Pages


Ads 468x60px

Wednesday 14 November 2012

kasih sayang wasilah mencari cintaNYA

bismillahirrahmanirrahim...

insyaAllah, pada hari ini ana terpanggil untuk menulis post mengenai KASIH SAYANG.. baiklah, ana analogikan kasih sayang ini ibarat bunga. semua orang suka bunga kan? tapi tak semua bunga subur, berwarna cantik dan menarik perhatian. dan pokok pun takkan nampak sempurna tanpa adanya bunga. sebab tu, untuk menghasilkan bunga yang indah, cantik dan wangi, penjagaannya sangat rapi. pokok bunga itu perlu dibaja, disiram air secukupnya, dan perlu diberi perhatian, barulah pokok bunga akan nampak indah ,segar dan cantik.. seperti itulah jua dalam kehidupan manusia. takkan sempurna dan indah dalam hidup kita tanpa wujudnya kasih sayang. ibaratkanlah pokok itu seperti kita, yang tiada bunga, ada orang nak kata 'wah, cantiknya pokok ni?'. kalau ada memang jarang sebab takde keindahan. betul tak?

Allah ciptakan sifat kasih sayang itu dalam setiap diri manusia, rasa sayang terhadap haiwan, alam, manusia dan segala makhluk Allah yang lain. pernah tak kita dengar, kenapa aku tak faham apa tu sayang? apa benda tu? memang, ana pernah dengar orang bertanya soalan seperti ini. sebenarnya setiap orang merasai kasih sayang bermula semenjak di alam rahim lagi. bagaimana seorang ibu mengambil berat terhadap kandungannya, betapa sang ayah berhempas pulas mencari rezeki untuk menyara isteri dan anak-anak yang bakal lahir, di saat kelahirannya, ibu dan ayah gembira dan mengharapkan anaknya bakal menjadi seorang yang hebat. pernah tak kita rasa? semua orang pernah rasa kan? rasa bahagia tak? of course bahagia sangat-sangat dengan limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka. itu baru kasih sayang mak ayah. namun, kita kena ingat Allah itu bersifat Pemurah dan Penyayang. atas dasar rasa sayang kepada setiap hamba-hambaNya, Dia tidak terhadkan pintu kasih sayang yang terbuka untukNya saje, tapi Allah bukakan kepada setiap makhluknya. betapa luasnya kasih sayang yang Allah anugerahkan. takde limit.

dalam konteks mengenai kasih sayang, Allah amat menekankan kepentingan terhadap HABLU MINALLAH WAHABLU MINANNAS (hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia).. memelihara hubungan dengan Allah, kita cukup faham definisinya iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi, amal maaruf nahi munkar, dan semua yang kita lakukan mesti diniatkan lillahi taala. sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mengaut keredhaan Allah. orang yang sentiasa meletakkan Allah di hadapan dan terpahat kukuh di hatinya, takkan kecewa kerana cinta Allah tak pernah mengecewakan. tetapi yang berat untuk dipikul ialah hubungan sesama kita iaitu manusia. tak semua hamba Allah diciptakan sempurna dengan wujudnya semua sifat kebaikan, bak kata omputih, nobody is perfect, tetapi Allah hanya anugerahkan kepada sesetengah orang sahaja. ada yang suka menderma, ada pula yang kedekut, ada yang kaya, ada juga yang miskin, ada yang pandai, genius, tetapi tak kurang juga ada yang kurang bijak. kenapa Allah ciptakan manusia ini berbagai-bagai?



“Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.” (Q.S. Al-Hujuraat [49]:13).

kita diciptakan berbagai-bagai sebab untuk saling melengkapi dan mewarnai kehidupan. cuba bayangkan jika semua orang pandai, siapa yang nak sebarkan ilmu? kalau semua orang kaya, siapa yang nak bekerja? kalau setiap hari orang mempunyai citarasa yang sama je, satu dunia pakai baju sama, corak sama, semua sama, indah tak dunia? betapa Allah itu amat mengetahui atas setiap sesuatu perkara yang diciptakan. 

jom baca berikutnya,, memahami sifat kasih sayang yang dikehendaki,,
 Kasih-sayang sesama Islam (seaqidah)
Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Ta’alimnya : “Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah s.w.t. : “dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.” (surah Al-Hasyr ayat 9).
seseorang yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya (orang lain). Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. “Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain.” Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.”


Kasih sayang dan cinta adalah fitrah manusia yang normal yang dikurniakan

oleh Allah SWT. Dalam Islam fitrah sedemikian mestilah disalurkan mengikut

jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Perhubungan yang baik dan suci
sesama manusia mempunyai hubungan kait yang rapat dengan hubungan manusia
itu dengan Pencipta iaitu dengan Allah SWT.Oleh yang demikian setiap
manusia mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT demi
memastikan hubungan yang baik diperolehi sesama manusia. Sebagaimana
maksud Firman Allah SWT, " Pasti ditimpa kehinaan ke atas mereka (manusia)
di mana sahaja mereka berada melainkan mereka yang mempunyai hubungan yang
baik dengan Allah SWT dan manusia". Surah al-Imran, ayat: 112

masih ikuti ana lagi? kalau nak dikupaskan mengenai kasih sayang sampai esok tak habis, belum masuk kasih sayang khusus antara individu lagi tapi ana ringkaskan merangkumi semua. biar semua orang faham konteks kasih sayang dalam Islam. banyakkan mendalami kitab-kitab yang membicarakan soal ini untuk memantapkan kefahaman, ya sahabat !

ana ingin kongsikan pengalaman ana bersama sahabat perjuangan di sini. Nurul Fatin Asfiah, sahabat dunia akhirat fillah. banyak ana belajar dalam diri dia. dia seorang yang ada sedikit kontra dengan ana, soal keberanian. Fatin sentiasa ada idea, dan dia mesti berfikir dulu sebelum dia cakap, seorang yang tenang, aktif dan mempunyai fikrah Islam yang agak tinggi. suka pergi talaqi, dan adakalanya dia mesti ajak ana join tapi, ana tak pergi pun. tapi insyaAllah ana akan usahakan untuk menghadiri talaqi lepas ni. dia sangat suka beri sokongan pada ana, dan dapatkan sokongan dari ana. apa yang membuatkan ana terharu, time rehearsel untuk speaking test. dia toleh belakang, pandang ana, mula-mula ana blur kenapa pandang ana ni? tapi lepas tu bila dia dah selesai, dia bagitau macam ni ' ena, saya nak dapatkan semangat dari awak, tu yang saya pandang awak tadi ! ' saat tu rasa nak nangis je sebab terlampau terharu.. dan banyak perkara yang membuatkan ana menghargai kewujudan dia di sisi ana. sejujurnya ana menghargai dia sebagai sahabat. segala pujian bagi Allah kerana menganugerahkan sahabat seperti dia. alhamdulillah. betapa ana menyayangi dia sangat-sangat....

dan satu lagi kisah, roommate ana, ya, Shahirah Shahrom. nanti kalau ana cerita pasal fatin je jeles pulak. em,takdelah gurau. ana memang nak memuatkan kisah mereka berdua sebagai contoh... sahabat fillah ana  ni, dulu sekolah biasa je. tapi apa yang membuatkan ana kagum, dia solat awal, rajin hafal quran, dan yang paling penting, bila ajak buat baik, dia takkan tolak, ajak qiam, dia sanggup, wahh,, ana memang tak sangka.. kadang-kadang tu rasa malu sebab dia lagi baik dari ana. dan,,,haaa,, ada satu lagi yang ana nak cerita. sahabat ana ni seorang yang susah nak ingat, bukan pelupa tau, cuma dia tak ingat je.. emm,, disebabkan dia kurang ingat terhadap seseorang, ana ada jugak tolong ingatkan dia apa yang dia tak ingat. contohnya roommate kami, saat-saat terindah kami sebagai roommate.. semua ni mendidik ana supaya lebih sabar.. Allah hadirkan dia sebagai tarbiyah jiwa ana supaya lebih kuat untuk menghadapi ujian Allah yang lain. dan perkara ini jugak,  membuatkan ana mengargai setiap detik kami bersama, kerana selepas ini kami bakal berpisah, ana ke Gombak dan dia ke Kuantan. setahun je lagi sebab sem 1 depan sem last ana, entah bila lagi dapat bertentang mata dengannya, berbicara dengannya.. emm,,, taknak sedih-sedihla tapi ana selalu bagitau pada dia. dia selalu minta maaf sebab selalu susahkan ana ingatkan dia banyak benda tapi ana cakap kekurangan dia yang satu ni ada seribu satu kelebihan yang tersingkap di sebaliknya. ya, bagi orang tertentu mereka akan faham, dan ana nak sangat tahu something special terhadap diri dia yang membuatkan ana terlalu menyayanginya. dalam tempoh 5 bulan perkenalan, sudah membuahkan rasa rindu yang teramat sangat bila berpisah, ajaibnya perasaan kasih sayang ni kan?

begitu jua dengan sahabat-sahabat ana yang lain,dari sekolah rendah, sekolah menengah sampailah classmate dan roommate di UIA ni, ana amat menyayangi mereka sangat-sangat.. ana tak tahu nak ungkapkan betapa ana hargai dan menyayangi mereka.. subhanAllah,  pertemuan yang Allah aturkan ini sangat indah susunannya dan pelbagai jua ragamnya. berusahalah untuk membina tautan ukhwah yang kukuh antara kita agar mudah dibawa ke jalanNya. banyak sebenarnya contoh kasih sayang antara sesama manusia tetapi ana percaya anda semua mesti ada contoh atau kisah yang lagi menarik kan? bahkan lagi hebat dari ana. ^__^


setiap kasih sayang ini sentiasalah relatekan kerana Allah, supaya kita turut sama memperoleh cintaNya,, bukankah kita ini pencari cintaNya? dan ana amat suka kata-kata ni ~

"sahabat yang baik ialah apabila memandangnya teringat akan Alllah, bila mendengar percakapannya ilmu bertambah dan apabila melihat perlakuannya teringat akan kehidupan akhirat"



 jom sama-sama kita berkasih sayang kerana Allah, tak semestinya kalau sayang kita kena cakap SAYANG tetapi cukuplah perbuatan dan bicara kita menterjemahkan perasaan itu. setiap orang ada perspektif yang berbeza terhadap definisi kasih sayang.. itu terpulang asalkan perasaan itu ditanam benih keimanan dan disirami air ketakwaan..

sekadar ini sahaja, sekiranya tersalah maafkanlah ana, ana cuma insan biasa yang turut lemah mengenai Islam, sudilah berkongsi pandangan dan cadangan atau apa-apa sahaja yang nak diutarakan. insyaAllah, kita bersaudara atas satu aqidah, semoga Islam terus kukuh di dalam diri dan insyaAllah syiar Islam dapat ditegakkan di atas muka bumi.. sekian, wassalam.....

~inni ukhtakum fillah~





2 comments:

  1. MAsYALLAH...hampir faham apa erti sayang yang sebenarnya...tapi masih blur lagi..mungkin perlu praktikal untuk lebih faham..hehe....
    indahnya berkasih sayang...

    ReplyDelete
  2. takpe,, ini just teori,, lepas ni cuba praktikkan.. memang sangat indah berkasih sayang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...