Pages


Ads 468x60px

Friday, 12 April 2013

ya SYABAB !!


'GENTLE’NYA SEORANG LELAKI


Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single’ kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa “ready”!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.
Wabishah bin Ma’bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya “Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?”
Aku menjawab, “Ya, benar.”
Baginda bersabda, “Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.
dan..
CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH


Awalnya aku tidak percaya diri..
Dengan pakaian tertutup rapi..
Kawan-kawan berkata aku tidak ‘trendy’..
Tapi Abi berkata aku cantik begitu pun Umi..

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan..
Cantik bukan bererti buka-bukaan..
Cantik bukan bererti selalu berdandan..
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan..

Ku ulurkan jilbabku sehingga terasa damai hatiku..
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku..
Ku lakukan semua itu demi cintaku pada Rabbi ku..
Dan ku berbisik dalam hatiku, ‘semoga Engkau bahagia melihatku’..

Andai semua orang memahami..
Cantik lahir bukanlah ukuran..
Tapi cantik hati memikat semua orang..
Dan yang utama berbudi pekerti..
Seperti yang Rasul contohkan..


*bisikan rahsia*

kredit to sahabat fillah : siti fatimah ayop
> akhlak dan peribadinya amat ku kagumi <

Monday, 1 April 2013

WAHAI DAIE... JANGAN KAMU LEMAH !!


Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..


Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.


 Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda rasul S.A.W mafhumnya :

 Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]


 Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).


Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.


Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.

  
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]


 Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..


 Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

 Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. [Al-Baqarah 2:207]





Kuatlah wahai sahabat-sahabatku... 
Semoga kebersatuan hati-hati kita seiring 
saling bergandingan di jalanNYA 
mencari redha dan rahmat Allah yang tidak bertepi ini 
diganjariNYA dengan firdaus yang kekal abadi penuh kenikmatan...

Semoga kasih cinta kita kerana Allah ini
ditautkan erat didunia ini 
berkekalan hingga syurgaNYA di akhirat sana...

Itu doa saya yang tiada putus-putusnya....


SEMOGA KITA KUAT MENGHADAPI 

MEREKA YANG TIDAK SUKAKAN ISLAM BERKEMBANG!


Friday, 29 March 2013

relaks sebentar bersama IMAN ~~

duduk sebentar beriman sesaat ~~ ^_^



Saat kita menanam padi, rumput ikut tumbuh.
Tapi saat kita menanam rumput, tidak pernah tumbuh padi...

Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai.
Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.

So.....
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meski tidak sempurna di mata manusia,asalkan di lakukan dengan ikhlas kerana-Nya, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah Azza Wa Jalla...



Di SeBaLiK ~~



di sebalik senyumanmu
tidak pernah ku tahu wujudnya derita
di sebalik gelak tawamu
tidak pernah ku tahu wujudnya air mata
di sebalik kegembiraanmu
tidak pernah ku tahu adanya duka....

menyembunyikan derita di hati bukan mudah,
pendam rasa duka itu sangatlah lelah
berendam air mata hakikatnya lemah....

namun,
dek kerana janji Ilahi kau bangkit,
kerana cinta qudus Rabb kau kembali hidup....

hebatnya dirimu !
dikau menguatkan orang lain di saat kau sendiri rasa lemah,
dikau menggembirakan orang lain di kala hatimu resah,
dikau menghadiahkan orang lain senyuman tatkala hatimu tercalit parah....

kini baruku tahu,
suka tidak bermakna tiada duka,
gembira tidak bermakna tiada derita,
ketawa tidak bermakna tiada air mata...

kadang-kadang,
melihat orang lain bahagia itulah kekuatan,
melihat orang lain ketawa itulah kebahagiaan,
tiada apa lagi yang diharapkan,
melainkan terus mengukir senyuman,
lalu ketabahan bergerak seiringan...

puisi dicipta khas buat insan yang tak henti-henti menghujani diri yang faqir ini dengan SEMANGAT yang sentiasa membara ! moga langkahan kaki kita dan apa yang kita perjuangkan, mendapat saham di akhirat kelak !!!

tiada perjuangan tanpa pengorbanan..... ^_^

salam mujahadah !! Allah sentiasa ada ~~




Saturday, 23 March 2013

tinta & air mata


Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti....

Ku lakar isi hatiku dengan air mata
Ku lakari ia pada langit kehambaan
Tiada kata yang dapat ku lafazkan 
Hanya titis air mata bicara segalanya

menangis..
teringat suatu ketika
Laut keimanan ku tergugat 
Tatkala dihempas badai godaan dunia
Hampir aku hanyut dibawa arus
Lantas Kau hulurkan tali hidayahMu

Menangis lagi…..
Mengenang cinta yang belum utuh untukMu
Tapi masih mencari-cari cinta dunia
Hati yang dahagakan kasih sayang 
Tapi bukan pada RABBnya
Tersungkur kembali pada teguhnya akar nafsu...



Kesatlah air matamu
biarkah ia pergi
redha apa yang akan tiba 
berita yang boleh meruntuhkan perasaan jiwamu
andai mu masih keliru
kata-kata ku ini
bacalah di dalam 
TANGISAN
JIWAKU
Di situ ku luahkan apa yang
terbuku di dalam jiwaku...

CINTA ALLAH ITULAH KEKUATAN ^_^


Friday, 22 March 2013

detik yang berlalu ~~


setiap detik yang berlalu,
ianya akan terus berlalu dan takkan pernah kembali lagi...
kaki terus melangkah mengikut gerak waktu.....

kadang-kadang,

di pertengahan jalanan,
kaki tersadung, wajah tersungkur ke bumi....
kekuatan dan ketabahan saling bergantungan,
cuba untuk membangunkan badan yang lemah....

sejauh mana kita tenang.....?

mata hanya mampu mentafsir tapi
hakikatnya hati lebih mengetahui....

kadang-kadang terasa penat,

kadang-kadang terasa sangat begitu lelah,
kadang-kadang terasa ingin tewas,
namun.....
semua itu hanya seketika apabila IMAN bangkit memimpin hati....
IMAN bangkit memimpin langkah untuk terus menyusuri.....

apa yang indah dengan dunia andai ianya hanya sekadar perjalanan yang kosong...??
mehnah duniawi adalah satu KASIH SAYANG...
andai sabar menghadapinya, maka di SANA setiap perhiasan yang indah
menanti pernghuninya......
andai kita tenang dan bersyukur, MAHLIGAI DI SANA menjadi semakin indah.....

Allah....Allah....Allah.....
Dikaulah kekuatan....
Dikaulah ketenangan yang ku dambakan....

hadapi setiap mehnah dengan tenang.... senyumlah !!! senyumlah !!! 
walaupun hati menangis......






Tuesday, 19 March 2013

ohh EXAM !!!!

bismillahirrahmanirrahim.......

alhamdulillah, bersyukurlah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas lagi pada hari ini.. moga kita tak lupa mengapa Allah menghidupkan kita hingga ke saat ini.. apakah tujuannya, ya sahabat-sahabat? emmm,, fikir-fikirkan ye !!!!!

sementara menunggu exam adab nusus pada jam lapan malam ini, terasa ingin mengisi kekosongan masa dengan menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran.. cewahh,, sempat lagi nak berblog ye.. bukan apa, balik kelas dari pagi sampai ke petang sure otak yang dah letih ni perlukan rehat.. daripada tidur baik kita buat sesuatu yang berfaedah ye tak?? lagipun tak baik tidur selepas asar.. mewarisi sifat kepapaan... dah la malam ni nak exam,, risau akan jadi blurr pula... hehe.. ^_*

EXAM?? EXAM?? EXAM?? emm,, dengar perkataan ni je dah cukup membuatkan majoriti student tak tidur malam, stay up sehingga lewat pagi, ada yang sanggup berlapar, dan macam-macam lagi.. bagi mereka, sesaat yang berlalu tu sangat sayang untuk dibazirkan.. itulah ragam kebanyakan student yang bakal menghadapi exam !! ada yang lagi sejam nak mula exam dah mula sakit perut, time-time tu je tetiba perut jadi lawas.. hehe.. biasalah, ana pun selalu je rasa macam tu.. sakit perut plus cuak tu memang dah sebati.. badi exam kut ! hikhik...

satu lagi yang ana perasan kebiasaannya bila exam semakin menghampiri, musolla akan penuh.. pukul 5 pagi dah ada orang kat musolla.. secara husnu zon, sudah pasti mereka cuba untuk mendekatkan diri kepada Allah.. dah saat-saat genting macam tu hanya Allah je yang boleh tolong.. tak kiralah kita hebat macam mana pun,, jangan sombong dan terlalu yakin dengan kelebihan yang kita ada.. kuasa Allah siapa yang tahu? kan kan kan??

nak kata manusia ni bila dalam keadaan susah,, baru nak ingat Allah.. pengalaman ana masa sekolah menengah dulu, time nak exam PMR dan SPM, pukul 5 pagi dah ramai ke musolla untuk berqiyamullail.. lepastu rasa macam tak nak keluar daripada musolla,, rasa nak stay terus dalam tu.. rasa tenang yang amat sangat bila kekerdilan diri ini terasa pada pandangan Allah.. subhanAllah !!! anda semua pernah rasa tak? cumanya nak kata, janganlah sebab kita nak exam, time tu je kita melipatgandakan ibadah, bila exam dah selesai, ibadah yang kita buat tu dilupakan begitu sahaja.. sepatutnya, dah selesai exam tu kita kena lipatgandakan lagi ibadah, supaya Allah lembutkan hati pemeriksa untuk menanda kertas dengan senang hati dan dada yang lapang.. pemeriksa itu manusia biasa juga yang mana hati dan moodnya boleh berubah-ubah.. ingatlah !! Allah itu memegang hati hamba-hambaNya.. jangan risau, bila kita bergantung kepada Allah, natijahnya akan kheir sahaja.. sentiasa tajdid niat !! moga usaha tak jadi sia-sia....

walau apa pun, exam ni cuma ujian duniawi.. bilamana kita diuji oleh Allah dengan sesuatu yang lebih sukar, sehingga tak tertanggung rasanya untuk terus bertahan, maka formulanya tetap sama.. dekatkanlah diri dengan Allah.. mintalah Allah pinjamkan secebis kekuatan,, memang kadang-kadang kita rasa macam dah nak putus asa... tapi,,,,, nanti dulu !!!! jangan mudah menyerah !!! Allah itu tetap ada.. meskipun di saat itu kita berseorangan tiada siapa yang menemani, Allah tetap ada untuk kita... Allah dengar setiap luahan hati kita !! Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.. percayalah,, cuba tarbiyah hati untuk sentiasa yakin dengan pertolonganNya...



niat di hati nak tulis sikit je, terpanjang sikit pulak.. hehe.. sikit je.. apa-apa pun,, bittaufiq wannajah !! setiap ujian ada hikmahnya.. jangan mudah menyerah kerana kita ini adalah JUNDULLAH !!! siapa kita?? kita ini pejuang ISLAM, pejuang AGAMA... jangan risau,, Allah sentiasa ada untuk membantu.... ^_^

ana akhiri coretan ana pada post kali ini dengan satu quotes :

dalam bahagia Allah menyisipkan duka,
agar kita tahu ada himkah di sebalik air mata...
dalam harap Allah menyisipkan resah,
agar kita sedar untuk iringi doa dengan sepenuh pasrah...
dalam juang pun Allah letakkan lelah,
agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah...

jap,, ada lagi satu !!! 

HAPPINESS will never come
to those who fail to
appreciate the blessings they already have..
say ALHAMDULILLAH
every moment of life..
^_______^

selamat menempuhi imtihan (exam) !! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...