Pages


Ads 468x60px

Monday 28 January 2013

berAMAL melalui keAZAMan

assalamualaikum warahmatullah semua !

bermulalah tahun baru bagi kita (walaupun rasa macam dah nak masuk bulan februari), moga azam kita tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. mungkin ana agak terlewat untuk membicarakan mengenai keazaman tapi masih belum terlambat untuk kita membuat perancangan.. moga masing-masing mempunyai azam yang lebih baik.. kheir !

kali ini ana ingin menyentuh sedikit mengenai keAZAMan.. emm, ada antara kita mungkin mempunyai matlamat yang jelas dan ada jugak yang masih kurang jelas.. walau apa pun, kita mesti mempunyai matlamat yang betul-betul nak digapai.. sesungguhnya orang yang berjaya ialah orang yang merancang masa depannya sebaik mungkin.. bagi umat Islam, sudah tentunya masa depan kita adalah kehidupan DUNIA dan AKHIRAT.. dunia itu hanya sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal selama-lamanya..

baru-baru ini, ketika meeting BAR ada seorang akhi memberikan sedikit tazkirah yang mana ana merasakan kita semua patut mengambil ibrah.. katanya, kadang-kadang memang kita mempunyai azam tapi kenapa masih tak dapat nak merealisasikannya? menyorot kata-kata Prof Dr. Muhaya, " tulislah azam kita di atas sehelai kertas, dan letakkan di tempat yang selalu kita lihat.. bila ditulis kita akan nampak, bila nampak kita akan ingat, dan bila kita ingat kita akan rasa susah hati bila tak buat "... betul tak? ketuk jendela hatimu, tanyalah sendiri adakah ia benar atau tidak? emmmm...

baiklah, apa yang nak ana highlightkan di sini ialah 4 perkara yang semestinya menjadi satu AZAM atau MATLAMAT kita setiap hari...

firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 :

"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan bodoh "


ayat ini secara jelas menunujukkan amanat manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini sangatlah berat.. apabila amanat itu tidak dilaksanakan sebaik mungkin, maka tergolonglah manusia itu dalam kezaliman dan kejahilan.. na;uzubillahi min zalik !!!

hadis riwayat Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Dari Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda :

" ketahuilah ! setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya terhadap apa yang dipimpin "

jadi, antara 4 perkara yang perlu kita letakkan sebagai matlamat setiap hari ialah :-

  1. MURAQABAH  (مراقبة)
muraqabah ini bermaksud mendekatkan diri kepada Allah... sebagai hamba yang sentiasa mengemis cinta Allah, kita perlu ada rasa nak dekat dan berusaha untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepadaNya.. umpama lirik yang didendangkan dalam lagu Damba Kasih oleh Raihan.. apabila selangkah sahaja kita menghampiri Allah, beribu-ribu langkah Allah menghampiri kita.. pendekatan kepada Allah membuatkan jiwa yang resah mula terasa kedamaian.. caranya ialah melalui mekanisme ibadah seperti berzikir, puasa, zakat dan sebagainya..

Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun 
kepada hamba-hambaMu
selangkahku kepadaMu
seribu langkah Kau pada ku...

    2.     MUJAHADAH  (مجاهدة)

mujahadah bermaksud perjuangan.. mengikut bahasa arab, berjihad dan bermujahadah maksudnya sama namun terdapat sedikit perbezaan dari segi konteksnya.. berjihad lebih menjurus ke arah berjuang seperti berperang melawan musuh di jalan Allah.. mujahadah lebih kepada berjuang melawan nafsu.. apa yang ingin ditekankan ialah bermujahadah melawan nafsu yang semakin bermaharajalela dalam diri manusia.. pada akhir zaman ini seringkali terjadinya kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan berpunca salah satunya daripada nafsu.. tiada jihad tanpa sebuah pengorbanan.. tak semestinya berjihad itu mengangkat senjata sahaja di medan pertempuran, tetapi usaha kita nak mengajak orang berbuat kebaikan itu sudahpun dikira berjihad,, sentiasa beringat ! Allah tidak memandang hasil tetapi pada usaha ! wallahu a'lam...

    3.     MUHASABAH  (محاسبة)

muhasabah merupakan amalan yang sangat dituntut dalam setiap individu.. muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab.. bagaimana dikatakan muhasabah ini sangat penting? kerana dengan muhasabah itulah dapat mencairkan semula hati yang kian membeku, melembutkan semula jiwa yang telah mengeras dan menambahkan topup iman yang semakin kurang atau hampir tamat tempoh.. misalnya, melalui mutabaah amal yang kita jadualkan setiap hari.. hari ini sudahkah kita solat berjemaah 5 kali sehari? ma'thurat pagi dan petang? solat dhuha? puasa sunat? qiamullail? 

sabda Nabi S.A.W :

"orang pandai adalah orang yang rendah diri pada Allah dan beramal untuk bekalan mati, orang dungu adalah orang yang menurut nafsu dan berangan-angan kosong"
(HR Tirmizi)


      4.      MUAQABAH  (معاقبة)

apa itu muaqabah? ana sendiri pun baru tau meaningnya iaitu hukuman.. emm,, akhi tu kata macam ni, hukuman ini bermaksud kita menghukum diri kita sendiri setelah kita membuat sesuatu dosa atau kesalahan.. menghukum diri sendiri ni bukanlah maksudnya dengan menyeksa atau menyakiti diri tetapi melalui amalan yang lebih baik atau berganda-ganda.. contohnya seseorang ni solat subuh lewat, jadi dengan muaqabah ini, dia melipatgandakan amal ibadahnya dengan melakukan solat tasbih, berzikir dan sebagainya.. ada satu cerita ~~

terdapat seorang hamba Allah yang boleh dikatakan sangat rajin beribadah.. sehinggakan satu hari ni syaitan ingin cuba untuk melalaikannya.. satu pagi ketika azan berkumandang, syaitan itu berjaya membuatkan hamba Allah ini terlewat subuh.. ''yesss !! yahooo,, yabedabeduuu !!!! syaitan bersorak atas kemenangan itu" namun kemenangan sang syaitan itu hanyalah sementara sahaja.. setelah menunaikan solat subuh, si hamba Allah ini terus menunaikan solat sunat tasbih dan meneruskan amal ibadah lalu berzikir dalam jangka masa yang lama dengan harapan Allah mengampuninya.. 

ketika keesokan harinya, hamba Allah ini bangun lebih awal daripada biasa.. dan dia terus memperbaiki ibadahnya sehinggakan tiada ruang untuk syaitan memperdayakannya lagi.. apabila ditanya kepada syaitan itu mengapa kau tidak mahu memperdayakannya? bukankah engkau telah berjaya memperdayakannya? lalu jawablah syaitan itu, " ya, memang aku berjaya memperdayakannya tetapi aku amat takut padanya.. jika aku berjaya memperdayakannya lagi, nescaya amal ibadah yang dia lakukan semakin bertambah dan keimanannya semakin mantap.. sungguh aku amat takut padanya ! "

kisah ini amat membuatkan ana rasa,, Allahu akbar !!! betapa jauhnya lagi usaha untuk terus mendaki tahap seperti ini.. 


inilah 4 perkara yang dapat ana simpulkan.. mungkin penjelasan ana masih kurang cukup atau jelas, mintalah pencerahan dari orang yang lebih arif mengenainya.. walau apapun azam atau keinginan kita, sentiasa letakkan matlamatnya adalah kerana Allah.. moga Allah sentiasa membantu kita untuk merealisasikannya dengan bantuan yang tak di sangka-sangka... wa kafa billahi waliyya wa kafa billahi nasiro.. 

sekian, cukup setakat ini,, moga bertemu kembali.. barakallahu fikum !! ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...