Pages


Ads 468x60px

Thursday, 14 March 2013

ular !! ular !! ular !!

ketika sedang berqailulah di dalam bilik..................

ular ni hanya gambar semata-mata..
bukan ular yang ada kaitan dengan ini cerita ! ;)


"Aaaaaarrrrrrr !!!!!!!!  ular ! ular ! dik, bangun dik ada ular !!!!"
jerit seorang kakak yang ketika itu sedang memakan keropok mamee di dalam bilik.. 

baru sahaja si adik ingin terlena, zzuuuppp !!!! rasa nak jatuh jantung dek mendengar teriakan si kakak..
nasib baik roh ni masuk jasad yang betul.. hehe.. si adik pula tengah tidur di atas lantai, tanpa berfikir panjang si adik terus melompat naik atas katil gaya dah macam ala-ala superman, lutut terhantuk di besi, sakit jangan nak cakap la.. tapi sebab takut tahap gaban punya pasal, sakit tu tak rasa langsung, dada berdebar kencang sambil mata si adik meliar mencari kelibat ular..

"mana? mana kak ularnya?" si adik sudah mula cuak.. si kakak sudah awal-awal cabut dulu meninggalkan si adik keseorangan dalam keadaan kebingungan dan ketakutan.. sampai hati... tiba-tiba.........

'eh apa benda yang panjang warna hitam halus depan mata aku ni?' si adik dah berada di tahap takut yang teramat sangat.. baru je nak jerit sekuat hati, nasib baiklah minda si adik ni masih boleh berfikir dengan waras.. maklumlah baru bangun tidur, tengah mamai-mamai gitu.. rupa-rupanya benda panjang warna hitam tu ialah 'earphone'.. fuhhhh,, rasa gemuruh di dada sudah mula kendur sedikit.. mati-mati ingat ular, hati si adik berbisik..

"oi dik, keluar la.. ular tu ada kat depan katil tadi" jerit si kakak dari luar bilik.. serentak itu, rasa ketakutan sudah kembali menguasai diri.. tanpa berlengah lagi, si adik dengan sekuat hati melompat dari atas katil straight ke arah pintu sambil berlari-lari geli-geleman.. bukan apa takut terpijak ular tu.. eeiiii !!!

tangan si adik sudah mula menggigil.. ayah yang ketika itu sedang beristirahat di atas buai, berlari-lari masuk ke dalam..

"apa yang kecoh ni?" soal ayah kehairanan..

"ular tadi dalam bilik" jawab si kakak..

"besar ke ularnya? warna apa?" soal ayah lagi.. langsir bilik diselak.. 

"sedang-sedang je besar ibu jari kaki.. warna kelabu" ujar si kakak.. dia hanya memerhatikan dari luar pintu je.. nak masuk bilik memang tak la..

ayah terus masuk memeriksa tempat yang didakwa ada ular tadi.. belakang meja, bawah katil, celah almari, semua tempat ayah cari namun tak jumpa.. erkk ~~ tak jumpa? alamak !! macam mana nak masuk bilik cenggini.. hati sudah mula rasa tak tenang.. 

emm,, walaupun ular tu tak sebesar mana tapi kalau dah keturunan penakut haiwan yang bernama "ULAR",, tak kira besar ke kecik, eeiii......... memang geli geleman.. bagi la wang berjuta pun kalau dicabar pegang memang takkan didekati apatah lagi disentuh... 

cari punya cari, geledah punya geledah, tak jumpa jugak.. so mereka pun berfikir mungkin ular tu terkejut tatkala mendengar si kakak menjerit, tu yang ular tu patah balik.. heemmm,, nak sedapkan hati la konon.. tapi logik ke? 

sejak tu, memang risau nak masuk bilik.. masuk pun mata pandang kiri kanan, sangat berhati-hati.. ambik barang terus cabut lari.. 
bila malam, aduhh !! rasa macam tak selamat je.. hatta semut jalan atas kaki, rasa terkejut tu bukan main dasyat lagi.. masyaAllah.. nak tutup lampu pun rasa seram je.. takut ular tadi tiba-tiba muncul.. nasib baiklah si kakak dan si adik ni tidur dalam bilik yang sama, kalau berasingan? memang tidur kat ruang tamu la jawabnya..

tidur malam tak lena, sekejap-sekejap terjaga.. automatik otak ni terfikirkan ular.. ishhh... sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi.. dasyat sungguh la...


amacam dengan cerita ular ni? emm, actually ni memang cerita betul, baru terjadi tengahari semalam.. yang mana ana sendiri alaminya ( ana lah si adik tu) hehe... ^__*

apa yang ana nak cakap kat sini, bukan pasal ular tu pun,, tapi cuba kita bayangkan ular tadi ibarat perkara yang mendatangkan dosa.. bilamana ia hadir, menimbulkan rasa takut untuk didekati apatah lagi disentuh.. tatkala kita terlalu risau memikirkannya hinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi.. indah kan bila kita selalu rasa macam ni? mesti taknak buat dosa hingga mengundang kemurkaan Allah... 

ingatlah, walau apa pun yang berlaku, sentiasa ambil ibrah.. cubalah sentiasa menCARI HIKMAH.. mengapa Allah berbuat begitu.. kita dikurniakan akal supaya berfikir berpandukan al quran dan as sunnah..

peringatan demi peringatan diberi, berfikirlah !!

selamat berfikir dan beramal !!! renung-renungkan...... ^_^

kerana Allah kita mara ! barakallahu fikum....





Wednesday, 13 March 2013

Pasrah Segalanya ~~

assalamualaikum warahmatullah....



ana ingin berkongsi sebuah lagu yang mana ana baru dengar first time terus suka dan menyentuh hati ana.. tambah-tambah pula sekarang Allah sedang menguji ana dengan dugaan yang benar-benar hampir membuatkan ana tersungkur.. namun ana sentiasa yakin bahawa ujian itu tanda Allah menyayangi dan ingin memuliakan hamba-hambaNya.. malam tadi ketika tengah melayan kesedihan, tergerak hati ana nak tekan link lagu PASRAH SEGALANYA di youtube, terasa bagaikan hati ni nak sangat tau lagu ni sedangkan tak pernah tahu pun akan kewujudannya.. bila dah dengar, hati ana terpujuk.. alhamdulillah.. duhai sahabat ana sekalian,, kini dengarkanlah ~~


pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerana tiada siapa yang sudi membela..

kutabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di lautan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai..

namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu Tuhan
yang berkuasa jua mencipta
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala apa yang terbuku di hati..

Ya Allah tidakku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai noktah telah ku temui
mengakhiri segala yang telah aku mulai..

Ya Allah Engkau lindungilah aku
bekalkanlah daku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidakku terhenti di pertengahan..

kini di sini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari pagi
setelah malamku berkalut benci..



Tuesday, 12 March 2013

ini kisah IBUku ~~

bismillahirrahmanirrahim.....



terdengar satu tangisan memecahkan suasana, tangisan dari seorang bayi yang lahir ke dunia, seiring jeritan sang ibu yang berjihad bertarung nyawa, demi melahirkan sebuah 'CINTA'.... ya,, 'CINTA' itu adalah 'KITA' !! ^___^


wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian, 

post kali ini insyaAllah ana akan membawakan kisah seorang IBU... semua orang ada ibu/emak/ummi/mama atau panggilan yang seangkatan dengannya kan? dalam berjuta-juta orang yang kita jumpa, pasti ibulah yang menduduki carta  nombor satu di hati kita setelah Allah dan Rasul... ^_^... betul tak?



ana nak cerita mengenai IBU ana sendiri, actually tak panggil ibu tapi MAK ! kalau tanya semua orang pun, mesti diorang akan cakap " ibu saya lah yang terbaik di dunia "....macam tu jugak pada ana bila orang tanya mesti jawapannnya itu... SAYA SAYANG MAK SAYA !! bila cerita soal ibu ni, mesti akan sensitif kan? insyaAllah, meh ikuti ana... baca sampai habis tau !!

INI KISAH IBUKU ~~


adik dilahirkan ketika mak berumur 42 tahun, ketika itu agak bahaya dan mustahil bagi seorang wanita untuk melahirkan anak.. 
sepanjang mak mengandungkan adik, mak selalu keluar masuk hospital cek darah.. sebab mak ada darah tinggi..
walaupun kadang-kadang mak lemah dan rasa tak larat, tapi mak tetap gagahkan diri untuk kuat demi adik..
mujurlah ketika itu anak-anak mak yang lain (along, angah, alang, ateh) dah besar,
boleh bantu mak menguruskan diri, masakkan makanan untuk mak...
hinggalah tibanya saat adik telah dilahirkan ke dunia,
mak memangku adik dengan penuh kasih sayang,
namun kesakitan yang ditanggung oleh mak tak berakhir di situ,
memandangkan adik ditempatkan di blok yang jauh sedikit dari wad mak,
mak terpaksa berjalan perlahan-lahan menahan kesakitan,
menuju ke blog tu semata-mata untuk menyusukan adik..
kemudian bila adik dah tidur, mak kembali semula ke wad mak....
begitulah silih berganti setiap hari tambah-tambah pula adik kena demam kuning menyebabkan mak perlu kerap menyusukan adik....
setelah dibenarkan pulang setelah berhari-hari lamanya di hospital,
mak mengendong adik melangkah ke dalam rumah buat pertama kalinya,
berebut-rebut along, angah, alang dan ateh mendapatkan mak sambil mencium pipi adik berkali-kali..
adik rasa seronok bila semua orang menerima kehadiran 'orang baru' dengan gembiranya....

masih segar di ingatan adik,
saat pertama kali adik menjejakkan kaki ke tadika,
mak lah yang setia menanti adik di luar pintu pagar....
kadang-kadang adik menangis tak nak pergi sekolah,
tapi mak tetap berlembut dengan adik,
satu hari tu adik suruh mak teman sampai masuk kelas,
tapi adik taknak mak balik, then mak mesti akan selalu cakap ayat ni ' adik, mak tak matikan enjin motor, nanti motor tu jalan sendiri... macam mana nak balik? '
pandai mak !

ketika umur adik sudah menginjak 13 tahun,
adik diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama,
yang mana adik terpaksa berpisah dengan mak,
masa kemas barang untuk berangkat pergi ke sana,
hati adik sebak nak tinggalkan mak !
dan adik tengok muka mak pun sedih tapi mak tak tunjuk,
antara kesemua anak-anak mak, adiklah yang terawal berpisah dengan mak,
mana mungkin adik sanggup mak?
namun, mak cakap ' mak dulu tak pernah sekolah.. dan sekarang, mak taknak anak-anak mak tak sekolah macam mak.. '
ketika itu adik tau mak nakkan yang terbaik dalam hidup anak-anak..
adik melangkah pergi meninggalkan mak dalam keadaan hati yang merintih hiba,
sedaya upaya adik cuba ukirkan senyuman paling manis untuk mak meskipun ianya pahit..
untuk bulan yang pertama, hampir setiap malam adik tekup muka dengan bantal nangis sorok-sorok,
sedih sebab rindu mak sangat-sangat !
kalau dapat balik rumah tu, ya Allah seronoknya !
mengalahkan orang yang dari oversea bertahun tak balik... ^_*

bila sekali-sekala dapat balik rumah jumpa keluarga,
mak sentiasa bersemangat dengar semua pengalaman adik di asrama,
dan mak mesti tak lupa bagi kata semangat terutamanya bila nak exam..
seperti biasa, kata-kata mak yang satu inilah sentiasa terngiang-ngiang di hati dan pendengaran adik ' mak taknak hidup anak-anak mak susah macam mak dulu '..
itulah kata-kata azimat mak yang adik akan ingat sampai bila-bila..

sehinggalah adik berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,
mak lah orang paling seronok tatkala menerima berita gembira itu..
berbeza situasinya bila mak menghantar adik masa hari pertama ke asrama dan universiti,
jika dulu mak sedih, tapi sekarang mak tersenyum gembira...
adik pun dah tak nangis macam dulu lagi,
sekarang adik dah BERJIWA KENTAL.....
bila dah di universiti, kadang-kadang adik teralpa untuk menelefon mak,
tapi mak tak pernah lupa untuk call adik bila adik tak telefon mak 3 hari,
maafkan adik mak !
bila ada peluang bercuti balik rumah,
kadang-kadang adik terlambat bangun pagi tolong mak buat sarapan,
tengok-tengok dah siap je,
maafkan adik mak !
bila mak tengah masak untuk lunch, adik kadangkala terleka menonton TV dan tercongok depan laptop,
hingga tak sedar mak dah pun siap masak..
lepas tu mak cakap ' takpe, nanti rumah adik mewah, mesti ada mesin yang akan siapkan makanan '
adik tau mak berkias,
maafkan adik mak !
sejak itu adik berhati-hati supaya tak guriskan hati mak lagi....


dan satu perkara yang adik kagum dengan mak ialah.....
mak tak pernah lupa hari ulangtahun kelahiran anak-anak mak,
bukan setakat tu je, tak lupa jugak befday menantu-menantu dan cucu-cucu mak..
semua mak ingat dan mak takkan lupa untuk beri hadiah,
kalau tak bagi hadiah pun at least mak akan masakkan lauk special,
subhanAllah ! di mana lagi inginku cari ganti orang seperti mak?
adik takkan pernah jumpa kat mana-mana,
yang terbaik cuma mak sorang je...


kini, mak semakin meniti usia emasnya,
mak dah tak berapa sihat macam dulu...
bila ada je benda membuatkan mak susah hati,
cepat je air mata ni membasahi pipi,
mengenangkan jasa dan pengorabanan mak yang tak mampu nak dibayar,
tambah-tambah lagi kesabaran dan ketabahannya mendidik anak-anak,
meskipun mak tak pernah bersekolah, namun ketahuilah wahai ibuku !
kesusahan yang dikau tanggung itulah menjadi pembakar semangat kejayaan anak-anak..
itulah hakikat seorang mak,
tetap tersenyum saat kesusahan,
tetap cuba memberi yang terbaik untuk anak-anak setiap hari,
meskipun adakalanya kita pernah menghiriskan hatinya dengan sikap buruk kita,
kadangkala pernah mengundang air matanya dek ketelanjuran kata-kata kita...
namun semua itu diketepikan, demi sebuah kasih terhadap CINTA, kitalah CINTA itu !!! ^_^

duhai sahabat sekalian, 
itulah kisah seorang ibu iaitu mak ana.. dan ana tau anda semua mesti mempunyai kisah ibu yang menarik ! takpe, jadikan kisah ibu kita sebagai pedoman buat bimbingan kita dalam mendidik anak-anak yang bakal mendatang.. hargailah ibu selagi dia ada, sayangilah ibu selagi terdaya dan senangkanlah hatinya dengan menjadi anak yang soleh ! kerana syurga itu terletak di telapak kaki ibu.. sesungguhnya kasih ibu membawa kita ke syurga.. mudah-mudahan kita dekat dengan syurga Allah.. 


terima kasih kepada semua yang sudi membaca.. ambillah yang mana dirasakan bermanfaat..
dan jangan lupa untuk berbuat ihsan pada ibu bapa ! mereka tiada TEMAN PENGGANTI..

by :
-bakal UMMI aka IBU-

^__*








Sunday, 10 March 2013

KalAm BerbIcaRa

ku biar kalam berbicara........ehem...ehem....

assalamualaikum kepada semua muslimin muslimat rahimakumullah jamian !

terasa lama benar jemari ini tidak menyentuh ruangan blog.. masa bagaikan pantas berlalu.. tak sedar, pejam celik dah masuk bulan mac, dua bulan lagi bakal berakhirnya semester 3, maknanya, ana semakin menghampiri title 'second year' di CFS IIUM ni.. rasa sedih jugak nak meninggalkan zaman first year, tapi itulah kehidupan, kita takkan pernah kembali ke zaman silam.. sesaat yang berlalu takkan berulang.. so, hargai dan syukurilah sesaat yang hadir dalam hidup kita !

suasana mahallah yang kian sunyi, menggamit perasaan ana untuk mencoret sesuatu.. macam-macam benda yang dah terjadi.. diuji, diuji dan terus diuji.. kadangkala rasa lelah untuk melangkah, semangat ini semakin tenggelam, namun ana bersyukur kerana dikurniakan insan-insan yang tak jemu membangkitkan semula semangat ana, terus membiuskan semangat perjuangan.. kini, ana sudah mula yakin untuk meneruskan langkah perjuangan bersama mereka, bahkan ana semakin tenang berada di samping mereka.. alhamdulillah...

bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.. biasalah tu diuji, kalau tak diuji bukan manusia namanya kan? kadang-kadang memang rasa lemah bila diuji tapi cepat-cepat kembali kepada Allah.. hanya Allah tersimpan segala jawapan, Dia menguji kita tanda sayang.. belajarlah untuk sentiasa berlapang dada.. insyaAllah kita akan rasa tenang sebab kita tahu Allah sedang uji sejauh mana kita mencintaiNya..

luasnya hikmah ukhuwah yang Allah tautkan ini, bukanlah sia-sia.. sehingga kini ana mungkin tak mampu nak cari sahabat dan akhowat macam mereka yang sangat-sangat ana sayang kerana Allah.. merekalah keluarga ana di sini.. tempat ana meluahkan rasa gembira, tak puas hati, sedih.. ketawa bersama, menangis bersama.. mereka ini seakan tidak jemu mendengar masalah ana, walaupun hakikatnya banyak lagi masalah yang perlu mereka uruskan.. tapi mereka sentiasa melayan ana seperti keluarga sendiri.. menerima kekurangan ana, yang terkadang membuatkan kesabaran mereka teruji ketika berbicara dengan ana.. 

itulah akhowat yang ana kenali, kakak-kakak dan sahabat-sahabat di sini khususnya sahabat sebilik & sekelas dan kakak-kakak (teman seperjuangan musolla), naqibah (along 1 & along 2).. ana sayang antunna semua sangat-sangat.. bersyukur dengan kehadiran mereka.. cuma satu yang ku pinta dariMU ya Rabb, jangan pernah jauhkan kami.. tautkan hati kami dan eratkan kemesraan kami di dalam taliMu.. sandarkan niat ukhuwah adalah semata-mata kerana redhaNya.. moga kita berjiran di jannahNya..

rasa kekok sangat nak tulis blog barangkali dah lama sangat tak disentuh.. > nampak tak istiqamah di situ <
cerita banyak tapi................ entahlah.. idea tak datang pulak malam ni.. main pakai taip je.. mengisi masa senggang.. rasa bermanfaat tak ni? emmm,, mungkin..... hehe

apa-apapun, satu kata-kata yang ana suka sangat.. "SENTIASA BELAJAR UNTUK BERLAPANG DADA" natijahnya amat indah.. cuba try !!! ana cakap berdasarkan pengalaman.. bukan teori semata-mata..   
ada la satu peristiwa yang membuatkan ana rasa macam tu, tapi itu RAHSIA.. tak boleh cerita kat sini.. 



ramai orang yang pandai berKATA-KATA,

namun tak ramai yang mampu berAMAL....

mungkin ramai yang mampu berAMAL,

tapi tak ramai yang mampu berMUJAHADAH...

mungkin juga ramai yang mampu berMUJAHADAH,

tapi tak ramai yang ISTIQAMAH...

dan mungkin juga ramai yang ISTIQAMAH,

namun tak ramai yang IKHLAS...

# satu quotes untuk peringatan bersama : 

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu,
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tinggi kasih sayangNYA padamu....

sehingga bertemu lagi di lain masa... semoga sentiasa di bawah rahmatNya..wallahu a'lam....

                                                        




Saturday, 9 February 2013

SekEpInG WaRkaH ~~

warkah itu ku tatap lama,
satu persatu nostalgia silam kembali menyerang memoriku,
mungkin wajahku tampak ceria ketika ini,
namun, rindu di hati ini siapa yang tahu?

rindu yang sentiasa menggundahkan sekeping hati,
apakah lagi cara yang harus aku terjemahkan?
menyusun kata-kata di atas kertas tidak cukup untuk buktikan,
butir bicaraku barangkali tidak jelas,
untuk membawa kalimah yang mempunyai seribu satu maksud,
umpama membawa perhiasan untuk dipersembahkan di hadapan raja,
sungguh ku amat gugup !

warkah itu masih di genggamanku,
biarlah waktu yang menentukan,
sama ada fitrah ini berhak atau sebaliknya,
buat masa ini,
aku masih lagi persiapkan diri..
dalam perjalanan menjadi sang kekasih untuk Penciptaku...




Monday, 28 January 2013

berAMAL melalui keAZAMan

assalamualaikum warahmatullah semua !

bermulalah tahun baru bagi kita (walaupun rasa macam dah nak masuk bulan februari), moga azam kita tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. mungkin ana agak terlewat untuk membicarakan mengenai keazaman tapi masih belum terlambat untuk kita membuat perancangan.. moga masing-masing mempunyai azam yang lebih baik.. kheir !

kali ini ana ingin menyentuh sedikit mengenai keAZAMan.. emm, ada antara kita mungkin mempunyai matlamat yang jelas dan ada jugak yang masih kurang jelas.. walau apa pun, kita mesti mempunyai matlamat yang betul-betul nak digapai.. sesungguhnya orang yang berjaya ialah orang yang merancang masa depannya sebaik mungkin.. bagi umat Islam, sudah tentunya masa depan kita adalah kehidupan DUNIA dan AKHIRAT.. dunia itu hanya sementara, akhirat itulah kehidupan yang kekal selama-lamanya..

baru-baru ini, ketika meeting BAR ada seorang akhi memberikan sedikit tazkirah yang mana ana merasakan kita semua patut mengambil ibrah.. katanya, kadang-kadang memang kita mempunyai azam tapi kenapa masih tak dapat nak merealisasikannya? menyorot kata-kata Prof Dr. Muhaya, " tulislah azam kita di atas sehelai kertas, dan letakkan di tempat yang selalu kita lihat.. bila ditulis kita akan nampak, bila nampak kita akan ingat, dan bila kita ingat kita akan rasa susah hati bila tak buat "... betul tak? ketuk jendela hatimu, tanyalah sendiri adakah ia benar atau tidak? emmmm...

baiklah, apa yang nak ana highlightkan di sini ialah 4 perkara yang semestinya menjadi satu AZAM atau MATLAMAT kita setiap hari...

firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 72 :

"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan bodoh "


ayat ini secara jelas menunujukkan amanat manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini sangatlah berat.. apabila amanat itu tidak dilaksanakan sebaik mungkin, maka tergolonglah manusia itu dalam kezaliman dan kejahilan.. na;uzubillahi min zalik !!!

hadis riwayat Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Dari Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda :

" ketahuilah ! setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya terhadap apa yang dipimpin "

jadi, antara 4 perkara yang perlu kita letakkan sebagai matlamat setiap hari ialah :-

  1. MURAQABAH  (مراقبة)
muraqabah ini bermaksud mendekatkan diri kepada Allah... sebagai hamba yang sentiasa mengemis cinta Allah, kita perlu ada rasa nak dekat dan berusaha untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kepadaNya.. umpama lirik yang didendangkan dalam lagu Damba Kasih oleh Raihan.. apabila selangkah sahaja kita menghampiri Allah, beribu-ribu langkah Allah menghampiri kita.. pendekatan kepada Allah membuatkan jiwa yang resah mula terasa kedamaian.. caranya ialah melalui mekanisme ibadah seperti berzikir, puasa, zakat dan sebagainya..

Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun 
kepada hamba-hambaMu
selangkahku kepadaMu
seribu langkah Kau pada ku...

    2.     MUJAHADAH  (مجاهدة)

mujahadah bermaksud perjuangan.. mengikut bahasa arab, berjihad dan bermujahadah maksudnya sama namun terdapat sedikit perbezaan dari segi konteksnya.. berjihad lebih menjurus ke arah berjuang seperti berperang melawan musuh di jalan Allah.. mujahadah lebih kepada berjuang melawan nafsu.. apa yang ingin ditekankan ialah bermujahadah melawan nafsu yang semakin bermaharajalela dalam diri manusia.. pada akhir zaman ini seringkali terjadinya kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan berpunca salah satunya daripada nafsu.. tiada jihad tanpa sebuah pengorbanan.. tak semestinya berjihad itu mengangkat senjata sahaja di medan pertempuran, tetapi usaha kita nak mengajak orang berbuat kebaikan itu sudahpun dikira berjihad,, sentiasa beringat ! Allah tidak memandang hasil tetapi pada usaha ! wallahu a'lam...

    3.     MUHASABAH  (محاسبة)

muhasabah merupakan amalan yang sangat dituntut dalam setiap individu.. muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dihisab.. bagaimana dikatakan muhasabah ini sangat penting? kerana dengan muhasabah itulah dapat mencairkan semula hati yang kian membeku, melembutkan semula jiwa yang telah mengeras dan menambahkan topup iman yang semakin kurang atau hampir tamat tempoh.. misalnya, melalui mutabaah amal yang kita jadualkan setiap hari.. hari ini sudahkah kita solat berjemaah 5 kali sehari? ma'thurat pagi dan petang? solat dhuha? puasa sunat? qiamullail? 

sabda Nabi S.A.W :

"orang pandai adalah orang yang rendah diri pada Allah dan beramal untuk bekalan mati, orang dungu adalah orang yang menurut nafsu dan berangan-angan kosong"
(HR Tirmizi)


      4.      MUAQABAH  (معاقبة)

apa itu muaqabah? ana sendiri pun baru tau meaningnya iaitu hukuman.. emm,, akhi tu kata macam ni, hukuman ini bermaksud kita menghukum diri kita sendiri setelah kita membuat sesuatu dosa atau kesalahan.. menghukum diri sendiri ni bukanlah maksudnya dengan menyeksa atau menyakiti diri tetapi melalui amalan yang lebih baik atau berganda-ganda.. contohnya seseorang ni solat subuh lewat, jadi dengan muaqabah ini, dia melipatgandakan amal ibadahnya dengan melakukan solat tasbih, berzikir dan sebagainya.. ada satu cerita ~~

terdapat seorang hamba Allah yang boleh dikatakan sangat rajin beribadah.. sehinggakan satu hari ni syaitan ingin cuba untuk melalaikannya.. satu pagi ketika azan berkumandang, syaitan itu berjaya membuatkan hamba Allah ini terlewat subuh.. ''yesss !! yahooo,, yabedabeduuu !!!! syaitan bersorak atas kemenangan itu" namun kemenangan sang syaitan itu hanyalah sementara sahaja.. setelah menunaikan solat subuh, si hamba Allah ini terus menunaikan solat sunat tasbih dan meneruskan amal ibadah lalu berzikir dalam jangka masa yang lama dengan harapan Allah mengampuninya.. 

ketika keesokan harinya, hamba Allah ini bangun lebih awal daripada biasa.. dan dia terus memperbaiki ibadahnya sehinggakan tiada ruang untuk syaitan memperdayakannya lagi.. apabila ditanya kepada syaitan itu mengapa kau tidak mahu memperdayakannya? bukankah engkau telah berjaya memperdayakannya? lalu jawablah syaitan itu, " ya, memang aku berjaya memperdayakannya tetapi aku amat takut padanya.. jika aku berjaya memperdayakannya lagi, nescaya amal ibadah yang dia lakukan semakin bertambah dan keimanannya semakin mantap.. sungguh aku amat takut padanya ! "

kisah ini amat membuatkan ana rasa,, Allahu akbar !!! betapa jauhnya lagi usaha untuk terus mendaki tahap seperti ini.. 


inilah 4 perkara yang dapat ana simpulkan.. mungkin penjelasan ana masih kurang cukup atau jelas, mintalah pencerahan dari orang yang lebih arif mengenainya.. walau apapun azam atau keinginan kita, sentiasa letakkan matlamatnya adalah kerana Allah.. moga Allah sentiasa membantu kita untuk merealisasikannya dengan bantuan yang tak di sangka-sangka... wa kafa billahi waliyya wa kafa billahi nasiro.. 

sekian, cukup setakat ini,, moga bertemu kembali.. barakallahu fikum !! ^_^

Saturday, 26 January 2013

nukilan untuk teman


ehem,, dengar ye,, saya cipta sendiri ni...testing mike,, 1,2,3.... test..test..test !!!!

saat pertama kali kita bertentang mata
tak pernah ku sangka 
terbitnya satu perasaan indah
yang sedang membuai-buai
sambil bernyanyi riang
dari corong dasar hatiku ini....

anehnya perasaan itu
tanpa perlu menunggu lama untuk menempatkanmu di singgahsana hatiku ini...
seingatku pada awalnya
kita saling menghulurkan tangan menyambut salam ukhwah
saat itulah turut mengalirnya perasaan itu...
laju,, seperti air jeram yang mengalir deras.....
terus menuju ke lembah hatiku ini..

sahabat !
sejak permulaan kita bertemu
tak henti-henti aku melafazkan kalimah syukur
tak tahu bagaimana lagi inginku gambarkan
perasaan yang sebenar-benarnya telah bertandang...
namun sekarang ini ku masih tertanya-tanya,
setelah kita dipertemukan,, kenapa mesti wujudnya perpisahan?

sungguh ku tak mahu lagi mendengar lagi perkataan 'perpisahan' itu..
ia satu keadaan yang amat memeritkan,
dari kecil sehingga kini perkataan itu tetap sebati dalam kamus hidupku..
setelah ku bertemu dengan insan yang ku sayang,
usia kebersamaan itu tidak lama...
kerap jua air mata ini menangisi,
suratan hidup menerima hakikat manusia itu datang dan pergi,
sampai bilakah harusku hadapi?

namun hadirnya tarbiyah Allah itu tanpa diduga,
dengan lembut Dia memujukku,
dengan lembut Dia menenangkanku...

ketika Allah memisahkanku dengan teman yang ku sayang,
Dia tidak pernah lupa untuk menghadirkan insan yang lebih baik daripada itu,
itu janjiNya....
setiap kali perginya teman itu, Dia berbisik kepadaku,
sesungguhnya itu bukanlah perpisahan tapi hanyalah jarak...
buktinya saat ini ku tak pernah merasakan amat jauh dengan teman-teman,
bahkan ku semakin dekat, semakin dekat seolah-olah mereka turut berada di sisiku, sedang merenung mataku yang kian sarat menanggung rindu...
malah seakan-akan sedang bersama denganku tika suka dan duka..
ajaibnya,, bagaimanakah itu?

sayangku,
itulah namanya takdir,rahmat dan hikmah sebuah ukhuwah,
tidak dipinta wang berjuta, intan permata untuk memilikinya,
tapi cukuplah sekadar memilikinya dengan cinta dan kasih sayang..
demi merebut cintaNya,
selangkah demi selangkah kita menapak.
adakalanya ku tersungkur jatuh di perjalanan, namun engkaulah yang membangunkanku,
lantas genggaman tangan dieratkan kembali, seerat simpulan tali..
seolah-olah tidak mahu antara kita yang tak mampu bangkit semula nanti..

kini ku cekalkan hati,
yang patah bertumbuh dan yang hilang berganti,
setiap yang pergi ada tanggungjawab yang menanti,
setiap yang datang meraih janji,
yaa,, sebuah janji,
iaitu berjanji untuk sama-sama mengiringi,
menuju ke jannah, negeri yang abadi !

ingatlah duhai teman !
setiap yang hadir itulah yang terbaik,
dan,,
kalian realiti di hadapanku kini,
satu masa nanti pasti ungkapan 'perpisahan' itu berulang kembali,
jangan bersedih temanku,
jangan pernah merasa jauh,
bukankah hati kita telah lama bertaut?
tautan hati yang kian utuh,
takkan pernah berjauhan bahkan sentiasa terpahat,
di (sila letakkan tangan di hati anda) !
*alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa ni...


-sahabat fillah-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...