Pages


Ads 468x60px

Sunday, 15 September 2013

panggilah si IBU ~~



teennneett..teennneett... [fon berdering]

mataku terpisat-pisat.. penglihatanku kabur, siapa yang call aku pepagi ni? heemm > sambil gosok mata dan kenyit-kenyit banyak kali <

ehh,, 'my mom'?? cepat-cepat ku tekan butang hijau.. pelik juga pagi-pagi lagi mak telefon...

"assalamualaikum mak" suaraku bernada ceria tapi serak-serak basah.. > nampak sangat baru bangun tidurnye tu < hehe..

"waalaikumussalam..ha baru bangun ke ni?"

"errr..aah mak.."

"dik, kenapa dah lama tak telefon mak?" ku telan liur walaupun pagi-pagi tu tak wujud pun air liur dalam mulutku...

"mak, adik baru je beli topup malam tadi..sori mak, memang adik nak tepon tapi tak beli topup lagi" bukanku mencipta alasan, ini hakikat ! memang seorang yang pemalas nak beli topup..

"heemm,, yelahtu.. hari ni ada kelas ke takde?"

"mak, harini kan hari sabtu..mana ada kelas..cuti sampai hari isnin" dalam hati, pelik je soalan mak ni..

"cuti lama taknak balik ke?" soal mak lagi..aduusyy, berat aku nak menjawabnya..

"err,, bukan taknak balik tapi....... haaa !! adik nak study..minggu depan ada kuiz..lagipun exam nak dekat dah mak" ujarku..bimbang juga hati mak terguris kut-kut terasa dengan perlakuanku..ya Allah jauhkanlah....

"kalau taknak balik pun, baliklah rumah abang"

"emm, takpelah mak..kalau kat rumah abang tak dapat nak study, mak tau je lah ade tukang kacau..sape lagi kalau bukan cucu-cucu mak tu" ku cuba memberikan jawapan kukuh..

"yelah, study lah betul-betul..jangan asyik nak merayap je..jawab pekse betul-betul" sayu hatiku mendengarnya..

"insyaAllah mak..doakan ye"

"mak selalu doakan anak-anak mak ni..ok lah dik,, mak nak pergi belakang kejap bagi ayam makan"

"ok mak..nanti adik tepon mak lagi ye..kirim salam kat ayah..assalamualaikum mak"

"yelah..waalaikumussalam"

****************

entah kenapa aku diburu rasa bersalah yang amat sangat.. aku tau mak rindukan aku.. bila dihitung berapa lama dah aku tak balik, lama juga.. last haritu pun time cuti raya.. Allahuakbar ! mak, betapa adik rindukan mak sangat-sangat !! jiwaku terasa seperti kosong sangat-sangat selagi tak menatap wajah mak dan ayah..

tapi apakan daya mak.. anakmu ini tak kuat untuk berhadapan dengan semua itu.. tragedi cuti sebelum ini banyak membuatkanku tawar hati untuk berada di rumah.. bukan salah mak ayah pun,, kami yang salah ! 

yaa !! aku tak kuat bila melihat wajah mereka dipalit kesedihan.. bukan salah didikan mereka, tetapi kami yang keras hati, degil taknak dengar cakap...

"dik, kau kan sekolah agama..tahu hukum-hakam,, nasihatkan lah 'dia'..ayah tak tau nak cakap macammana lagi..dekat sebulan 'dia' taknak cakap dengan ayah, padahal ayah tak tau pun apa salah ayah" ku tergamam.. 

"ayah, semua orang fikir adik ni budak kecik lagi..nak ke 'dia' dengar cakap? tapi insyaAllah nanti adik cuba lah" ku tersenyum tawar..

ayahku mengangguk..ku lihat matanya sudah merah.. cepat-cepatku masuk ke dalam rumah.. tak sanggup melihat wajahnya bersedih sebegitu rupa...


"adik, mak selalu doa anak-anak mak ni baik je..tapi mak tak tau nak buat apa lagi dengan 'dia'" ujar mak ketika sedang membuat kuih koci di suatu malam yang sepi.. ketika itu cuma kami berdua je di dapur..

"mak, takpe..lepas ni mak kan nak pergi tanah suci.. mak doakan la anak-anak mak ni jadi anak yang baik ye" aku rasa macam nak nangis.. tapi tahan dulu..

"tu la dik..harap lepas mak balik dari umrah, 'dia' ok"

"insyaAllah mak..doa kat sana makbul..lagi-lagi doa seoarang ibu kan?" ujarku... mata mak sudah mula merah.. aduhai !! lemah jiwaku melihat wajahnya bersedih..

*****************

sejujurnya aku lebih rela pendam walau segunung rindu daripada terpaksa menahan rasa pedih.. ku tahu ini semua ujian yang Allah hadirkan buatku sekeluarga.. aku tahu mereka pendamkan semua ini dari pengetahuanku.. tidak mahu mengganggu aku katanya, masing-masing mengunci mulut.. tapi siapa yang tak sedih bila balik rumah macam tu pulak yang terjadi? nasib baiklah aku ada 'reporter' yang setia menceritakan masalah apa yang berlaku...

walau apapun,, ku berharap agar kebahagiaan kembali menyinari keluarga kami.. ku hanya ingin lihat kebahagiaan menghiasi wajah tenang mak ayah.. ku inginkan ketenangan meyirami hati mereka.. kuatnya mereka kuatlah aku.. pedihnya hati mereka, pedih jualah jiwaku...

ya Allah, berikanlah kami hidayaMu.. kukuhkan mawaddah kami.. ampuni dosa-dosa kami.. sungguh kami hamba-hambaMu yang amat lemah...


_rindu yang tiada tara bandingnya_ 

Tuesday, 27 August 2013

duhai TEMAN ! ini bingkisanku :)

::: inbox muka buku :::

"weh, nak request something boleh?" 

"kau nak request apa? kalau request tu dari orang yang aku sayang, aku buatlah"

"oh boleh ke?? errr, nyanyikan lagu untuk aku boleh? boleh eh? boleh la !" 

"masalahnya request tu bukan dari orang yang aku sayang.. hehe" 

"emm,, yelah aku faham.. sapelah aku ni kan.. sudahlah, request yang aku cakap before ni pun aku dah cancel"

"eh kau merajuk ke? janganlah macam ni, aku gurau je la..." 

*  terus logout *

Jojo merenung ke luar jendela.. memerhatikan sang bulan yang menghiasi dada langit.. alangkah bagusnya kalau aku dapat duduk kat bulan sana tu.. takde orang ! tapi bahagia ke hidup aku? argghh!! sekarang pun hidup aku tak bahagia.. ke mana aku harus bawa diri ini? mana lagi aku nak bawa hati ini? terus deraian air mata mengalir deras di pipinya.. sampai hati kau Jaja.. tidakkah kau sayang lagi padaku, sahabat? terduduk dia di atas lantai bersama esakan kecil.. haisyyy,, makin dilap-lap air mata ni, makin laju pula.. tak boleh jadi ni !

hah ! 

[01114802730] *terus hubungi....

"assalamualaikum, enti !"

"waalaikumussalam, ya enti ! sihat? kenapa suara macam baru lepas nangis je ni?"

"enti, ana mengganggu tak sekarang?"

"eh kalau spend masa untuk enti, bila-bila masa ana free.. ada apa ni yang?"

"enti, macam mana ye nak cakap... errr,, kenapa eh kita mudah sangat kecewa dengan seseorang tu bila dia buat kesalahan yang kecil sampaikan segunung kebaikan yang dia buat lebur macam tu je.. ?"

"ni ada problem dengan sahabat ke? betul kan?"

"errrr......"

"takpe enti..ana faham.. ana pernah lalui situasi macam tu.. tapi kan enti kena selalu ingat ayat ni ( Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya).. Jika kita mengaku bersahabat kerana Allah,terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.. jika sahabatmu pernah membuatmu terluka, fikirlah bahawa dia seorang manusia yang tak sempurna,  jika sahabatmu pernah membuatmu marah, fikirlah bahawa bukan hanya dia yang pernah buat salah.."


"astaghfirullah.." 

"enti, Allah beri kesempatan untuk enti berkenalan dengan dia.. mungkin cuma untuk saat ini.. mungkin cuma untuk sekali ini, bukan untuk selamanya.. hargailah setiap saat itu.."


::: talian dimatikan :::

hati Jojo terpujuk.. terima kasih sahabat ! berbicara denganmu amat mendamaikan jiwaku.. jazakillah.....

Jojo merenung laman muka bukunya.. diintai sebentar nama friends yang sedang online.. eh, Jaja sedang online lah ! berkali-kali dia buka tutup chatbox.. berperang antara ego dan iman ! ya Allah berilah aku kekuatan,, hilangkan rasa rajukku.. doa Jojo...

"assalamualaikum Ja"

"waalaikumussalam Jo.. tak merajuk dengan aku lagi ke?"

"emm dah la tak payah ungkit.. aku dah okay"

"serius ni? fobia aku kalau kau merajuk.. maafkan aku.. aku sayang kau sebenarnya Jo"

"its ok Ja.. serius aku takde apa2..ermm,, aku pun sayang kau"

******************

gaduh-gaduh sayang, macam tu la kata orang.. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sahabat sejati, tak gitu? sape je yang sanggup tak cakap lama-lama dengan sahabat, ce gitau sikit?? 

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا 
وخيرهما الذى يبدأ بالسلام


Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. 

haa,, ada lagi...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
 “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
* Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
* Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.” 
*Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya. 
*Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf. 
*Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.
# Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.


**************

mengalahlah kalau perlu, Jojo.. kalau sebuah ukhwah perlu sentiasa dibayar dengan air mata pun aku sanggup.. aku dah lali menangis ni.. aku dah letih terasa hati, kali ini biarlah apa jua orang lain buat padaku, pandanglah ia seperti angin lalu.. dont be so sensitive towards people around you..

Jojo, sentiasa ingat ! bahagia tu tak lama, duka jua tak berpanjangan.. asam garam dalam ukhwah banyak mengajar erti sabar.. jika kasih sayang yang diberi, jangan harapkan balasan.. kelak bila balasan yang dia beri tak seperti yang kita harapkan, kita juga yang PATAH HATI.. jika sahabatmu menyayangimu, maka sayangilah dirinya lebih dari itu.. Jaja, aku memang segan nak jadi agak 'romantik' depan kau tapi aku perlu train diri aku ni supaya jadi orang yang tahu menghargai.. aku taknak aku yang akan terkilan satu hari nanti kerana membiarkan ukhwah kita tak begitu istimewa seperti indahnya ukhwah Abu Bakar terhadap Rasulullah.. 

sahabat, kau bukan milikku.. aku jua bukan milikmu.. kau hanyalah pinjaman sementara.. satu pinjaman Allah yang sangat indah.. sebab tu aku harap sangat 'pinjaman' ini akan bertukar status 'memiliki' iaitu kekal selamanya di Jannah.. Allah hadirkan dirimu bukan saja-saja.. semua orang layak menjadi sahabat kepada yang lain.. you deserved towards them ! do you think i am such good enough? NO ! never ! aku juga sepertimu, masih mencari-cari arah.. kekuranganku kau isi, kelebihanmu melengkapiku,, tidakkah kau tahu?


Jaja, 
apakah kau fikir aku senang nak melangkah pergi?
tak terbayang bagaimana perasaan aku saat itu nanti
masihkah setia air mata ini terus mengalir?
mampukah aku melepaskan tanganmu?
bagaimanakah keadaan aku selepas kita tidak bersama lagi?

sahabatku Jaja,
terdengar lagu-lagu yang kau suarakan setiap hari
terasa seperti jiwaku telah separuh pergi
terbang tanpa arah
sayapku kian patah
ku hanya mampu pasrah
redha menerima yang kita bakal berpisah

suratan yang telah tertulis
mungkin sudah tiba masanya
kita terpisah antara persimpangan jalan
meneruskan pengembaraan kehidupan
biarpun tidak bersama
tapi
satu saat nanti kita pasti bertemu lagi di penghujungnya

pisah?
aku jua tak sanggup
tapi hati perlu kuat
kena bersedia
menerima apa saja yang Allah takdirkan
dalam hidup kita
KAU & AKU adalah milikNya
bertemu dan berpisah kita kerana Allah
moga sentiasa dalam redhaNya

-sirru ala barakatillah..fi hifzillah-

Jaja, thanks for everything.. moga Allah yang mampu membalas semua kebaikanmu.. i luv you more than you ever know =) -Jojo-


* watak di atas hanyalah khayalan penulis semata-mata.. jika ada kaitan dalam hidup anda, penulis yang faqir ini cuma ingin bingkiskan cuma secebis buat ibrah kita bersama.. tak lebih dari itu....

biar SUSAH asal BAHAGIA
jangan SENANG tapi SENGSARA
biar MERINDU asal tak JEMU
jangan SAYANG tapi TERSEKSA
biar BERJAUHAN tiada PERBALAHAN
jangan di SISI tapi tak SERASI

SAYANGILAH sahabat anda ! JAGALAH hatinya ! sepertimana kita sayang pada diri, macam tu jugak kita sayang sahabat kita.. hargailah pinjaman Allah itu.. hayatilah ukhwah itu dari hati.. ikhlaslah jua dalam memberi.. 



wallahu a'lam... lots of love.. fuuuhhhh <3









Friday, 23 August 2013

DamAi yAng HiLanG ~


DAMAI YANG HILANG

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


nilai kemanusiaan yang semakin tandus.. bila saudara seISLAM saling bermusuhan, puak kafir dan yahudi gembira bertepuk tangan ! kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa, nyawa orang yang tidak bersalah turut dirobek tanpa sebarang rasa ! 

tembaklah dan hujani mereka dengan panahan doa ! sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat cuma kita tak tahu bila..

Allah menjanjikan ISLAM akan menang sebelum dunia ini hancur buat selama-lamanya.. jika tibanya kemenangan itu pada zaman kita, berdoalah agar kita menjadi salah satu penyumbangnya.. jika tidak sempat kita merasa semua itu, berdoalah agar anak cucu kita turut menjadi penyumbang kepada kemenangan ISLAM !! 

>tegakkanlah ISLAM walau di mana kamu berada<

TAKBIR !! TAKBIR !! TAKBIR !! ALLAHUAKBAAARRRR !!!!!!!!!!!!!!!!







Monday, 5 August 2013

Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada ana.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya

Sunday, 28 July 2013

SeMaLaM & HaRi InI ^_^

bismillahirrahmanirrahim wa salamun aklaikum >>>>
Sollu ala nabiy !!

pantasnya masa berlalu..ramadhan pun sudah masuk ke 19 hari..pejam celik pejam celik usiaku pun hampir 19 tahun..

bagaikan semalam ku baru pandai bertatih, berjalan dan berlari..
bagaikan semalam ku terdengar ketawa teman sepermainanku main kejar sama2 di belakang rumah..
bagaikan semalam ku baru melihat tadika, memakai pakaian seragam baru dengan penuh semangat..
bagaikan semalam ku baru belajar abc, 123 dan alif ba ta...
bagaikan semalam ku terbayang rotan ayah yang berbekas di kaki..
bagaikan semalam ku melihat wajah nenek, satu2 nya nenek yang masih hidup ketika ku lahir sedangkan ku tak pernah merasa punyai atuk..
bagaikan semalam ku lihat wajah mak ayah yang masih hitam rambutnya..
bagaikan semalam ku lihat hati adik-beradikku kuat bertaut ketika zaman bujangnya..

namun....

ku mengerti walau sepandai mana ku berjalan dan berlari, ku tetap akan tersungkur..
teman yang selalu bermain denganku sudah merantau jauh, bila dapat bersama seperti dulu lagi ku pun tidak tahu..
semakin ku melangkah ke alam persekolahan/pendidikan yang baru, pakaiannya turut berubah..
bacaan dan kiraanku juga semakin lancar sehingga bahasa arab dan matematik menjadi subjek kegemaranku..
adakalanya rotan ayah akan singgah di tubuhku tak kira tempat, hatta pernah mencampak kami adik beradik dalam kolah mandi..
satu-satunya nenek yang ku ada akhirnya pergi buat selama2nya ketika ku darjah 5, dan ketika itu ku diserang demam cecair..
wajah insan yang amat kusayang sepenuh hati iaitu mak dan ayah kini rambutnya telah memutih kepala..
adik beradikku kini semua telah mempunyai keluarga sendiri, tak dapat nak bersama selalu macam dulu lagi...

tapi...

hari ini walau ku tersungkur beribu kali, ku tetap bisa bangkit kembali atas sebuah kalimah 'bertatih' yang mak ku ajar sewaktu ku baru nak belajar berjalan, biarpun lambat sekurang-kurangnya ku berhati-hati agar tak jatuh atas sebab yang sama..
hari ini biarpun teman sepermainanku sudah tidak tahu ke mana, namun Allah sentiasa hadirkan teman yang semakin ramai, yang lebih baik buatku untuk bersama-sama mengembara..
hari ini pakaian yang ku pakai semakin baik dari sebelumnya, bukan semata ilmu dunia namun ilmu agama yang mewajibkan berpakaian mengikut syariat lebih utama..
hari ini ku telah hampir2 menggenggam masa depanku yang ingin mendalami ilmu bahasa arab, beruntung rasanya bakal berkhidmat untuk agama, sungguh bahasa arab asas agama Islam !..
hari ini ingin sekali ku memeluk ayah sepenuh hati kerana rotannya itu yang menjadikan ku insan seperti mana ku sekarang, marahnya bukan kebencian tapi tanda sayang <3..
hari ini kampungku tiada makna lagi tanpa arwah nenek, yang ada hanyalah sebuah pusara untuk tatapan sanak saudara, ku akui ku amat merinduinya..
hari ini uban yang memutih hampir memenuhi semua rambut mak dan ayah, kulit yang semakin berkedut menandakan semakin bertambah usia mereka, pancaindera yang semakin berkurang powernya, penyakit yang bermacam-macam menimpa, jika ada sahaja perkara yang melukai dan menyedihkan hatinya, pasti cepat je air mata membasahi pipi..
hari ini walau adik beradikku terpaksa berlaku adil pada keluarga di sini dan mentua, namun ku bahagia kerana di universiti Allah memberikan ku sebuah keluarga baru..bukan sekadar ukhwah biasa tapi ku sudah anggap mereka seperti darah daging sendiri........

jatuh bangun dalam perjalanan meniti kehidupan itu perkara biasa... apa yang kita alami dulu bukan sekadar sejarah tapi itulah sebenarnya ibrah dan hikmah.. apa yang kita jadi hari ini adalah kerana SEMALAM ! jika tiada SEMALAM takkan adanya HARI INI !



>> wallahu a'lam << sayang semua kerana Allah..kerana dirimu begitu berharga ! intan payung sekalian ^_^



Thursday, 18 July 2013

nilai sehelai tudung labuh ~~



Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku.............
Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna............
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga................
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya............
Ya Allah…. Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku...........

Monday, 17 June 2013

happy COOKING ! ^_^

ehemm...ehem....sesegar hijau daunan mindaku di pagi hari > takde keje menghadap laptop after subuh <

ASSALAMUALAIKUM wahai saudara saudari seakidah sekalian....pertamanya, ingin ana bawakan anda semua supaya 'BERISTIGHFAR' dulu.... > astaghfirullah al azim < harapnya hati kita ni jadi bersih, lembut selembut kapas atau kek coklat moist ke.... ikut suka la nak analogikan apa...huhu..... ^_^



insyaAllah, kali ni ana cuma nak berkongsi pengalaman & more tu cerita la...pengalaman berada di "dapur" ketika cuti minggu lepas...bukan duduk dapur sekadar lalu tengok mak masak apa, bukan jugak semata-mata duduk dapur just tuk minum air....bukan semua itu !! bukan !! tapi ana telah menghayun sudip n kuali di dapur....hehe....over tak ayat....emm, ana tau kat luar sana ramai je yang pandai masak...rajin masak bahkan power la bab-bab masakan ni....tapi semua tu ana tak kisah asalkan ana pun dah tau masak before sampai 'masanya'... ehhhh??? errrrrr.....dah lain macam bunyinya tu.....kekeke

bermula dengan satu gerak kerja kemudian dari situlah ana mula mengerti mengapa ana dipilih berada di bahagian masakan....dengan jujurnya ana mengaku sebelum ni kat rumah memang takde keyakinan diri yang jitu untuk memasak....maklumlah anak bongsu, kakak2 pulak dah besar n pandai masak belaka, si ayah pula tak boleh makan masakan selain air tangan mak, oleh sebab tu si adik ambil ringan je pasal hal-hal dapur ni....duduk dapur pun just tolong basuh pinggan after mak selesai masak....aishh,, apa punya anak la ni kan....tapi tu dulu !! tu semua dulu !! sekarang ana dah yakin !! > ni semua poyo <

hari pertama berada di dapur...dalam keadaan nervous yang teramat sangat tatkala diberitahu perlu memasak untuk sepuluh sehingga lima belas orang...ingatkan muslimat je tapi......MUSLIMIN sekaliiiii???
gulppp.....ah sudah, gawat ni....nasib baik ada 3 orang lagi yang bekerja dalam bahagian masakan ni....kalau tak, melayang kuali ! hehe.....untuk 1st day tu, ana tak masak...just tengok n tukang rasa....masa tu ana just goreng sayur,, simple je....bila tibanya waktu makan,, makanan kami tu dikritik oleh mereka.....memang rasa down walaupun bukan ana yang masak tapi ana terasa jugak.....dan mulai detik itu,, saat itu,, ketika itu ana memasang keazaman baru kerana tercabar !! nak makan sedap-sedap ye !! ok !! nantikanlah masanya !! > semangat entah dari mana mula datang < :-P

masuk je hari kedua, pepagi lagi ana dah call mak tanya resepi masak ayam sambal merah....lepas tu pergi pasar beli segala bahan-bahan....bila dah depan kuali, dengan bismillah dan tawakal ana mula masak....tukang rasa ramai, so mudah la kan....sorang demi sorang rasa dannnnnn..........marvellous ( betul ke ejaan tu?? tak kisahlah asalkan bunyi sama ) !!!! tak sangka sentuhan pertama menjadi....alhamdulillah....bila tengok diorang makan, rasa best sangat !!! hati kembang semacam.....hehe...bukan riak cuma rasa gembira tak terkata kerana Allah bantu mudahkan urusan....sampaikan ada yg buat thumbs up..sendawa bagai...time ana makan masakan sendiri pun rasa macam mak ana yang masak....cewahh nak kata serupa macam masakan mak....tapi relaks dulu baru hari permulaan....

dan hari seterusnya ana dicop sebagai ketua masakan....lawak sungguh la....bagi ana,, semua ketua masakan,, diorang banyak bantu....cuma resepi banyak ana ambil dari mak...ayam masak paprik dan ayam perap sate.... sejak tu jugak la masakan kami menjadi biarpun sebelum ni tak pernah testing pun....senyum pun lebar je mana taknya kena puji....hehe....astaghfirullah....bukan riak tapi rasa kembang sikit je...serius macam ana yang masih mentah lagi bab-bab masak ni bila masakan tu orang suka,, subhanAllah !!!

alhamdulillah,, ana dah mula yakin...mak pun dah cakap lepas ni tak payahlah mak masak lagi,, adik dah pandai masak....mak duduk goyang kaki je...ok berehh mak !! memang tu impian ana nak masakkan untuk family nanti....insyaAllah... :-)

bagi yang kat luar sana, ana faham perasaan bila mana tiada keyakinan berada di dapur...ana pernah lalui dan kini tak mustahil... semua orang pandai masak, semua orang ada skill tu cuma kita tak pernah rasa nak mencuba.....bagi para isteri, sentiasalah cuba untuk memasak makanan yang sedap hari-hari,,dan suami pulak pujilah masakan isteri walaupun tak sesedap mana....better kita ni rajin masak bukan pandai masak sebab kalau rajin masak even tak sedap lama-lama sedap jugak nanti...kalau pandai masak tak semestinya rajin masak,, ye tak??

sungguh !!! memasak ni bukan saja-saja, tapi inilah yang merapatkan ukhuwah ana dengan sahabat-sahabat, dan juga pengikat mawaddah n mahabbah keluarga....ikhlaslah dalam buat apa saje,, insyaAllah takkan jadi sia-sia...that's all !!! see you next time...

wallahu a'lam.....barakallahu fikum ! SENYUMMM ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...