana pun ambillah beg tu bawa masuk.. kesian ayah.. 

yang paling merisaukan ana, bila ana bercuti ada dekat rumah, nampak ayah sihat je.. tapi, bila time dah balik semula ke UIA, kakteh bagitau ayah demam panas, mata merah sampai tak boleh buka, tersedu-sedu seminggu tak berhenti.. berita ni membuatkan ana tak senang duduk, hati gelisah, namun ketika itu ana hamparkan sepenuh pengharapan kepada Allah, mohon pertolongan agar ayah sembuh.. kebetulan pula time ayah sakit, mesti ana demam.. ada chemistry yang kuat antara anak n ayah.. :) ana sendiri pelik, semenjak masuk UIA, ana semakin kerap demam sedangkan sebelum ni nak demam pun payah.. kadang-kadang setahun dua tiga kali je.. takpelah, fikir positif, mungkin ana tak biasa tidur lewat.. bila ana demam, mak telefon, teringin sangat nak bagitau yang anak mak ni demam, tapi mak terlebih dahulu mencelah memberitahu ayah sakit.. hati ana bertambah sedih.. demi memikirkan perasaan mak, ayah dan keluarga ana pendamkan, taknak bagi mereka risau.. lagipun ada sahabat-sahabat yang membantu menjaga ana di sini.. kesabaran sahabat tersayang hanya Allah saja yang mampu balas.. bila mak tanya kenapa suara lain? ana jawablah yang ana sakit tekak.. tapi, naluri seorang emak ni tau anaknya tak sihat.. mak bagitau abang pulak.. tak lama lepas tu mesti abang akan telefon.. kalau tak sihat abang hantar pergi klinik.. tapi, ana menolak dengan baik, ana okay just perlu rehat secukup-cukupnya..

ujian Allah semakin hebat melanda ketika ana hampir menghadapi final exam.. dalam kelas, tiba-tiba kakteh hantar mesej bagitau ayah tersedu-sedu seminggu tak berhenti sampaikan lidah ayah ke dalam, tak boleh bercakap.. tapi kenapa mak tak bagitau bila ana call? kakteh kata mak taknak bagi adik risau,, adik kan nak exam.. rupa-rupanya ayah dah seminggu sakit tanpa pengetahuanku.. abang-abang ana semua balik minggu tu sebab nak melawat ayah tapi ana takde rezeki nak ikut balik.. balik je dari kelas, ana terus solat asar, menangis sepuas-puasnya.. hanya kepada Allah ana mengadu.. hampir setengah jam juga ana di musolla, meredakan perasaan dan bila dah betul-betul boleh senyum, baru ana balik bilik.. bukannya apa,, ana taknak roommate tau.. alhamdulilllah, tak lama kemudian mak bagitau ayah dah okay ! syukur..:)

berbalik kepada kisah perbualan ayah dengan cik Ton tadi......

"kak Ton, pada pendapat akak lah, akak setuju tak kalau kita ni dihantar di rumah orang tua? " soal ayah..

hatiku tersentak.. ana merenung ayah.. kenapa ayah tanya soalan ni? namun, ana ternanti-nanti jawapan mereka..

"tak taulah tapi dah kalau anak-anak tak sanggup nak jaga, aku rela," balas cik Ton.

"bagi akulah, aku setuju kalau aku sendiri dihantar ke rumah orang tua. yelah, sekurang-kurangnya, bila nak solat ada orang ingatkan, ada kawan-kawan, kebajikan dijaga. kalau aku kat rumah, buatnya aku terjatuh, sapa nak tengokkan? kalau aku nak solat siapa nak ingatkan? terutamanya macam aku ni dah tak larat, bila kat sana ada orang jugak orang tolong ambilkan wuduk," kata ayah.

ayah sambung lagi...

"anak-anak ni entah sanggup atau tak jaga kita. tambah-tambah lagi kalau dah nyanyuk. memang betul kata orang, seorang mak atau ayah mampu jaga sepuluh orang anak, tapi seorang anak belum tentu sanggup nak jaga seorang mak atau ayah," 

ana terkedu.. memang betul cakap ayah.. realiti sekarang ramai anak-anak sudah lupa diri, sudah lupa jasa dan pengorbanan mak ayah dari kita kecik ! apa guna belajar sampai PhD, kerja besar, hidup mewah tapi abaikan kebajikan mak ayah. dikira anak derhaka tau ! nauzubillah.. 

bila ayah dah cakap macam tu, jauh di sudut hati ana ayah mesti nak sampaikan pesanan mengenai hal ini kepada anak-anak. kebetulan ana seorang yang ada kat situ, sekurang-kurangnya ana tau ayah perlukan perhatian. kadang-kadang mak ayah cakap je sanggup duduk rumah orang tua tapi di hati mereka sangat mengharapkan kita untuk menjaganya.. 

ya Allah, berikan kami adik beradik kesempatan untuk menabur bakti kepada mak dan ayah. berikan kami kekuatan dan ketabahan untuk menjaga mereka.. tetapkanlah keimanan kami, kukuhkan mawaddah antara kami agar kasih sayang ini kekal hingga ke JANNAH... 

berharap sangat ana diberi kekuatan dan kesempatan untuk menjaga mak ayah, moga Allah permudahkan.. aamiin...... begitu juga dengan kami 5 beradik..... insyaAllah...

wajah kesayangan, mak ayah.. tiada sesiapa dapat menggantikan mereka , selamanya terbaik..
sayang mak ayah <3
mmmmuuuaahhhh !!!!


(sayangilah mak ayah, pengorbanan mereka terlalu besar, moga kita semua mampu menjaga mereka, jadi anak yang soleh dan solehah.. sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.. )

wallahu a'lam.....




RABIATUL ADAWIYAH -PERINDU CINTA ILAHI



Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.


Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.
Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, 
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, 
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, 
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”


Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.



antara kisah-kisah menarik mengenai RABIATUL ADAWIYAH :

KISAH 1

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

~serikandi Islam~ 


Sunday 4 November 2012

KeInsaFaN


sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
kini terasa memecah kesunyian malam
dan aku di sini sendiri dibaluti resah
dibayangi sesal yang tak sudah

renung langit sepi tiada purnama
di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
terpaku membisu tanpa suara dan segala
apa petanda, apa rahsia

oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
andainya malam yang begini 
memberi pengertian untukku
mencari hidayahMu....

maka kutadahkan setulus
pengampunan dan pengharapan
untuk aku menebus dosa-dosa semalam

cukup setakat ini..aku merasa
terasing terhukuman dalam sengsara
balasan dari kehancuran yang aku ciptakan

dan kini aku mengerti
antara dosa dan pahala
yang mana lebih utama
dalam meniti kehidupan ddan hari kematian

ohhh...
andai malam ini satu peringatan
bersyukurku pada Ilahi
andai malam ini satu kesudahan
ku pintakan... satu pengaduan
untukku menyudahkan kalimah
Terakhir....


(~krabat-keinsafan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...